Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Wednesday 28 November 2012

Suntikan Gaharu Malaccencis Di Sabah


Alhamdulillah pada 26 November 2012 yang lalu Tuan Ahmad dari Kota Kinabalu Sabah mengirimkan gambar inokulasi pokok gaharu menggunakan Inokulan Gaharu Biotech melalui emel kepada saya.

Melihat pada gambar tersebut saya dapat rasakan  betapa kesungguhan beliau menyuntik pokok gaharu menggunakan Inokulan Gaharu Biotech meskipun kami tidak pernah bertemu muka apatah lagi untuk saya menunjukkan teknik suntikan secara praktikal. Teknik suntikan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech dapat dilakukan oleh beliau dengan begitu cantik sekali meskipun hanya belajar dalam talian sahaja.

Beberapa kali beliau menghubungi saya melalui telefon dan emel dari Sabah untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai teknik inokulasi dan akhirnya tanpa diduga mengirimkan gambar pokok gaharu yang telah diinokulasi kepada saya dengan begitu sempurna sekali.

Ada beberapa tips menarik untuk dikongsi.

Pokok gaharu ini disuntik pada 17 November 2012. Suntikan dibuat pada 'otot' pokok gaharu. Di tempat yang berbonggol pada batang pokok gaharu. Jika diperhatikan bahagian yang berbonggol itu adalah selari dengan urat yang dibawahnya iaitu akar pokok gaharu. Maksudnya ialah lubang yang digerudi  pada bonggol atau 'otot' tersebut merupakan urat akar.

Kelebihannya adakah inokulan yang disuntik dapat terus diserap naik setinggi 25 kaki dari tempat suntikan.

Insya Allah jika ada kesempatan saya akan memuat naik kesan serapan setinggi 25 kaki dari tempat suntikan selepas 2 tahun inokulasi.

Kelebihan ke 2 adalah ianya memudahkan kerja menakik untuk melihat kesan suntikan selepas 1 bulan. Cukup dengan menakik sedalam 1/2 inci sahaja, kesan tindakbalas Inokulan Gaharu Biotech sudah dapat dilihat. Berbanding jika disuntik di bahagian pokok yang berlekuk, takikan terpaksa dibuat dengan lebih dalam.

Kesan kehitaman dan berbau wangi mula terhasil tatkala dibakar. Insya Allah.

Sekiranya ada warga Sabah yang berminat untuk menyuntik pokok gaharu bolehlah menghubungi beliau.

Semoga ada manfaatnya.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday 24 November 2012

How To Calculate The Inoculant Needed

Kebelakangan ini saya menerima beberapa pertanyaan dari Thailand, Myammar dan Papua berkenaan formula jumlah Inokulan  Gaharu Biotech yang diperlukan untuk sebatang pokok gaharu. Jumlah inokulan yang diperlukan adalah berbeza mengikut saiz, tinggi, jumlah cabang dan dahan terutamanya bagi pokok gaharu yang besar.

Bagi memenuhi permintaan tersebut saya usahakan formula asas pengiraan Inokulan Gaharu Biotech dalam versi bahasa inggeris.

Semoga ada manfaatnya.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday 19 November 2012

Suntikan Gaharu - Aquilaria Malaccensis

Alhamdulillah pada 04.11.2012 selesai sudah team suntikan IGB melangsaikan tugas menyuntik pokok gaharu di sebuah kampung dalam  daerah Temerloh, pahang.

Pokok gaharu kepunyaan En Yusof disuntik menggunakan tangga sehingga pada paras ketinggian 15 kaki. Pokok gaharu yang bercabang 2 selesai disuntik dalam masa 20 minit.

Menggunakan formula pengiraan tertentu memudahkan penggunaan inokulan secara tepat dan tidak berlebihan. Bermakna penggunaan inokulan gaharu biotech secara optima dan tidak membazir.

Pihak syarikat juga menyediakan khidmat suntikan pokok gaharu pada harga amat berpatutan.

Semoga ada manfaatnya.

Published with Blogger-droid v2.0.9