5 Syawal 2011 jam 3.00 petang, saya tiga beradik, bapa saudara bersama seorang pakar runding imej dengan senyum girang bersiap untuk menebang pokok gaharu selepas 5 bulan inokulasi. Bukan imej saya hendak di runding tetapi imej Inokulan Gaharu Biotech. Melibatkan pembungkusan, pelabelan, logo, brosur dan macam macam lagi. Nama pun pakar runding. Tuan Zam namanya. Sama-sama kita nantikan imej Inokulan Gaharu Biotech yang pasti gah seperti hasil inokulasinya. Insya Allah. Perbincangan pada malam Ramadhan yang lalu dalam senyum menghayunkan langkah ke tapak projek inokulasi.
Spesis Aquilaria Agallocha.
Tingi 25 kaki.
Ukurlilit hanya 11 inci.
Tarikh inokulasi 17.04.2011.
Pokok gaharu yang bersaiz kecil adalah dikategorikan sebagai sangat sukar untuk menghasilkan teras gaharu. Pokok berukurlilit 11 inci boleh dikategorikan sebagai pokok pra matang. Andainya Inokulan yang digunakan mampu melepasi tahap sukar ini bermakna inokulan tersebut boleh termasuk dalam kategori antara inokulan yang terhebat. Pokok gaharu yang lebih besar pastinya menghasilkan teras gaharu yang kebih baik berbanding pokok gaharu pra matang ini.
Pokok gaharu di takik sedikit untuk melihat kesan inokulasi dari luar.
3 september 2011, saya membuat keputusan untuk membongkar hingga ke akar. Bermakna 5 bulan inokulasi mengunakan Inokulan Gaharu Biotech. Buummm... Lihatlah kulit pokok masih segar dan daun pokok gaharu masih segar bugar menghijau. Tiada tanda warna daun kekuningan. Pokok tidak memperlihatkan tanda sakit. Bermakna teras adalah mampat dan gaharu terhasil adalah pada tahap terbaik. Pokok gaharu yang sihat menghasilkan teras gaharu yang bagus lagi cantik.
Pokok gaharu di kerat untuk melihat teras gaharu. Menggunakan parang supaya lebih cantik dan licin hasil potongan kayunya. Kayu akan berbulu jika dipotong dengan gergaji. Tidak cantik untuk dipertontonkan.
Alhamdulillah..gembira sungguh saya melihat hasil gaharu yang cantik dan mampat. Tidak memburuk atau mereput di tengah-tengah. Gaharu terhasil pasti lebih berat dan mahal. Insya Allah.
Pada pertemuan saya dengan Tuan Jais dari Benta, Pahang sebelumnya beliau ada menyatakan kegusarannya. Khuatir mereput di tengah-tengah seperti inokulan lainnya. Tetapi tidak dengan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.
"Lihatlah pandanglah..tiru macam saya..." itulah antara bait-bait lagu dari Allahyarham Saloma.
Pada pengiraan kasar saya, gaharu yang terhasil adalah +- 40% dari keseluruhan batang pokok. Lumayan...
Seperti biasa, gambar diambil dengan lebih dekat lagi. Kelihatan lingkaran hitam telah menandakan kawasannya. Teras kecoklatan akan semakin menghitam dan menebal mengikut masa.
Ini pokok gaharu spesis yang sama tetapi lebih besar. Pokok yang matang pastinya memberikan teras yang lebih tebal dan lebih cepat menghasilkan teras kehitaman. Ini pada usia inokulasi 4.5 bulan. Bagaimanakah agaknya teras didalamnya. Hanya tinggal setahun setengah untuk di tebang dan melihat hasilnya.
Anda lihat anda percaya. Bertindaklah sekarang. Jangan tunggu sampai esok.. "Apakan daya..masa tak akan kembali..hancur musnahlah semuanya..." antara bait-bait indah dari Allahyarham P.Ramlee yang sering berkumandang di bulan syawal.
Andainya kita gagal merancang, sebenarnya kita merancang untuk gagal. Rancanglah sebaiknya dan laksanakan...
Semoga ada manfatnya
boleh tau bagaimana cara penyuntikannya dan inokulan yang digunakan jenis apa....
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
Deletepakai inokulan jenis apa dan bagaimana cara penyuntikannya???
ReplyDeletePakai Inokulan Gaharu Biotech yang saya hasilkan sendiri.
ReplyDeleteTerima kasih
P Jamar, apakah Biotech bisa digunakan untuk gaharu grinop
ReplyDeletePokok grinop saya belum pernah mencuba..tetapi selagi sebab terhasilnya gaharu akibat gangguan kulat dan bakteria bermakna Inokulan Gaharu Biotech bisa digunakan untuk pokok tersebut..terima kasih
DeleteRezeki...amin...nanti sy pom nk mintak tunjuk ajar dr tuan..pokok baru berusia 1tahun... tgh nk tambah bilangan pokok... dalam proses... masa yg terbaik untuk melabur gaharu peringkat pertama adalah 20tahun yang lepas...dan masa yang terbaik utk melabur gaharu peringkat ke dua adalah skrg...
ReplyDeletemudah2an..saya boleh ajar apa yang sayatahu..hubungi saya bila kelapangan nanti..terima kasih
Delete