Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Tuesday 26 October 2010

Gaharu Diminati Binatang Buas

Gaharu Aquilaria Agallocha










Pada mulanya saya menyangkakan ianya perbuatan budak budal nakal. Apabila diteliti saya dapati ianya seperti disiat siat dan bukannya disebabkan oleh kesan takikan parang. Kesan kehitaman yang kelihatan adalah hasil dari inokulan nano tech yang dibuat. Apabila dibakar kesan kehitaman tersebut, tiada bau gaharu. Bermakna ianya bukan gaharu. Setelah di periksa keadaan sekeliling saya penuh yakin  kesan disiat siat itu hingga menampakkan teras hitam sebesar lengan budak adalah kerja babi hutan. Kesan itu pada paras hampir 5 kaki tingginya. Teringat saya antara faktor penyebab gaharu terhasil yang saya baca melalui internet adalah disebabkan kesan luka yang dibuat oleh binatang buas. Sangkaan saya pasti ianya adalah harimau atau beruang. Rupanya babi hutan adalah termasuk dalam kategori binatang buas tersebut. Tidak syak lagi. Sungguhpun begitu sebenarnya babi hutan atau di kampung saya lebih dikenali tonyok kerana  tidak mahu  menggelarnya babi turut serta memberikan sumbangan tenaganya membantu menghasilkan gaharu. Bukan setakat semut, anai anai dan kulat sahaja.



Tuesday 5 October 2010

Gaharu - Suntikan Nano Tech 8 bulan

Gaharu Inokulan Nano Tech

Tarikh Suntik Vaksin : Februari 2010
Tempoh suntikan : 8 Bulan
Jenis Vaksin : Nano Tech dari Thailand
Spesis Pokok : Aquilaria Malaccensis
Ukurlilit Pokok : 19 Inci
Pokok gaharu ini disuntik dengan vaksin nano tech menggunakan teknik suntikan 1 lubang digerudi bagi setiap 6 kaki tinggi. Bermakna sebanyak 2 lubang dibuat pada pokok tersebut untuk suntikan vaksin gaharu. Sebanyak hampir 800 ml vaksin nano tech digunakan untuk menghasilkan kesan kehitaman ditengah pokok gaharu untuk tempoh 8 bulan pertama.  Pada pemerhatian saya kesan kehitaman itu bukanlah teras gaharu. Ianya adalah kesan vaksin nano tech yang diserap untuk menggalakkan  penghasilan gaharu. Apabila dibakar kayu kehitaman tersebut, ianya tidak mengeluarkan bau gaharu.  Tiada penghasilan resin gaharu ditemui. berbanding penggunaan Inokulan Gaharu Biotech. Daun pokok gaharu mula gugur  lebih 90% selepas 6 bulan vaksin nano tech disuntik. Hasil tidak memberangsangkan. kelihatan teras kehitaman terbentuk agak jauh ke dalam.  Saya terpaksa menakik hingga ke tengah teras untuk melihat setakat mana hasil suntikan. Risau juga takut patah pula pokok dibuatnya. Anggaran teras terbentuk dalam 20% dari jumlah ukurlilit. Apabila dibakar tidak  berbau seperti gaharu walaupun berwarna kehitaman selepas 8 bulan disuntik. Sepatutnya mengeluarkan bau gaharu yang kuat sesuai dengan warna hitamnya. Tidak seharum penggunaan Inokulan Gaharu Biotech. Saya teringat pada pertemuan saya dengan pakar gaharu disebuah universiti tempatan yang mengatakan inokulan dari negara Thailand tidak sesuai digunakan dengan pokok gaharu tempatan seperti Aquilaria malaccensis dan Aquilaria Agallocha misalnya. Mungkin inilah sebabnya. hitam hitam sitampuk manggis, sungguhpun hitam tiada bau gaharu.


Inokulan Nano Tech
 Gambar  di atas adalah gambar pokok yang sama. Spesis Aquilaria malaccensis yang disuntik menggunakan inokulan nano tech. Teknik suntikan adalah dengan cara menebuk lubang untuk dimasukkan  inokulan dengan kadar 1 lubang bagi setiap 6 kaki tinggi. Kaedahnya sangat mudah dan boleh dipraktikkan hanya dengan melihat gambar tersebut. Penggunaan botol terpakai mengikut kadar vaksin yang diperlukan, getah paip dan penyambung getah paip serta sedikit kreativiti menampal menggunakan gam  antara sambungan getah paip bagi mengelakkan kebocoran  atau tiris. Ini adalah kerana inokulan nano tech adalah sangat halus sesuai dengan namanya, nano.





Gaharu Inokulan

Ini adalah spesis Aquilaria Agallocha. Gambar diambil selepas 8 bulan disuntik menggunakan vaksin nano tech. Ukurlilit adalah 17 inci. Nampak terasnya berwana kehitaman agak gelap. Gembira saya pada waktu ditakik dan kelihatan teras kehitaman yang agak pekat menjelma. Apabila dibakar teras hitamnya, tiada  langsung bau aroma gaharu. Baunya agak masam, langsung tiada bau gaharu. Apabila dibakar tiada beza baunya dengan kayu api. Pokok masih belum menghasilkan resin gaharu. meskipun setelah  8 bulan menggunakan inokulan nano tech dari yang dkatakan dari Thailand. Pemerhatian penggunaan Inokulan Gaharu Biotech adalah jauh lebih baik berbanding inokulan nano tech. Cadangan saya cubalah Inokulan Gaharu Biotech. Belum cuba belum tahu, dah cuba pasti tahu.

Ini adalah dahan dari pokok yang sama. Spesis Aquilaria Agallocha. Gambar diambil setelah genap 10 minggu inokulan nano tech dibuat.  Kelihatan kesan kehitaman ditengah tengah dahan. Ia adalah tanda bahawa vaksin nano tech telah diserap sehingga ke dahan setinggi 11 kaki. Kesan kehitaman tersebut bukanlah teras gaharu. Itu adalah kesan peyerapan vaksin nano tech. Pembentukan gaharu  masih belum  bermula meskipun sudah 10 minggu disuntik. Apabila dibakar kayu tersebut, tiada bau gaharu.  Bau yang terhasil umpama kayu api yang dibakar. Bermakna tiada gaharu dihasilkan meskipun sudah disuntik lebih 4 bulan.

Gaharu Tanpa Inokulan

Gaharu Tanpa Inokulan
Teras gaharu yang terhasil tanpa inokulan. Terhasil dari kesan takikan parang. Spesis Aquilaria Malaccensis. Berbau harum lembut apabila dibakar. Apabila dicium baunya dari lubang yang terhasil dari semut disebelah atas kanan terbit bau seperti minyak wangi yang harum lembut baunya. Apabila dibakar terbit minyak dari kayu yang terbakar. Harum sungguh baunya. Aromanya memberikan kelegaan fikiran. Hilang stress. Haruman semerbak. Cukup mudah untuk membakarnya. Hatta dalam kereta pun boleh dibakar menggunakan cigarette lighter. Itulah gaharu, menjadi buruan manusia, jin dan haiwan.