Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Sunday 21 August 2011

Hasil Dari Inokulan Gaharu Biotech 5.5 bulan


Pada 04.02.2011 pokok karas seperti gambar dibawah telah disuntik. Spesis Aquilaria Agallocha. Sengaja saya siat sedikit kulitnya untuk melihat kesan serapan Inokulan Gaharu Biotech.


4 lubang digerudi menggunakan teknik suntikan bawah ditambah dengan teknik spiral. Ada yang mengistilahkannya sebagai memusing menganan kerana ia di gerudi mengeliling pokok mengikut arah kanan.



Gambar diambil setelah 16 hari suntikan.. Kesan serapan Inokulan Gaharu Biotech ketara kelihatan.

Gambar diambil dari posisi bawah untuk melihat teras bakal terhasil secara jelasnya seperti gambar di atas. Ini juga pada usia 16 hari inokulasi.


Pokok ditakik untuk melihat kesan serapan pada seawal 16 hari inokulasi. Kesan kehitaman di tengah menandakan Inokulan Gaharu Biotech sedang melakukan kerja terbaiknya.


Gambar diambil pada 10.07.2011. Inilah hasil setelah 5.5 bulan inokulasi. Warna teras semakin menarik dan seperti kata sahabat gaharu saya di Sungai Lembing, apabila dibakar "berbau lega."

Beberapa perkara yang boleh dikongsi dari gambar di atas ialah:

1. Jangan terlalu awal menakik pokok karas untuk melihat kesannya kerana ia akan menganggu proses penghasilan resin gaharu.

2. Jumlah lubang gerudi seeloknya dalam bilangan ganjil iaitu 3, 5, 7, 9 lubang gerudi dibuat mengikut saiz pokok.

3. Teras gaharu bagi spesis Aquilaria Agallocha adalah agak kedalam berbanding spesis Aquilaria malaccensis yang hanya sedikit takikan sahaja sudah menyerlahkan gaharu. Teknik suntikan lubang udara adakah dicadangkan untuk menghasilkan gaharu secara optimum.

Mungkin ada yang menanyakan kenapa saya terlalu asyik menakik batang pokok dan tidak hanya di lubang gerudi sahaja. Sebenarnya matkamat saya adakah untuk menghasilkan teras gaharu bagi keseluruhan batang pokok dan tidak hanya di sekeliling lubang gerudi sahaja.



Wah..Warna kuning emas..

Semoga ada manfaatnya.

Saturday 20 August 2011

Hasil Inokulan Gaharu Biotech - 59 hari

Pada kesempatan ini saya merakamkan kunjungan sahabat saya ke Lanchang untuk melihat sendiri bagaimana rupa pokok karas, teknik suntikan dan hasil teras dengan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech.


Suntikan menggunakan teknik suntikan bawah dibuat pada 25.05.2011. Spesis Aquilaria Malaccensis.


Inilah hasil setelah 1 bulan inokulasi.


Gambar di atas adalah pada usia inokulasi hanya 59 hari. Gambar dirakam pada 11.08.2011. Dalam bulan Ramadhan saya gagahkan diri untuk tidak menghampakan kunjungan sahabat gaharu dari Benta, Pahang untuk melihat sendiri teras terhasil dengan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Pokok karas ditakik untuk melihat teras yang terhasil. " kaya" itulah kata spontan yang terngiang ditelinga saya sebaik melihat teras gaharu yang terhasil. Bau wangi gaharu semerbak setelah dibakar. Saya hanya tertawa kecil kepenatan. 

Akhirnya pada petang itu, 44 liter Inokulan Gaharu Biotech bertukar tangan. Semoga Tuan Jais terus gigih mendidik anak bangsa tanpa lelah menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Semoga ada manfaatnya.

Sunday 14 August 2011

Gaharu Terhasil Setelah 4 bulan Inokulasi

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah s.w.t. dengan rezeki yang dilimpahkan kepada hambaNya. Promosi Ramadhan semakin hampir berakhir. Unit tawaran semakin berkurang. Hanya timggal beberapa puluh liter sahaja lagi untuk ditawarkan kepada penggiat gaharu pada harga promosi Ramadhan iaitu RM150.00 sahaja berbanding harga sebelumnya RM200.00. 

Bagi menghormati dan menghargai penggiat gaharu yang datang dari jauh menggagahkan diri untuk datang ke Lanchang bagi mendapatkan sendiri Inokulan Gaharu Biotech. Juga puluhan liter yang telah dipos ke Utara Tanahair, Pantai Timur hinggalah ke Sabah dan Sarawak. Puasa bukanlah halangan kepada penggiat gaharu. Saya hanya menawarkan harga RM 150.00 seliter sehingga 31.08.2011 atau sehingga habis stok tawaran yang ada. Mengikut mana yang terdahulu. Stok tawaran hanya tinggal beberapa puluh liter sahaja lagi.

Saya merakamkan ucapan terima kasih saya kepada semua penggiat gaharu yang telah mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech sepanjang bulan ramadhan ini dan berdoa semoga apa yang dihajatkan akan tercapai.


Inilah gaharu yang terhasil dengan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech setelah 4 bulan inokulasi. Hasil seni takikan dari Tuan Harun dan 2 orang anak buahnya.

Nantikan saya kemaskinikan hasil gaharu menggunakan Inokulan Gaharu Biotech setelah 5 bulan inokulasi ke atas pokok karas lain pada posting akan datang .

Semoga ada manfaatnya.

Thursday 11 August 2011

Aquilaria Subintegra - Inokulasi selepas 35 hari

Alhamdulillah berkesempatan juga saya paparkan kesan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech ke atas pokok karas Spesis Subintegra dan Crassna. Sememangnya pokok karas yang kecil sangat sukar untuk memberikan tindakbalas yang memberangsangkan ke atas Inokulan atau inducer. Biasa terjadi inokulan atau inducer  yang disuntik tidak memberi kesan langsung ke atas pokok karas. Hatta disuntik sebanyak 2 kali pun masih tidak memberikan kesan. Yang pasti hanya membazirkan wang untuk membeli Inokulan sahaja dengan hasill yang tiada langsung.

Menariknya dengan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech dengan izin dan rahmatNya berjaya memberikan tindakbalas yang sangat positif walhal pokok karas spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna ini hanya berusia 3 tahun dan berukurlilit hanya 30 cm. Sekiranya pokok karas yang sebegini kecil mampu memberikan tindakbalas yang sangat positif, bermakna pokok karas spesis Aqilaria Subintegra dan Crassna yang lebih besar pasti memberikan hasil gaharu yang lebih banyak, pantas dan bermutu.



Inilah hasil inokulasi seawal 35 hari. Berukurlilit hanya 30 cm dan berusia 3 tahun. Disuntik pada 02.07.2011 dan gambar di ambil pada 06.08.2011.

Semoga ada manfaatnya.

Saturday 6 August 2011

Inokulasi ke atas Aquilaria Subintegra

Saya bertemu dengan Tuan Abd Ghani di Lanchang, tempat inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech pada 03.04.2011. Tuan Abd Ghani datang dari Bandar Baru Sungai Buloh bersama 2 orang anak lelaki remajanya. Sememangnya saya kagum dengan beliau dan mengambil masa yang agak lama untuk merakamkan pertemuan beliau disini.  Persoalan yang dilontarkan kepada saya tidak dapat saya jawab sebaiknya sehinggalah hari kelmarin. Alhamdulillah pada hari ini saya mempunyai jawapan yang menggembirakan bagi soalannya. Tuan Abd Ghani sebelumnya ada menanyakan adakah Inokulan Gaharu Biotech mampu memberikan hasil teras bermutu ke atas pokok karas spesis Aquilaria Subintegra.

Syukur kepada Allah dengan izin dan rahmatNya pada 02.07.2011 saya telah bertemu dengan seorang sahabat yang telah mengusahakan tanaman gaharu spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna secara ladang di Sungai Lembing, Pahang. Usia pokok adalah 3 tahun. Pada tarikh tersebut saya telah menyuntik pokok karas beliau yang diusahakan bersama bapa saudaranya. 

Menariknya, pokok karas spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna yang diusahakan beliau bersama ini adalah berukurlilit 30 cm. Saya katakan menarik kerana pada pengalaman saya pokok karas yang berukurlilit sedemikian adalah agak sukar untuk menghasilkan teras gaharu. Sukar kerana batang pokoknya yang agak kecil menyukarkan untuk digerudi. Begitu juga dengan daya serapan Inokulan Gaharu Biotech. Pokok yang kecil berbeza daya serapannya berbanding dengan pokok gaharu yang lebih besar. Sukar kerana fizikal kayu spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna adalah berbeza dengan fizikal kayu Aquilaria Malaccensis dan Aquilaria Agallocha yang saya suntik ratusan pokok sebelumnya. Fizikal kayu spesis Aquilaria Malaccensis dan Aquilaria Agallocha adalah lebih lempung berbanding Aquilaria Subintegra dan Crassna yang lebih berkayu.

Pemerhatian saya sekembalinya kami dari ladang karas beliau pada pada pagi tadi mengilhamkan teknik suntikan yang berbeza perlu digunakan ke atas pokok spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna. Nantikan saya kemaskinikan teknik suntikan yang berbeza untuk spesis tersebut.





Inilah pokok karas spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna yang beukurlilit 30 cm dan berusia 3 tahun. Disuntik pada 02.07.2011. Insya Allah saya kemaskinikan kesan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech pada usia inokulasi 35 hari.

Persoalan yang sama juga dari YM Tengku Abdul Halim dari Kulai, Johor bakal terjawab. Saya sungguh gembira kerana persoalannya juga telah saya temui jawapan gembira pada hari ini. Beliau sungguh gigih dan berpandangan jauh dalam memajukan ekonomi muslim melayu. Banyak ilmu yang dikongsikan bersama saya pada pertemuan saya beberapa kali dengan beliau di Lanchang, Pahang.

Semoga ada manfaatnya.