Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Friday 26 October 2012

Awas Air Hujan...



Pagi-pagi lagi hujan mencurah-curah menerjah bumi Kuantan tatkala menjamah sarapan. Sungguh nyaman merasai harumnya udara dalam hujan lebat bagai muzik asyik yang sungguh lama tidak kedengaran. Mengimbau zaman kanak-kanak bermain hujan. Tiada istilah demam.

"Moh balik, kalau sempat  nanti boleh mandi hujan." Saya bisikkan ke telinga anak sulung saya bersama suatu isyarat. Bercahaya matanya. "Ibu tak marah ke..." Terus saya pegang tangannya meredah hujan lebat menuju ke kereta. Kunci kereta dipulas. Moga moga hujan terus lebat disaat kami lima beranak turun dari kereta sebaik  enjin kereta dimatikan di garaj rumah...

Hujan membawa pelbagai kenangan manis dan pahit. Anggaplah pahit itu sebagai ubat mujarab. Tanggal 11 Mac 2012 saya merakamkan gambar pohon gaharu yang menjangkau 10 bulan  disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech - IGB 311.

Mereput ditengahnya kerana dimasuki air hujan. Air hujan masuk melalui rekahan pada batang pokok yang ditoreh. Jika diperhatikan ada kesan torehan pada atas lubang suntikan. Torehan sepanjang 2 kaki. Dari situlah air hujan masuk.

Saranan saya berhati hatilah jika menyuntik pokok yang ada sejarah patah, condong atau ditakik. Air hujan boleh meresap masuk melalui luka tersebut.




Pokok gaharu yang telah disuntik tidak segagah seperti sebelumnya. Jika dahulu ianya gagah menahan serangan air hujan yang meresap masuk tetapi sekarang tidak lagi. Apa yang boleh saya sarankan ialah jika terjadi hal sedemikian biarkan ia terus bertahan 2 - 3 tahun lagi. Pasti ada hasilnya. Insya Allah.

Sungguhpun begitu bagi saya ianya bukan kenangan pahit sehingga serik. Saya yakin ubat itu pahit dan pahit itu adalah penawar. Penawar menjadikan langkah kita semakin tangkas. Pasti ada hikmahnya.

Semoga ada manfaatnya...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday 3 October 2012

Kesan Tindak Balas IGB 711 Selepas 5 Bulan Inokulasi.

Tanggal 01.09.2012 adalah hari yang sungguh gembira bagi saya apabila tetamu dari Selangor sudi bertandang ke Lanchang, Pahang untuk melihat sendiri kesan inokukasi menggunakan IGB 711. Beliau datang bersama seorang anak lelakinya serta isteri.

Saya bergegas pulang dari Kuantan dan tiba seperti dijanjikan. Saya sungguh kagum dengan beliau yang tiba lebih 1 jam awal dari waktu yang dijanjikan. Ketibaan awal beliau sekeluarga membawa kepada rekod baru dalam sejarah pecutan saya di jalanraya. Saya bukanlah pemandu laju.

Beliau adalah orang lama dalam gaharu dan telah banyak pengalaman dalam suntikan gaharu. Beliau datang dengan membawa beberapa keping gambar suntikan vaksin yang gagal setelah lebih 2 tahun menunggu.

Inilah kesan tindakbalas yang dapat saya tunjukkan pada beliau. Pokok karas berukurlilit 12 inci menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711. Jika sebelumnya saya menunjukkan hasil dari pokok yang lebih besar tetapi pada kali ini saya tunjukkan pokok yang lebih kecil pula.

Semoga ada manfaatnya.

Published with Blogger-droid v2.0.6