Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Saturday 26 March 2011

Inokulan Gaharu Biotech



Rebutlah peluang ketika ada. Promosi istimewa bakal berakhir pada 15.04.2011. Harga promosi sekarang adalah RM200 seliter bagi pembelian 6 liter ke atas dan dapat peruma 1 liter. Bermakna dengan pembelian RM1200 dapat 7 liter. Jadi harga seliter jatuh kepada RM171. Apabila tiba tarikh 16.04.2011 iaitu pada tarikh Inokulan Gaharu Biotech dilancarkan sepenuhnya ianya dijual pada harga pengenalan RM250 seliter Peluang yang baik tidak datang sekerap yang kita sangka.

Semoga ada manfaatnya.

Friday 25 March 2011

Inokulasi Mudah Murah Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech


Hose joint dipotong dua seperti gambar di atas.


Tudung botol ditebuk menggunakan mata bor bersaiz 5/8. Hose joint yang telah dipotong dua kemudiannya dilekatkan seperti gambar di atas.


Gam disekeliling sambungan antara hose joint dan tudung botol untuk mengelakkan dari Inokulan Gaharu Biotech dari bocor.


Gam dibahagian luar juga untuk mengelakkan dari bocor. Jika inokulan yang disi ke dalam botol menitis keluar ketika proses inokukasi dijalankan, ianya akan melambatkan kerja inokulasi.


Botol yang telah siap untuk inokulasi pokok karas menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.





Bahagian bawah botol ditebuk untuk dimasukkan tali supaya memudahkan disangkut. Kemudian ditebuk lagi lubang yang sesuai untuk disumpitkan Inokulan Gaharu Biotech.

Semoga ada manfaatnya.

Tuesday 15 March 2011

Inokulan Gaharu Biotech - Diuji dan Terbukti

Inokulan Gaharu Biotech adalah antara variasi inokulan hebat yang dihasilkan di Malaysia. Formula Inokulan Gaharu Biotech ditemui pada November 2010 dan Alhamdulillah pada awal Disember 2010 telah bersedia untuk diuji pada pokok karas yang tumbuh liar yang kebanyakannya adalah spesis Aquilaria Malaccensis. Inokulan Gaharu Biotech diperbuat dari bahan organic dan selamat digunakan serta dihasilkan menggunakan kaedah biotech. 

Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech amat mudah dan murah. Teknik inokulasi yang digunakan amat mudah dan tidak memerlukan kepakaran, stamina dan peralatan yang luarbiasa. Membawa maksud kos inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech amat murah dan boleh dilakukan sendiri tanpa perlu mengupah pasukan penyuntik gaharu yang hebat. Sungguhpun ianya murah dan mudah tetapi hasilnya adalah menakjubkan.

Penghasilan resin gaharu melalui penggunaan Inokulan Gaharu Biotech ini sememangnya menakjubkan. Pada usia inokulasi 18 hari sahaja teras gaharu mula terbentuk dan mengeluarkan aroma gaharu apabila dibakar. Saat usia mencecah inokulasi mencecah 35 hari teras gaharu mula menghitam dan menjalar ke atas pada ketinggian melebihi 10 kaki. Ketika itu juga teras kehitaman mula terbentuk di akar pokok karas yang bakal menghasilkan gaharu gred super A. Pada pengiraan saya apabila usia inokulasi mencecah 1 tahun bagi pokok karas berukurlilit 40 inci teras gaharu yang terhasil adalah melebihi 8 kg. Itu adalah pengiraan minima dan saya penuh yakin teras gaharu mampat bermutu sangat tinggi bakal terhasil sehingga boleh mencecah minima 15 kg setelah mencapai tempoh matang inokulasi 2 tahun.  Pengiraan ini adalah berdasarkan pada lebih 50 batang pokok karas pelbagai ukurlilit dan ketinggian yang telah saya suntik sebelumnya. Inokulan Gaharu Biotech terbukti menghasikan teras gaharu kehitaman bermutu sangat tinggi yang berbau harum.

Harga yang ditawarkan adalah sungguh murah berbanding dengan hasil yang bakal diperolehi. Murah  kerana pelbagai kos yang biasanya diserap pada harga inokulan itu sendiri telah secara drastik berjaya dikurangkan supaya semua oang boleh memilikinya.

Inokulan Gaharu Biotech telah terbukti menghasilkan teras yang bermutu sangat tinggi. Pembuktian bergambar pasti mengujakan.



16 Hari

18 Hari

38 Hari


35 Hari


35 Hari

43 Hari


43 Hari

50 Hari



Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech adalah amat berbaloi sebagai pelaburan untuk pokok karas. Pengedar Inokulan Gaharu Biotech adalah amat dialu alukan. Tawaran menakjubkan pasti menungg.

Semoga ada manfaatnya.

Tuesday 8 March 2011

Kesan Penggunaan Inokulan Gaharu Biotech - 50 hari



Inokulasi dibuat pada 15.01.2011
Pokok karas disuntik menggunakan Inokulan gaharu Biotech pada 15.01.2011.

Kesan Penggunaan Inokulan Gaharu Biotech - 50 hari
Alhamdulillah pada 06.03.2011 saya menerima kunjungan sahabat gaharu dari Semenyih yang berminat untuk mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech.  Beliau memiliki nursery pokok gaharu sendiri di tempatnya dan mempunyai pengalaman tersendiri dalan industri gaharu. Saya dengan gembira menunjukkan teknik teknik inokulasi secara praktikal menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.  Banyak perkara yang saya sempat belajar dengannya mengenai gaharu. Dapat juga 3 batang pokok karas disuntik dan kemudian kami menakik pokok karas yang disuntik pada usia 50 hari inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Saya merakamkan gambar ini bagi menghargai kesungguhannya untuk datang bersama anak lelakinya dan anak saudaranya bagi melihat sendiri hasil penggunaan Inokulan Gaharu Biotech. Teras kecoklatan itu kemudiannya dibakar pada ketika itu juga dan Alhamdulillah terbit aroma gaharu. Terima kasih Tuan Bakri.

Semoga ada manfaatnya.

Friday 4 March 2011

Mana Pasaran Gaharu...

Tipisnya keyakinan tehadap pasaran gaharu masih melekat kemas di pemikiran ramai kalangan kita. Mungkinkah keraguan tersebut akan gugur terus atau sedikit demi sedikit atau terus melekat kukuh dipemikiran. Umum mengetahui apabila ada permintaan pasti ada penawaran. Sekiranya penawaran berkurangan harga akan meningkat. Gaharu sudah diketahui sebagai berharga mahal sehingga diumpamakan seperti emas. Harganya mahal kerana ada permintaan yang tinggi. Sekiranya tiada permintaan ke atas gaharu, bagaimana harga gaharu sebegitu tinggi. Oleh kerana gaharu yang dapat dibekalkan adalah sedikit, menyebabkan harga menjadi sangat mahal. Sedangkan harga gula pernah menjadi tinggi gara gara bekalan gula dikurangkan walhal ramai yang memintanya. Begitulah terjadinya pada gaharu. Harganya mahal atas sebab banyak permintaan dan bekalan yang ada adalah sangat terhad. Hanya 20% dari pasaran gaharu dapat dipenuhi bermakna 80% masih tidak dapat dipenuhi. Pasarannya terlalu luas. Gaharu diperlukan oleh negara negara Arab, Taiwan, Jepun dan pelbagai negara lagi dan ianya bukan setakat dibuat minyak wangi atau dibakar untuk aromanya tetapi juga untuk perubatan. Untungnya gaharu ini ialah ianya dibeli dan dipakai dan habis lalu dibeli lagi dan seterusnya. Bermakna penggunaannya berterusan dan permintaannya pasti berterusan. Tidak seperti kayu jati yang dibeli dan terus tidak dibeli lagi sebab beratus tahun tahannya. Bertuahnya kita adalah pokok gaharu tidak boleh ditanam di negara negara yang disebutkan tadi dan hanya boleh ditanam antaranya di negara kita sahaja misalnya. Itulah dikatakan tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu.

Perniagaan gaharu masih baru di negara kita. Kenapa agaknya. Tidak seperti komoditi lain seperti getah dan kelapa sawit. Kedai membeli hasil getah mudah dikunjungi dan semakin dekat dengan rumah penoreh getah. Sehinggakan sekarang akibat harga getah yang tinggi pembeli getah menawarkan perkhidmatan mengambil hasil getah secara terus di kebun getah tanpa perlu penoreh getah menghantarnya. Pembeli getah mampu menggajikan pekerja tetap yang ramai bahkan bersedia meminjamkan puluhan kereta tolak bagi memudahkan kerja mengutip hasil getah. Penoreh getah jarang berlama lama bersembang di kedai kopi dan menoreh bukan sahaja di pagi hari tetapi tengah hari, lewat petang bahkan malam hari sekalipun. Hebatnya, resit hasil jualan getah laku diunjukkan di bank tempatan untuk mendapatkan pinjaman kenderaan. Cuka getah tidak digunakan lagi sebagai pencepat proses pembekuan getah tetapi menggunakan teknologi sejenis garam. Hebat sungguh penangan getah. Perkara yang tidak pernah terfikir oleh kita 5 tahun dahulu telah terjadi sekarang. Kenapa? Kerana kita tidak pernah mahu atau tidak peduli atau malas berfikir mengenainya meskipun terdapat tanda tanda awalnya.

Begitulah senario gaharu 5 tahun akan datang. Kedai membeli gaharu yang pada masa sekarang sukar ditemui pasti dengan mudah ditemui. Getah mempunyai harga yang tinggi antara sebabnya ia tidak boleh ditiru. Begitu juga gaharu, ia tidak boleh ditiru secara sintetik. Permintaan gaharu gred A adalah sangat tinggi. Malangnya  gaharu gred A sangat sukar ditemui. Akibat sukarnya gaharu bermutu dihasilkan maka kedai yang membeli gaharu tidak muncul. Itulah sebabnya kedai gaharu tidak sebanyak kedai getah. Dengan terhasilnya pelbagai variasi inokulan yang mampu menghasilkan gaharu gred A maka pastinya masalah kedai gaharu akan selesai. Sekiranya kita mampu memenuhi permintaan gaharu gred A pasti berebut rebut peniaga gaharu akan muncul. Gaharu adalah perniagaan untung berjuta. Peniaga yang bijak pasti tidak melepaskan peluang.

Isu mutu gaharu yang dihasilkan adalah isu kritikal. Peniaga sememangnya berhak untuk memilih gaharu yang bermutu dan tidak beracun. Dahulu gaharu terhasil dengan menyapu racun paraquat di batang pokok gaharu. Ianya menyebabkan kesan racun pada gaharu lalu permintaan keatasnya berkurangan sekaligus memberi kesan menjadi harga murah. Gaharu bukan setakat dibakar tetapi turut diminum. Dengan terhasilnya inokulan tanpa bahan kimia berbahaya bermakna isu mutu gaharu hampir selesai.

Apabila inokulan tanpa kimia ditemui, penawaran gaharu gred A dapat dihasilkan bagi memenuhi permintaan maka akan wujudlah peniaga gaharu yang mencari keuntungan. Percayalah ketandusan peniaga gaharu pada masa sekarang akan menjadi seperti peniaga getah saat ini dalam 5 tahun akan datang. 

Teringat saya pada seorang motivator di radio IKIM yang mengatakan orang melayu sememangnya kreatif, jadilah melayu yang cukup kreatif mencipta kejayaan. Jangan jadi seperti pak pandir yang cukup kreatif mencipta alasan.

Dalam kesempatan ini saya mengalu alukan para peniaga gaharu agar sudi memberikan alamat kedai dan nombor telefon untuk dihubungi diruangan komen bagi para penjual dan bakal penjual gaharu menjual hasil gaharu mereka. Pandangan dari pembaca budiman amat dihargai.

Bersama memajukan Ummah.

Semoga ada manfaatnya.