Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Monday 24 January 2011

Heboh Heboh - Tawaran Terhad

 ANAK POKOK CANDAN GAJAH UNTUK DIJUAL 


  Menurut sebuah akhbar tempatan, candan gajah dikatakan mempunyai harga setinggi RM180,000 seilogram. Pokok candan gajah ditemui di tempat tempat tertentu sahaja dan semakin  pupus. Saya berkesempatan bertemu dengan sahabat saya orang asli di daerah Rompin, Pahang bagi mendapatkan anak pokok candan gajah dan beliau menjangkakan akan siap untuk dibekalkan kepada saya pada Februari 2011 ini. Oleh itu sekiranya ada yang berminat untu mendapatkannya bolehlah memesannya melalui ruangan komen dibawah. Saya tidak pasti samada akan meneruskan tawaran ini selepas Februari 2011 memandangkan masa yang agak terbatas kerana semakin sibuk menjalankan projek inokulasi Gaharu Biotech saya. Tawaran terhad sememangnya terhad.

Tuesday 18 January 2011

Tawar Tawaran - Inokulan Gaharu Biotech

Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya berhasil saya menemukan Inokulan bagi menghasilkan teras gaharu yang saya gelarkan sebagai INOKULAN GAHARU BIOTECH. Dengan penemuan Inokulan Gaharu Biotech ini saya mengharapkan ianya dapat dimanfaatkan oleh pemilik atau pengusaha pokok karas sedia ada untuk mendapatkan hasil seperti yang dicanangkan di akhbar, internet, televisyen dan seumpamanya. Matlamat ke arah jutawan gaharu mungkin sukar dicapai sekiranya inokulan bagi menghasilkan gaharu sangat mahal. Pada harga RM450.00 ke atas hanya untuk seliter pastinya menghasilkan jutawan hutang dahulu selama beberapa tahun sebelum berjaya menjadi jutawan gaharu. Saya menerima beberapa panggilan untuk mendapatkan inokulan gaharu yang sedia ada di pasaran tetapi memandangkan kos inokulan yang sangat mahal membantutkan semangat untuk menginokulasi pokok karas. Bayangkan sekiranya sepokok berukurlilit 50 inci memerlukan 5.5 liter inokulan pada harga RM450.00 seliter. Pastinya kos permulaan untuk sepokok sahaja adalah menjangkau RM2500.00. Hanya untuk satu pokok? Bagaimana pula sekiranya pemilik pokok karas itu mempunyai 15 pokok atau 50 pokok atau lebih 100 pokok. Adakah mereka perlu meminjam berpuluh ribu ringgit atau ratusan ribu ringgit hanya untuk memastikan pokok karas mereka disuntik atau terpaksa membiarkan begitu sahaja pokok karas yang mampu memberi wang bernilai ribuan ringgit kepada mereka hanya kerana kemampuan kewangan yang sangat terbatas. Pastinya rata rata pemilik pokok karas sedia ada tidak memiliki kemampuan sebegitu.

Di tempat kelahiran saya misalnya, pokok karas melebihi 100 pokok yang sedia untuk disuntik yang tumbuh meliar di kebun kebun getah adalah suatu cerita biasa. Tiada perkara pelik untuk diceritakan sekiranya pokok bersaiz sepemeluk atau dua pemeluk dewasa hidup gagah di kebun kebun getah mereka. Bahkan ianya semakin bertambah tanpa perlu ditanam terutama selepas musim buah gaharu pada penghujung 2010 baru baru ini. Perkara ini bukanlah cerita dongeng tetapi saya lihat sendiri terjadi di tanah bertuah tempat saya dilahirkan. Meskipun tidak terdapat sebatangpun  pokok karas yang berbuah bagi radius 300 meter dari tempat kedapatan anak anak pokok karas. Tanpa sedar anak pokok karas baru ditemui membesar, entah bila kecilnya.Itulah kuasa Tuhan.

Atas kekangan kewangan, pokok karas yang sepatutnya membuahkan jutawan gaharu tidak kesampaian sebaliknya jutawan hutang pula yang menjelma dulu. Justeru itu saya terpanggil untuk menawarkan Inokulan Gaharu Biotech kepada sesiapa yang berminat pada harga yang sangat berpatutan atas rundingan bersama. Harga yang ditawarkan adalah bergantung kepada ukurlilt pokok karas dan jarak. Bagi sekitar negeri Pahang minimum RM500 kos Inokulan Gaharu Biotech boleh dipertimbangkan. Bagi luar negeri Pahang ianya bergantung pada jumlah KM pergi balik dari tempat saya di Lanchang Pahang. Misalnya jumlah KM pergi dan balik dari Lanchang ke  tempat pokok karas untuk disuntik adalah 600 KM maka minimum RM600.00 kos inokulasi diperlukan dan saya akan tiba kesana untuk membuat inokulasi.

Bagi pengiraan kos inokulasi pula bergantung kepada ukurlilit pokok karas. Bagi setiap 10 inci ukurlilit, kos inokulasi adalah sebanyak RM150.00. Jika 40 Inci ukurlilit, kos inokulasi adalah sebanyak RM600.00. Sungguh mudah pengiraannya. Sungguhpun begitu, khidmat suntikan ini hanya bermula pada bulan April 2011 atas sebab yang tidak dapat di elakkan dan sekadar makluman, khidmat suntikan ini dibuat pada hujung minggu sahaja atau cuti cuti umum atau pada tarikh yang dipersetujui. Semoga Inokulan Gaharu Biotech ini dapat dimanfaatkan bersama.













Monday 17 January 2011

Kesan Awal Penggunaan Inokulan Gaharu Biotech

Inokulan Gaharu Biotech


Inokulan Gaharu Biotech


Suntikan semangat dari blogger gaharu menyuburkan lagi langkah untuk menyuntik pokok karas saya seterusnya. Ini adalah spesis Aquilaria Malaccensis. Berukurlilit 17 Inci dengan ketinggian lingkungan 7 meter. Pokok karas ini adalah antara yang bertuah kerana terselamat dari ditebang. Hidup subur kira kira 45 meter dari rumah ibu saya di Lanchang. Pokok karas bertuah inilah yang menjadi pokok eksperimen untuk inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Saya tidak dapat memberikan usia inokulasi menggunakan  Inokulan Gaharu Biotech secara tepat kerana pada awal eksperimen inokulasi, saya menghadapi sedikit masalah dengan teknik menggerudi  lubang untuk disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech. Inokulan yang disuntik tidak dapat diserap sepenuhnya atas tersilap teknik menggerudi. Habuk kayu yang digerudi tertinggal didalamnya dan agak lama baharu saya dapat mengenalpasti akan punca yang menyebabkan Inokulan Gaharu Biotech tidak dapat diserap sepenuhnya. Beberapa lubang telah digerudi, digerudi dan digerudi lagi sebelum saya menemui teknik mengerudi yang betul .  Pemerhatian  dibuat berminggu minggu untuk mendapatkan maklumat kecekapan pokok menyerap Inokulan Gaharu Biotech yang disuntik. Begitu juga dengan formula jumlah inokulan yang diperlukan untuk setiap lubang mengikut ukurlilit supaya kesemua inokulan dapat diserap tanpa berbaki sedikitpun dalam tempoh 24 jam. Kelihatan garis kecoklatan mula terbentuk disekeliling batang pokok. Setelah kering serpihan kayu yang ditakik dan dibakar kemudiannya, semerbak aroma gaharu yang menceriakan terbit dari kayu yang dibakar. Ceria kerana aroma gaharu  sulong dihidu sebagai petanda gaharu bakal terhasil dari Inokulan Gaharu Biotech.

Semoga ada manfaatnya.



Kesan awal Penggunaan Inokulan Gaharu Biotech - 18 Hari



Inokulasi Gaharu Biotech

Jenis Inokulan     : Inokulan Gaharu Biotech
Spesis                :  Aquilaria Malaccensis
Jumlah Inokulan : 6 Liter
Tarikh Suntikan : 28 Disember 2010




Gaharu Terhasil Dari Inokulan Gaharu Biotech - 18 hari

Ini adalah pokok yang sama yang ditakik pada jarak 6 inci dari lubang yang ditebuk untuk inokulasi Gaharu Biotech. Gambar di ambil pada 15 Januari 2011 bermakna usia suntikan Gaharu Biotech adalah baharu 18 hari. Tujuan ditakik adalah untuk melihat kesan tindakbalas awal Inokulan Gaharu Biotech pada pokok karas selepas 18 hari disuntik. Ketara kelihatan gaharu yang mula terbentuk.


Gaharu Terhasil Dari Inokulan Gaharu Biotech - 18 hari

Tempat terhasil gaharu kemudiannya ditakik sedikit lagi supaya bertambah serlah kesan tindakbalas Inokulan Gaharu Biotech. Ketara warna warna kecoklatan telah mula terbentuk. Warna kayu kelihatan kekuningan diselilingnya  menandakan tindakbalas pokok karas mengeluarkan resin gaharu sedang bermula dengan baik sekali. Kelihatan juga  kesan kehitaman disebelahnya  yang berlubang kecil yang terjadi secara alami. Adakah ini yang dinamakan Gaharu? Insya Allah akan saya kemaskinikan seterusnya.


Gaharu Terhasil Dari Inokulan Gaharu Biotech - 38 hari
Berkesempatan juga saya mengemaskini kesan Inokulan Gaharu Biotech seperti dijanjikan. Gambar diambil selepas 38 hari menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Kelihatan teras terbentuk semakin gelap warnanya berbanding pada usia inokulasi 18 hari.


Gaharu Terhasil dari Inokulan Gaharu Biotech - 38 hari

 Gambar diambil lebih dekat lagi untuk melihat kesan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech. Dapat dilihat kesan kekuningan di sekeliling teras kecoklatan yang terbentuk. Selepas ini Insya Allah saya akan mengemaskini kesannya selepas 4 bulan pula.

Semoga ada manfaatnya.

Wednesday 12 January 2011

Teknik Inokulasi Gaharu Biotech - Hasil Optima

Teknik Inokulasi Gaharu Biotech
Saya terbaca satu kata kata dari seorang yang genius matematik dari Barat, " Jangan berhenti berfikir". Justeru saya gagahkan untuk menyambung teknik inokulasi bagi menghasilkan gaharu secara optima. Jika sebelumnya saya kemukakan formula secara umum yang pastinya kurang menggunakan inokulan Gaharu Biotech kerana formula tersebut tidak mengambil kira ketinggian pokok. Bermakna semakin besar dan tinggi pokok karas maka semakin banyak Inokulan Gaharu Biotech digunakan. Setelah diamati, pokok karas yang tumbuh meliar di hutan atau kebun kebun getah dan seumpamanya adalah tidak sama ketinggiannya. Ada yang gemuk rendah dan ada yang kurus tinggi. Oleh itu saya kongsikan formula penggunaan Inokulan Gaharu Biotech bagi menghasilkan gaharu secara optima dengan memasukkan faktor ketinggian pokok. Tinggi pokok hanya dikira setakat ukurlilit 12 inci ke pucuk pokok.


Katakan:-    Ukurlilit  pokok karas  =  84 cm
                   Tinggi                          =   10 meter

Maka penggunaan Jumlah Inokulan Gaharu Biotech adalah:-



                       84 X 10        =    6.09     ==> Gunakan 6 Liter        
                        6 X 23
Jumlah Inokulan Gaharu Biotech untuk setiap lubang adalah mengikut formula terdahulu:-


                   84             =   1.16   
                  3.14 X 23


Bermakna maksima 1 liter Inokulan Gaharu Biotech diperlukan untuk setiap lubang.


Oleh itu sebanyak 6 lubang perlu ditebuk sekeliling pokok secara spiral dengan setiap lubang diisi sejumlah 1 liter Inokulan Gaharu Biotech. Secara amalannya, kesemua Inokulan Gaharu Biotech ini akan habis diserap oleh pokok karas dalam tenpoh 24 jam atau selewatnya 30 jam. Dengan menggunakan teknik 6 lubang ini jumlah gaharu tang terhasil akan lebih banyak jumlahnya berbanding jumlah lubang yang sedikit.

Semoga ada manfaatnya.

Teknik Inokulasi Gaharu Biotech



Teknik Inokulasi Gaharu Biotech



Teruja saya untuk menjawab pertanyaan dari sahabat blog ini berkenaan teknik inokulasi Gaharu Biotech. Gambar menceritakan seribu kisah. Ini adalah pokok karas spesis aquilaria malaccensis Menggunakan mata bor yang ditebuk bersaiz 5/8. Memerlukan 6 liter Inokulan Gaharu Biotech. Bermakna perlukan 5 lubang ditebuk dan 5 botol setiap satu diisi 1.2 liter Inokulan Gaharu Biotech. Mata bor adalah perlu bersaiz 5/8 supaya sama saiz dengan peyambung paip getah yang dilekat ketat di lubang yang ditebuk di pokok karas. Botol kemudian digantung menggunakan tali lalu dipaku dan inokulan tersebut habis diserap dalam tempoh  24 jam. Cukup mudah tanpa memerlukan kemahiran atau kegagahan atau stamina luarbiasa untuk melakukan inokulasi Gaharu Biotech. Cuma memerlukan sedikit pengetahuan mengenai teknik menebuk lubang supaya habuk kayu tidak tertinggal dalam lubang tebukan yang akan mengganggu proses serapan Inokulan Gaharu Biotech. Hanya 5 lubang perlu dibuat disekeliling pokok yang mana jarak antara lubang  hanya perlu di agak sahaja. Tidak perlu terlalu tepat. Paling penting lubang yang dibuat tidak bertemu ditengah batang pokok. Jarak antara lubang dari tanah bergantung kepada saiz ukurlilit pokok. Bagi pokok seperti gambar di atas jarak dari tanah kurang lebih 1 kaki. Cuma perlu diteliti jangan terlalu rapat ke bahagian akar pokok kerana bahagian tersebut agak keras dan daya serapan agak lambat. dan akhirnya tidak menyerap langsung. Pastikan lubang di tebuk pada  batang pokok karas yang agak lembut.


Teknik Inokulasi Gaharu Biotech

Pokok karas spesis Aquilaria Malaccensis berukurlilit 34 cm. Memerlukan 1.50 liter Inokulan Gaharu Biotech. Perlu ditebuk sebanyak 3 lubang setiap satu diisi sebanyak 500 ml Inokulan Gaharu Biotech. Jarak lubang dari tanah kurang lebih 1 kaki. Lubang ditebuk menggunakan teknik spiral supaya tidak bertembung di tengah tengah batang pokok apabila 3 lubang ditebuk bersekali. Hanya menggunakan Drill berbateri 18 volt tanpa wayar. Mudah memang mudah. Semoga ada manfaatnya.








   

Video Inokulasi Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech




Pandanglah dengan mata lebah bukan dengan mata lalat. Itulah kata kata yang masih saya ingat yang keluar dari  radio Ikim fm oleh penceramah motivasi di suatu pagi dalam perjalanan ke pejabat. Mata lalat  hanya memandang sesuatu yang busuk, najis, negatif. Mata lebah memandang sesuatu dengan pandangan yang harum, positif yang akhirnya membawa manfaat dengan terhasilnya madu. Saya memandang pada perlunya saya berkongsi mengenai teknik inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Melalui video di atas, lubang digerudi menyerendeng kebawah. Ini adalah sangat perlu diambil berat sebab sekiranya lubang digerudi secara lurus, ianya menjadi sangat sukar untuk digerudi terutama menggunakan mesin gerudi berbateri. Kaedah gerudi menyerendeng ke bawah juga mempercepatkan proses penyerapan Inokulan Gaharu Biotech kerana ianya boleh bertakung didalam lubang yang digerudi. Kaedah gerudi menyerendeng ke atas pula tidak sesuai digunakan sekiranya menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Jika diperhatikan video tersebut, semasa menarik keluar mata bor dari lubang yang digerudi, mesin gerudi masih tetap dalam keadaan menggerudi. Bukannya dalam keadaan reverse. Sekiranya mata bor digerudi secara reverse semasa menarik keluar, habuk kayu akan tertinggal di dalam lubang yang digerudi dan ini akan menyebabkannya tersumbat. Inokulan Gaharu Biotech tidak dapat diserap sepenuhnya sekiranya lubang yang digerudi tersumbat.



Hose joint yang boleh diperolehi dikedai hardware terus diketuk kemas supaya tidak bocor dan menitis keluar dari lubang yang telah digerudi.




Kemudiannya botol kosong yang telah siap dilekat kemas pada hose joint. Pastikan tiada sebarang tanda bocor berlaku. Botol digantung dengan paku bagi memudahkan Inokulan diisi mengikut sukatan dengan formula tertentu.



Akhirnya Inokulan Gaharu Biotech disumbat melalui lubang yang ditebuk untuk memudahkan pengisian Inokulan Gaharu Biotech. Mudah memang mudah. Kos inokulasi sungguh murah malah boleh dilakukan sendiri. Tidak memerlukan peralatan dan kepakaran luarbiasa untuk melakukan inokulasi.  Apa yang pasti adalah hasilnya,. Berbaloi memang berbaloi.

Semoga ada manfaatnya.

Monday 3 January 2011

Formula Inokulasi Pokok Karas

Saya menerima beberapa pertanyaan dari peminat Inokulan Gaharu Biotech berkenaan jumlah Liter Inokulan Gaharu Biotech yang diperlukan. Berikut adalah diperturunkan kaedah pengiraan yang dapat dirumuskan yang terhasil dengan izinNya untuk dikongsi bersama:-

Ukurlilit pokok adalah dalam cm. Misalnya ukurlilit pokok karas adalah 100 cm.

1)   Jumlah Liter Inokulan Gaharu Biotech per pokok.

       ukurlilit pokok    =    100     =  4.35 Liter    =>  Sebaiknya gunakan 4.50L.  
              23                               23

 .


2)  Jumlah liter Inokulan Gaharu Biotech per lubang.

     ukurlilit          =   100                 =    1.39 Liter   => maksima  1.40L per lubang 
      3.14 X  23          3.14 X 23                  


3)   Jumlah lubang yang perlu digerudi.

     4.50     =     3.12    => Bermakna 3 lubang diperlukan.
     1.40

Dari pengiraan di atas boleh disimpulkan bahawa untuk ukurlilit pokok karas 100 cm:-

   1)  4.50 Liter Inokulan Gaharu Biotech diperlukan

   2)  3 lubang perlu digerudi.

   3)  1.50 Liter Inokulan Gaharu Biotech untuk setiap lubang.
  

Adalah penting sukatan Liter Inokulan Gaharu Biotech adalah mengikut kaedah pengiraan tersebut untuk membolehkan kesemua Inokulan Gaharu Biotech diserap sepenuhnya dalam tempoh minima 24 jam dan maksima 60 jam. Sekiranya sukatan Inokulan Gaharu Biotech tidak mengikut kaedah pengiraan yang tertera, Inokulan Gaharu Biotech tidak dapat diserap sepenuhnya dan ini akan merugikan. Selepas 24 jam, kadar serapan Inokulan Gaharu Biotech oleh pokok karas akan berkurangan sebab pokok karas mula mengalami kesakitan dan kemampuan menyerap semakin lama akan hilang dan menyebabkan Inokulan Gaharu Biotech akan berbaki.

Semoga ada manfaatnya.