Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Tuesday, 10 September 2024

SKIM INSENTIF PROSES INOKULASI POKOK KARAS UNTUK PENGELUARAN GAHARU OLEH MTIB SEBANYAK RM100 SEPOKOK



🌿 **Dapatkan Insentif Proses Inokulasi Karas dari MTIB!** 🌿


Adakah anda seorang pekebun kecil gaharu? Kini, MTIB (Malaysia Timber Industry Board) memperkenalkan **Skim Insentif Proses Inokulasi Pokok Karas Untuk Pengeluaran Gaharu** untuk anda! MTIB menawarkan **Dana insentif percuma sebanyak RM100** bagi setiap pokok gaharu yang diinokulasi.


🎯 **Apa yang anda perlu tahu:**

- IGB711 adalah Syarikat Pembekal inokulasi bagi skim insentif ini

- **Insentif RM100** secara PERCUMA bagi setiap pokok.

- Terhad kepada **100 orang usahawan** dan pekebun kecil gaharu.

- Ini adalah kali pertama insentif ini diperkenalkan!


Jangan lepaskan peluang emas ini untuk meningkatkan hasil tanaman gaharu anda. Daftar sekarang dan nikmati manfaat eksklusif dari MTIB. 💚


Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi kami segera! 


wa.me/60104590215


#InsentifMTIB #Gaharu #PekebunKecil #InokulasiKaras #MTIB





Sunday, 12 September 2021

Daun Kuning Setelah Di suntik dengan Inoculum : Adakah Gaharu telah mula menjadi?

Pokok karas  adalah sejenis pokok yang boleh menghasilkan gaharu. Bagi merangsang pokok karas menghasilkan gaharu, satu teknologi Inoculum akan disuntik ke dalam pokok karas.

Apabila inoculum disuntik ke dalam pokok karas, pokok karas akan mengeluarkan satu resin bagi menghalang inoculum terus merebak dan merosakkan pokok karas. Satu lapisan nipis akan terbentuk bagi menyekat penularan inoculum. Lapisan nipis inilah yang dinamakan GAHARU.


Hasil Suntikan Menggunakan IGB Inoculum Premium


SETELAH DISUNTIK DENGAN INOCULUM DAUN MULA MENJADI KUNING. 

ADAKAH INI TANDANYA GAHARU SUDAH MULA MEMBENTUK?


Daun menjadi kuning selepas disuntik dengan inoculum sebenarnya bukanlah tanda gaharu sudah mula terbentuk. Banyak terjadi meskipun daun menguning selepas disuntik tetapi pokok karas gagal menghasilkan gaharu.


KALAU TIDAK MENJADI GAHARU, KENAPA POKOK KARAS MENGUNING DAUNNYA?


Daun menguning adalah disebabkan oleh teknik injek. Sekiranya Inoculum terus disuntik ke tengah batang pokok karas, biasanya daun akan menguning dengan banyak. Ditambah pula dengan cuaca yang panas seperti musim kemarau misalnya, pokok karas akan menggugurkan daunnya lebih 50% dan kebarangkalian pokok karas akan mati adalah sangat besar. Laluan makanan pokok telah diganggu dan daun akan menjadi kuning.

Sungguhpun begitu sekiranya pokok karas disuntik terus ke tengah pokok tetapi dilakukan pada musim hujan, daun pokok karas biasanya kurang menguning.


Sebenarnya pokok karas perlu SIHAT dan SEGAR untuk menghasilkan gaharu yang lebih banyak dan lebih berkualiti. Sekiranya daun menguning, teras gaharu yang terhasil adalah lebih nipis dan kurang berkualiti.


Kuncinya adalah pokok karas mesti SIHAT dan SEGAR bagi menghasilkan teras gaharu yang lebih berkualiti


HABIS TU, BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENGURANGKAN DAUN POKOK KARAS MENJADI KUNING.

Iaitu teknik suntik, 

Suntikan mestilah tidak mengenai kawasan tengah batang pokok. 

Suntikan mestilah dibuat MENYERONG KE TEPI. Insya Allah daun akan kurang menguning dan teras gaharu yang terhasil akan lebih berkualiti.


Saya akan kongsikan teknik suntik menggunakan IGB Inoculum Premium dalam posting akan datang. Insya Allah.





Dapatkan IGB Inoculum Premium di Shopee


https://seller.shopee.com.my/portal/product/9973834269/



Semoga Ada Manfaatnya



Thursday, 9 September 2021

Siapakah Pembeli Hasil Gaharu Di Malaysia

 Apabila merancang untuk menanam pokok karas, pastinya penanam pokok karas akan tertanya tanya siapakah bakal pembeli hasil gaharu yang bakal diperolehi dari pokok karas mereka.


Maklumat mengenai siapa bakal pembeli hasil gaharu mereka tidak banyak diperolehi. Semestinya maklumat jumlah teras gaharu atau minyak gaharu yang mampu dibeli oleh pembeli juga menusuk benak fikiran.


Untuk posting ini saya khususkan pembeli dalam Malaysia sahaja.



Teras Gaharu Hasil Suntikan Menggunakan IGB Inoculum Premium



Umum mengetahui bahawa rakyat Malaysia bukanlah pengguna teras gaharu. Sangat sukar ditemui rakyat Malaysia menjadikan amalan teras gaharu dibakar setiap hari sepertimana amalan yang menjadi budaya orang Arab.


Budaya Melayu misalnya, membakar teras gaharu adalah suatu amalan yang sangat sukar ditemui. Meskipun membakar teras gaharu adalah sunnah nabi namun ianya tidak diamalkan di Tanah Melayu.

Ianya membawa maksud bahawa lebih 90% pembeli di Malaysia bukanlah pengguna akhir dan mereka biasanya adalah peniaga atau pedagang gaharu yang menjadikan teras gaharu sebagai bahan dagangan mereka.

Sungguhpun begitu tidak dinafikan bahawa terdapat sebilangan kecil pengguna dari kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan teras gaharu secara rutin. Biasanya mereka menggunakannya dalam bentuk aromaterapi dan perubatan.


Pembeli gaharu di Malaysia adalah peniaga gaharu. Mereka membeli dan menjual kembali kepada peniaga gaharu yang lain. Melalui urusniaga inilah mereka mendapat sedikit untung dari hasil jual beli tersebut. Kadar keuntungan yang diambil adalah sangat subjektif kerana ianya mengambilkira kualiti dan kuantiti teras gaharu yang boleh diniagakan.




Malaysia adalah negara yang menjadi tempat tertumpunya pembeli gaharu dari luar negara. Keindahan, kecantikan serta kedamaian Malaysia membuatkan ramai pedagang gaharu dari luar negara gemar datang ke Malaysia dan membuat jaringan perniagaan di sini.


Apa yang boleh dikongsikan di sini adalah pembeli Malaysia adalah peniaga gaharu dan bukan pengguna gaharu. Hasil gaharu tersebut dijual semula dan mereka mengambil sedikit untung hasil urusniaga tersebut.


Jadi harga yang dibeli pastinya tidak semahal harga pengguna. Jika anda dapat menjual secara terus kepada pengguna akhir, Insya Allah anda dapat menjualnya pada harga yang lebih mahal. Sungguhpun begitu ianya adalah hampir mustahil untuk menjual hasil gaharu  bagi 1000 pokok karas anda misalnya kepada pengguna akhir. Kerana pengguna akhir tidak berada di Malaysia. Anda pasti memerlukan khidmat pembeli gaharu Malaysia.


Insya Allah saya kongsikan nanti berapakah julat harga yang biasanya dibeli oleh pembeli dari Malaysia.


SEMOGA ADA MANFAATNYA



Umum

Gaharu : Mahu Jual Ke mana?

Kayu gaharu dikatakan kayu termahal di dunia. Lantaran itu ramai yang mengambil langkah untuk menanam pokok karas. Iaitu pokok yang boleh menghasilkan gaharu.


Ramai bertanya DI MANAKAH MAHU DIJUAL TERAS GAHARU?




 Teras gaharu yang berkualiti sangat dicari oleh pembeli dari Timur Tengah. Rata-rata pembeli dari Timur Tengah ini mahukan kualiti teras gaharu paling minimum adalah gred A.



Teras Gaharu hasil Suntikan Menggunakan IGB INOCULUM PREMIUM





Bermakna teras gaharu bergred A ke atas akan mudah terjual. Jika anda mahu menjual teras gaharu yang mudah dijual, usahakan untuk  memperolehi teras gaharu bergred tinggi. Ini kerana pasaran Timur Tengah sangat menggemari teras gaharu bergred A ke atas.




Teras Gaharu hasil Suntikan Menggunakan IGB INOCULUM PREMIUM






Bagaimana pula pasaran di Malaysia itu sendiri. Adakah teras gaharu juga ada pembeli dari kalangan rakyat Malaysia.
Insya Allah saya kupas selanjutnya dalam posting yang akan datang.

Tuesday, 31 August 2021

Kenapa Mesti Tebang Pokok Karas?

Ramai kedengaran penanam pokok karas telah mula  menebang pokok karas milik mereka. Ada yag beralasan setelah belasan tahun menanam tetapi tiada hasil langsung yang diperolehi sepanjang tempoh tersebut. Agak kecewa dengan hasil yang diangankan tetapi tetap tidak kesampaian setelah belasan tahun menunggu. Akhirnya mula nekad menebang pokok karas yang telah ditanam belasan tahun.


APAKAH INI KEPUTUSAN YANG TEPAT?

Berbelas tahun pokok karas ditanam tetapi hanya hanya mengambil masa tidak sampai sepuluh minit untuk menebangnya.

Pokok karas mesti disuntik dengan inokulum bagi menghasilkan gaharu. Tanpa suntikan inokulum, pokok karas yang ditanam hampir mustahil menghasilkan gaharu.


Pokok karas yang tidak menghasilkan gaharu, tidak laku dipasaran. Tidak ada yang mahu membelinya. Pembeli mahu gaharu dan bukannya pokok karas.


Jika ada yang membeli pokok karas, biasanya pembeli tersebut akan membuat suntikan Inokulum bagi menghasilkan gaharu.


Apabila pokok karas menghasilkan gaharu, baharulah ada pembeli.







JADI APA YANG PERLU DIBUAT


Suntiklah pokok karas anda dengan inokulum bagi menghsilkan teras gaharu yang berkualiti. Ters gaharu yang berkualiti akan mudah dijual. 


Jika anda adalah pembeli teras gaharu, anda mahu membeli teras yang mana? Teras gaharu yang berkualiti tinggi atau teras gaharu yang rendah kualitinya.


Anda telah banyak mengeluarkan wang untuk menanam dan menjaga pokok karas berbelas tahun. Sekarang sampai masanya anda mengeluarkan sedikit wang untuk menyuntik pokok karas anda bagi menhasilkan teras gaharu.


Ada Gaharu Ada Pembeli. Insya Allah


Semoga ada manfaatnya




Saturday, 28 August 2021

Aquilaria Microcarpa Antara Spesis Gaharu Terbaik

Beberapa tahun yang lepas, seorang usahawan gaharu wanita dari indonesia datang bertandang ke kebun gaharu saya di Lanchang, Temerloh, Pahang.Seorang yang cukup bersemangat. Terbang dari Jakarta, Indonesia dan terus menuju ke kebun gaharu saya di Lanchang. Tidak terlihat penat di wajahnya meskipun usia telah menghampiri 80 tahun Beliau cukup berpengalaman dalam gaharu serta banyak jasanya dalam arena gaharu. Sepanjang 3 Hari 2 Malam beliau menjadi tetamu saya, banyak ilmu gaharu dikongsikan oleh beliau kepada saya. Saya bertanya kepada beliau apakah spesis gaharu yang terbaik pada pandangan beliau, beliau menyatakan AQUILARIA MICROCARPA. Katanya bau gaharunya sangat wangi. Spesis Aquilaria Microcarpa tidak ditemui di Semenanjung Malaysia. Ianya banyak terdapat di Borneo. Aquilaria Microcarpa memiliki buah dan biji yang kecil. Kerana itulah ianya diberi nama Micro. Bijinya sangat kecil dan berekor pendek berwarna putih. Sejak itu saya mula mencari-cari benih Aquilaria Microcarpa untuk disemai dan dijadikan koleksi dalam kebun gaharu saya. Maklumlah gaharu hanya berbuah setahun sekali dan bukan setiap tahun ianya berbuah. Buahnya pula mengikut musim buah pokok hutan. Alhamdulilah rezeki PKP 2021, seorang sahabat saya dari Borneo telah mengirimkan biji gaharu spesis Aquilaria Microcarpa dan berjaya disemai. Insya Allah ianya akan ditanam sebagai koleksi kebun gaharu saya yang saya namakan TANAH GAHARU LANCHANG. TANAH GAHARU LANCHANG telah ditanam dengan Spesis Aquilaria Malaccensis, Crassna / Subintegra, Sinensis, Beccariana dan Hirta. Dan Kini Microcarpa pula. Cukup gembira. Saya kongsikan gambar biji gaharu spesis Aquilaria Microcarpa.
Semoga Ada Manfaatnya

Monday, 23 August 2021

Tebuan Pun Makan Biji Gaharu.

Tahun 2021 adalah antara tahun yang sangat banyak menghasilkan buah gaharu. Kesemua pokok karas di Tanah Gaharu Lanchang berbuah pada tahun ini.


Tanah Gaharu Lanchang adalah tanah gaharu milik syarikat iaitu Agarwood Biotech Expert Resources Sdn Bhd.



Tebuan mengambil biji gaharu spesis Aquilaria Malaccensis


Tebuan juga merupakan agen pembiakan pokok gaharu. Kita biasa lihat kedapatan pokok gaharu yang sudah sebesar betis, tetapi sekelilingya tiada tanda kehadiran pokok gaharu induk. Mungkin pokok gaharu tersebut adalah hasil dari pembawaan sang tebuan.



google.com, pub-6182976510264246, DIRECT, f08c47fec0942fa0



Berita baiknya biji benih ini ada dijual dalam kedai SHOPEE kami.


klik kat bawah untuk mendapatkan biji benih.


https://seller.shopee.com.my/portal/product/4094989357/

Saturday, 21 August 2021

Bukankah Teras itu Padat, Kenapa Teras Gaharu MEREPUT??? Peninggg

Saya menerima beberapa pertanyaan melalui facebook. Beliau cukup pening apabila mendapati pokok karas yang telah disuntik kelihatan mereput di tengah- tengah.

Beliau cukup keliru kerana sepatutnya teras gaharu padat  Maklumlah, namanya pun TERAS gaharu  tetapi KENAPA ianya reput ditengah.


Teras Gaharu Hasil Suntikan IGB Inoculum Premium


Pokok karas adalah sejenis pokok yang berkayu lempung atau lembut. Pokok karas ini cukup mudah reput apabila dimasuki air.

Resin gaharu terjadi hasil dari tindakbalas terhadap 'gangguan' yang masuk ke dalam pokok karas samada secara alami/semulajadi atau secara "paksa" iaitu melalui teknologi Inoculum.




google.com, pub-6182976510264246, DIRECT, f08c47fec0942fa0




Apabila suatu cecair atau inoculum dimasukkan ke dalam pokok karas, Biasanya inoculum tersebut dari bahan ORGANIK, BEBAS RACUN dan mengandungi BAKTERIA.

Bakteria akan mula merosakkan kawasan kayu yang dimasuki air. Oleh kerana inoculum tersebut adalah dalam bentuk cecair, bakteria akan semakin mudah merosakkan bahagian kayu tersebut sehingga ianya mereput.


Ianya sama seperti kita merendamkan kayu hidup ke dalam air,  lama kelamaan kayu tersebut akan mereput.


🔑🔑Hal yang sama terjadi apabila air atau inoculum dimasukkan ke dalam pokok karas. PASTI mereput kerana air atau inoculum tersebut tidak beracun dan bakteria boleh membiak sekaligus mereputkan pokok.


Usah risau dengan teras gaharu yang mereput. Itu adalah kejadian biasa untuk pokok karas.


🔔Habis tu, macamana teras gaharu boleh terhasil???


Insya Allah saya ceritakan nanti.Inoculum Premium?  Dapatkannya di SHOPEE


klik


https://seller.shopee.com.my/portal/product/9973834269/

Thursday, 19 August 2021

IGB Inoculum Premium kini boleh didapati di Shopee

🔔🔔Sesuai dengan perkembangan marketing digital, IGB inoculum Premium telah mula dijual dalam Shopee.


🔑🔑 Apa kelebihan yang ada apabila IGB Inoculum Premium dijual dalam Shopee


Kedai Shopee kami beroperasi 24 Jam.

Kos penghantaran lebih JIMAT

Cara bayaran yang lebih SELAMAT.

Boleh dapat HARGA Promosi

MUDAH





DAPATKANNYA DI SINI  

Cuma Klik 


https://seller.shopee.com.my/portal/product/9973834269/

Apa itu Gaharu dan Kenapa 'GAHARU" Tiada Pembeli

Di Malaysia khasnya,  ramai yang telah menanam pokok KARAS dengan harapan akan mendapatkan teras GAHARU yang bermutu tinggi dan boleh dijual pada harga yang tinggi. 

Tidak sedikit juga yang menyangka  bahawa dengan menanam pokok KARAS yang banyak ianya pasti menghasilkan teras GAHARU yang banyak dan bakal menjadi jutawan baharu.
 
Bahkan ada segelintir menganggap bahawa pokok KARAS itu adalah teras GAHARU dan pasti ramai pembeli yang yang berebut-rebut untuk membeli pokok karas yang disangkakan teras gaharu itu.



🔑Sebenarnya pokok KARAS dan GAHARU adalah benda yang sangat jauh BERBEZA.


Teras Gaharu Hasil Suntikan Menggunakan IGB Inoculum Premium






google.com, pub-6182976510264246, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Hanya Pokok karas yang boleh menghasilkan gaharu. Pokok karas juga dikenali dengan nama lain mengikut tempat seperti engkaras, depu dan tabak.

Ironinya tidak semua pokok karas boleh menghasilkan teras gaharu secara alami.

Pokok karas mesti disuntik dengan inoculum bagi merangsang penghasilan gaharu dengan lebih cepat dan lebih bermutu.



🔔🔔Sebenarnya Gaharu adalah KAYU MATI yang dipenuhi dengan resin yang berbau wangi apabila dibakar dan hanya ada ada dalam pokok karas sahaja.





SEMOGA ADA MANFAATNYA 

Tuesday, 19 February 2019

Tawaran Harga IGB Premium

MAKLUMAN
✅✅✅✅

Harga IGB Premium.
🎈🎈

🎈Bawah 100 botol (RM6.90)

🎈100  botol (RM5.50)

🎈200 botol ke atas (RM5.00)

Tawaran sah sehingga 28 Februari 2019

Hubungi segera

012 3790215 - Jama

010 4590215 - Jama

0167905422 -  Rizal

Thursday, 7 February 2019

Tawaran Terhad


Tawaran Menjadi Anggota Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad.
✅✅✅✅✅

Tawaran hanya untuk 15 orang sahaja dengan memenuhi salah satu syarat berikut:-

1. Tinggal dalam Negeri Pahang.

2. Bekerja dalam Negeri Pahang.

3. Memiliki hartanah dalam Negeri Pahang.
✅✅✅
Kepada yang berminat boleh terus hubungi saya di talian

✅+60123790215
✅+60104590215

Jama Rusli b Mat Ali Hanafiah

Pengerusi
Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad.

✅✅✅
Mohon share kepada yang berminat.

Tkasih👍🏻👍🏻👍🏻

Thursday, 17 January 2019

Kursus Gaharu Padat

Minggu yang cukup padat.

😎😎😎

Pada 13 Januari 2019 selesai kursus Gaharu Padat IGB di Tanah Gaharu Lanchang, Pahang.

Kehadiran peserta di luar jangkaan. Saya hanya mengiklankan dalam masa 2 minggu sahaja. Itupun selepas Kursus Gaharu Padat yang telah diadakan pada 26 Disember 2018.

Ada 4 peserta yang telah dalam perjalanan ke tempat kursus tetapi terpaksa bergegas pulang atas sebab tugas dan hal kecemasan.

Ada 4 peserta pula yang telah terlepas tarikh.
Pada awalnya saya menetapkan tarikh 20 Januari 2019 tetapi terpaksa di percepatkan tarikh kursus atas sebab jadual saya ke India dipercepatkan tarikhnya.

🍎🍎🍎

Insya Allah pada 09 Mac dan 10 Mac 2019 saya akan mengadakan Kursus Gaharu Padat IGB di Betong, Sarawak. 

Daftar SEGERA.
Tempat TERHAD.

Monday, 7 January 2019

Kursus Gaharu Padat IGB pada 13 Januari 2019

KURSUS GAHARU PADAT
13 Januari 2019 (Ahad)
🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀

Saya akan mengadakan

Kursus Gaharu Padat.

TARIKH 13 Januari 2019
Jam 10.30 pagi hingga 1.30 petang
Bertempat di Tanah Gaharu Lanchang, Temerloh, Pahang.
HANYA 85 km dari Tol Gombak.

🎈🎈 Saya akan KONGSIKAN
           🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀

🎈Spesis pokok gaharu yang terbaik untuk ditanam.

🎈Teknik menanam pokok gaharu bagi menghasilkan jumlah pokok yang paling optimum bagi tanah anda.
2000 Pokok per ekar.

🎈 Cara pembajaan paling bagus untuk pokok gaharu anda.

🎈 Teknik suntikan pokok gaharu bagi menghasilkan teras gaharu bermutu tinggi.

🎈Cara mengekstrak pati minyak gaharu menggunakan Boiler IGB.

🎈Proses melarik kayu gaharu sehingga terhasil teras gaharu.

🎈Pasaran teras gaharu IGB dan pati minyak gaharu IGB.

Saya akan tunjukkan bagaimana memproses kayu gaharu sehingga pati minyak gaharu terhasil.

🚘🚘🚘🚘🚘🚘🚘🚘

Yuran BIJAKSANA RM100.
🚘🚘🚘🚘🚘🚘🚘🚘

Anda akan membawa pulang salah satu dari hadiah berikut:-

1. Anak pokok gaharu bernilai RM105 ( 7 pokok)

2. IGB inoculum Premium bernilai RM103.50 (15 botol)

Hubungi saya SEGERA

⏰010 4590215 - Jama Rusli

⏰ 012 3790215 - Jama Rusli

✅ 014 2999332 - Faiz M Samsuri

Saturday, 29 December 2018

Kursus Gaharu Padat

Kursus Gaharu Padat  IGB telah diadakan pada 26.12.18. Kehadiran peserta yang cukup sporting.

Insya Allah saya akan adakan lagi pada Januari 2019 di Kampung Tedong, Lanchang, Pahang

Daftar SEGERA

Hubungi

+6010 4590215

+6012 3790215

TAWARAN PENGHUJUNG TAHUN 2018

TAWARAN PENGHUJUNG TAHUN 2018
😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍

Harga IGB premium RM5.50 sebotol
(harga biasa RM6.90 sebotol).

🍎🍎🍎
+ Kos pos ke Seluruh Semenanjung HANYA RM10 bagi setiap penghantaran.

+ Kos pos ke Sabah dan Sarawak HANYA RM15 bagi setiap penghantaran.

👍👍👍👍

⏰⏰⏰Tawaran sah sehingga 02.01.2019 sahaja

⚽️⚽️⚽️DAPATKAN segera sementara stok masih ada.

Hubungi

+60104590215  Jama
+60123790215  Jama Rusli Mat Ali

Friday, 21 December 2018

KURSUS GAHARU PADAT PERCUMA

KURSUS GAHARU PADAT.
🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀

Saya akan mengadakan

Kursus Gaharu Padat.

TARIKH 26 Disember 2018
Jam 10.30 pagi hingga 1.00 petang
Bertempat di Tanah Gaharu Lanchang, Temerloh, Pahang.
HANYA 100km dari Kuala Lumpur

🎈🎈 Saya akan KONGSIKAN
           🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀

🎈Spesis pokok gaharu yang terbaik untuk ditanam.

🎈Teknik menanam pokok gaharu bagi menghasilkan jumlah pokok yang paling optimum bagi tanah anda. 1500 Pokok per ekar.

🎈 Cara pembajaan paling bagus untuk pokok gaharu anda.

🎈 Teknik suntikan pokok gaharu bagi menghasilkan teras gaharu bermutu tinggi.

🎈Cara mengekstrak pati minyak gaharu menggunakan Boiler IGB.

🎈Proses melarik kayu gaharu sehingga terhasil teras gaharu.

🎈Pasaran teras gaharu IGB dan pati minyak gaharu IGB.

Saya akan tunjukkan bagaimana memproses kayu gaharu sehingga pati minyak gaharu terhasil.

🚘🚘🚘🚘🚘🚘🚘🚘

Yuran BIJAKSANA RM100.
🚘🚘🚘🚘🚘🚘🚘🚘

Anda akan membawa pulang salah satu dari hadiah berikut:-

1. Anak pokok gaharu bernilai RM105 ( 7 pokok)

2. IGB inoculum Premium bernilai RM103.50 (15 botol)

3. Pati minyak gaharu IGB bernilai RM100 ( 1 ml )

4. Set pisau carving / larik bernilai RM100

Hubungi saya SEGERA

⏰010 4590215 - Jama Rusli

⏰ 012 3790215 - Jama Rusli

Saturday, 26 May 2018

IGB Premium di Tenggaroh, Johor.

Pada 07 April 2018  team injek IGB menuju ke Tenggaroh, Johor.

Suntikan pokok gaharu menggunakan IGB Premium.

Kelebihan menggunakan IGB Premium adalah teras gaharu yang terhasil adalah lebih tebal.

warna,  bau dan bentuk hasil teras gaharu menggunakan teknologi IGB adalah menyamai teras gaharu liar.

Thursday, 24 May 2018

Tawaran Ramadhan

Ramai yang bertanya, adakah tahun ini ada tawaran Ramadhan.

Selepas hari ke 8 berpuasa baharu saya berkesempatan mengemaskini Tawaran Ramadhan bagi IGB Gold dan IGB Premium.

🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈

Tawaran Ramadhan sebenarnya telah pun bermula pada 17.05.18. Penghantaran telah bermula sehingga ke tarikh ini. Stok adalah terhad dan semakin berkurangan.

🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈

Tawaran Ramadhan kali ini adalah:-

Bagi setiap pembelian IGB Gold atau IGB premium sebanyak 100 botol. Anda dapat PERCUMA 10 botol.

Harga

1 botol IGB Premium adalah RM6.90

1 botol IGB Gold adalah RM 5.00

Misalnya anda membuat belian 100 botol IGB Preimium pada harga RM690.

Anda dapat 110 botol pada harga RM690.

Anda JIMAT RM69.00

Rebutlah Tawaran Ramadhan ini yang akan berakhir pada 15.06.18

🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
Pertanyaan lanjut boleh call atau whatsapp


      http://www.wasap.my/+60104590215


       http://www.wasap.my/+60123790215


       http://www.wasap.my/+60142999332


       http://www.wasap.my/+60167905422


       http://www.wasap.my/+60166664030

  

       http://www.wasap.my/+60179592715


Thursday, 1 March 2018

Kursus Gaharu


Semalam saya berdiskusi dengan tuan Saifuddin. Kami kerap bertemu dan berbincang berkenaan strategi - strategi bagi syarikat Agarwood Biotech Expert Resources Sdn Bhd (ABER) sebagai pengeluar inokulum IGB.

Antara yang dibincangkan adalah betapa perlunya saya mengemaskini blog kesayangan saya ini. Blog yang telah membawa saya ke serata pelusuk negeri di Semenanjung Malaysia.

Pulau Pinang, kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan kelantan. Semuanya untuk kerja menyuntik pokok gaharu menggunakan inokulum IGB

🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
Insya Allah jumaat ini tuan Saifuddin dan saya akan ke Debak, Sarawak. Kami akan berkongsi pengalaman gaharu bersama peserta kursus Inokulasi dan Pengolahan Teras di Debak, Sarawak pada 03.03.18 dan pada 17.03.18 pula kursus akan diadakan di keningau, Sabah.

Pada 01.04.18 pula, kursus tersebut akan diadakan di Kampung Tedong, Lanchang, Pahang. Iaitu kursus yang ke 10 yang adakan oleh ABER.

Hubungi saya segera untuk maklumat lanjut.

Semoga ada manfaatnya.

Monday, 27 March 2017

Teknik Injek Air Mata

Agak lama saya tidak mengemaskini Laman Blog ini. Laman blog yang telah membawa saya ke merata dunia bagi berkongsi cerita gaharu. Laman blog ini jugalah yang membuatkan saya semakin sibuk. Kerja inokulasi, seminar, kursus pertemuan demi pertemuan dengan pengusaha gaharu dari kalangan pengusaha kecil hinggalah  ke pengusaha besar yang menanam puluhan ribu pokok karas. Dari kalangan ahli akademik di universiti hinggalah ke VVIP yang berminat untuk mendapatkan pandangan dan berkongsi pengalaman. 

Apabila bercerita mengenai pokok karas yang ditanam. Samada ditanam secara kecil-kecilan atau yang ditanam secara ladang, INOKULUM dan TEKNIK INJEK sangat penting bagi merealisasikan apa yang diangankan semasa bermulanya langkah menanam anak pokok gaharu bertahun yang lepas.

Teknik injek yang telah dibuat sebelum ini menggunakan saiz lubang 16mm dan diinjek sehingga ke empulur pokok karas bahkan ada yang terlajak sehingga melepasi 2/3 dari diameter pokok karas. 

Teknik injek ini sangat bagus untuk menghasilkan gaharu sehingga ke ranting dan naik sehingga 35 kaki tinggi dengan hanya menginjek pada paras 7 kaki dari tanah sahaja. Sungguhpun begitu, jumlah inokulum yang digunakan adalah sangat banyak dan gaharu yang terhasil berbentuk kepingan. Membawa makna gaharu yang terhasil lebih ringan kerana berbentuk kepingan. Ditambah dengan risiko air yang masuk ke dalam batang pokok yang boleh menyebabkan empulurnya mereput  dan  akhirnya akan menipiskan teras gaharu. 

Setelah beberapa tahun saya melihat dan memerhatikan kesan penggunaan inokulum yang banyak lalu membawa kos injek yang kurang efektif. Ia iaitu kos inokulum yang banyak berbanding dengan hasil teras yang diperolehi
 
Setelah cubaan demi cubaan yang memakan masa dan wang yang bukan sedikit akhirnya saya mula menemui teknik injek  yang dapat menghasilkan teras gaharu yang sangat digemari oleh pasaran Timur tengah khasnya.

Teknik injek itu saya namakan TEKNIK INJEK AYER MATA.

Insya Allah saya tunjukkan caranya di sini.



Wednesday, 13 July 2016

Taklimat Gaharu Di Temerloh, Pahang

Satu Taklimat Gaharu akan dibuat oleh Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad pada ketetapan berikut:-

Tarikh 23.07.16
Hari Sabtu
Jam 10.30 pagi
Bertempat di Balairaya Kampung Bukit Kemuning,
                     Temerloh,
                     Pahang

Mohon call atau whatsapp saya bagi memudahkan urusan pendaftaran kehadiran.

012 3790215 - Jama

Taklimat Gaharu ini adalah PERCUMA.

Siapa yang perlu hadir...

+ Orang yang ingin mendapatkan  maklumat lebih jelas mengenai halatuju industri gaharu.

+ Bakal penanam pokok karas/gaharu

+ Penanam pokok karas yang mencari jalan bagaimana menginjek pokok karas mereka .

+ Syarikat atau koperasi lain yang ingin menjalin kerjasama dengan Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad.

Tempat TERHAD

Monday, 11 July 2016

Makluman Awal Taklimat Gaharu



Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad (Dalam Penubuhan) merancang untuk mengadakan 2 Taklimat Gaharu Iaitu di Temerloh, Pahang dan Kuantan, Pahang. Ianya dijangka akan diadakan dalam bulan Julai 2016. Tarikh yang tepat akan dimaklumkan kemudian setelah mendapat pengesahan tempat di lokasi tersebut.

Matlamat Taklimat Gaharu ini adalah untuk memberikan gambaran sebenar dan lebih jelas mengenai halatuju industri gaharu. 

Siapa yang MESTI hadir:-

+ Individu atau syarikat atau koperasi yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai industri gaharu dan belum menanam pokok gaharu.

+ individu yang ingin menjadi anggota Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad.

+ Individu atau syarikat atau koperasi di luar negeri Pahang yang mahu membuat sebarang kerjasama  dengan Kopearasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad. 

+ Individu atau syarikat atau koperasi yang telah menanam pokok gaharu dan mahu bekerjasama untuk menginokulasi pokok gaharu mereka menggunakan Inokulan IGB. 

Taklimat Gaharu ini adalah PERCUMA


Call @ whatsapp untuk pendaftaran PERCUMA

012 3799215 - Jama 


Semoga ada manfaatnya. 

Friday, 29 April 2016

Makluman Awal Cadangan Penubuhan Koperasi Pengusaha Gaharu Johor Berhad

  Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad (dalam penubuhan) bekerjasama dengan syarikat Naturextract Sdn Bhd yang memproses pati minyak gaharu menggunakan teknologi yang dihasilkan oleh seorang SAINTIS. Kayu minyak yang terhasil menggunakan Inokulan IGB akan diproses menggunakan Teknologi pemprosesan Pati Minyak Gaharu ini. 

Kajian yang bertahun dilakukan untuk menghasilkan teknologi pemprosesan pati minyak gaharu ini akan diDEDAHKAN pada hari tersebut. 

Pada 30.04.16 pihak Naturextract akan mengadakan perbincangan mengenai halatuju industri gaharu bagi menghasilkan bekalan Minyak gaharu yang lebih banyak dan berterusan. Hal ini adalah sangat penting bagi memberi keyakinan kepada pembeli pukal pati minyak gaharu. 

Kami juga sedang mengumpul bakal anggota yang berminat untuk menyertai Koperasi Pengusaha Gaharu Johor Berhad yang bakal ditubuhkan. 

Tarikh 30.04.16
Lokasi: Bilik kuliah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Batu pahat,
Johor 

Semua dijemput hadir. 

Jumpa kami di sana. 

Share dan like supaya lebih ramai ANAK JOHOR  dan orang yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai gaharu tahu mengenai program ini.



Monday, 11 April 2016

Faedah Koperasi Kepada Anda

Ramai yang tertanya tanya apakah faedahnya menjadi anggota koperasi. 


Berikut adakah antara faedah yang bakal diperolehi oleh anggota koperasi. 

+ Anggota memiliki koperasi melalui modal syer dan yuran yang disumbangkan di samping menjadi pengguna perkhidmatan dan barangan yang ditawarkan oleh koperasi. 

+ Koperasi menawarkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang berpatutan kepada anggota-anggotanya. 

+ Anggota-anggota menikmati pulangan atas langganan, dividen atas modal yang disumbangkan dan penyertaan aktif di dalam pengurusan dan aktiviti koperasi. Sebahagian daripada keuntungan koperasi diperuntukkan kepada tabung atau kumpulan wang bagi membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan seperti tabung pendidikan anak-anak anggota, khairat kematian dan sumbangan kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. 


Semoga ada manfaatnya. 

Apa itu Prinsip-Prinsip Koperasi

Prinsip-prinsip koperasi adalah:-

+ Keanggotaan sukarela dan terbuka. 

+ Kawalan secara demokrasi oleh anggota. 

+ Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi.

+ Kebebasan San autonomi. 

+ Pendidikan, Latihan dan maklumat. 

+ Bekerjasama di antara koperasi-koperasi. 

+ Mengambil berat terhadap masyarakat. 

Apakah itu koperasi dan ciri-cirinya.

Koperasi ialah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi1993 dengan matlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi. 

Apakah curi-ciri koperasi:-

+ Koperasi melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi bagi memenuhi keperluan anggotanya. 

+ Koperasi bukannya berunsurkan politik. Anggotanya tidak boleh menggunakan koperasi sebagai tempat berpolitik. 

+ Koperasi bukannya Kesatuan Sekerja (Trade Union). Konsep koperasi ialah tolong menolong antara satu sama lain, bukannya dengan cara berjuang menuntut hak-hak dari majikan. 

+ Koperasi bukannya badan kebajikan. 

+ Anggota-anggota koperasi mengurus dan mengawal perjalanan koperasi berdasarkan Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi. 

+ Syer dan Yuran disumbangkan oleh anggota sebagai modal menjalankan perniagaan koperasi. 

+ Setiap anggota mempunyai hak yang sama dalam membuat keputusan mengenai masa depan koperasi. 

+ Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal dan atau yuran ya sahaja. 

+ Koperasi mengutamakan keperluan dan perkhidmatan kepada anggota terlebih dahulu daripada mencari keuntungan semata-mata. 


Friday, 8 April 2016

Mesyuarat Agung Permulaan bagi menubuhkan Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad

Tanggal 07.04.16. 

Saya bersamaan dengan Jawatankuasa Penaja Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad telah datang ke Pejabat Suruhajaya Koperasi Malaysia Wilayah Temerloh untuk mendapatkan nasihat lanjut berkenaan penubuhan Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad. Maklumat yang diberikan sangat menggembirakan hati kami. 

Hasil dari pertemuan tersebut, kami mencadangkan tarikh bagi bagi Mesyuarat Agung Permulaan diadakan pada 16.04.16 hari Sabtu jam 11.00 pagi. Lokasi tepat bagi mesyuarat tersebut telah dimaklumkan kepada kesemua bakal anggota yang telah memberikan nama kepada saya. 

Seramai lebih 100 orang pengusaha gaharu dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah menyatakan minat dan kesungguhan untuk menjadi anggota koperasi ini. Namun atas sebab kekangan tertentu pihak kami hanya mengambil 25 orang sahaja yang memenuhi syarat untuk menjadi anggota Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad. 

Sungguhpun begitu, tawaran bagi anak Pahang yang memenuhi syarat untuk bersama sama dengan Koperasi ini masih terus dibuka. Mohon pihak tuan terus call/SMS/whatsapp untuk mendapatkan tempat. Buat masa ini sehingga 16.04.16, hanya 5 tempat kosong sahaja yang ditawarkan. 

Semoga ada manfaatnya 

Sunday, 27 March 2016

Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad





Ramai yang bertanya saya berkenaan hasil gaharu yang diinjek:-

Bagaimanakah menginjek pokok karas tanpa memerlukan modal yang sangat banyak. 
Adakah Ianya mempunyai harga seperti yang dicanangkan. 
Ke manakah Ianya akan dipasarkan 
Siapakah pembelinya. 
Bagaimana cara menjualnya
Bolehkah pengusaha gaharu menjana wang hasil dari pelaburan yang bertahun-tahun selama ini. 



Saya bergerak dari Utara hingga ke selatan tanah air, bertemu petani biasa, golongan profesional, hinggalah kepada pengusaha gaharu berstatus  Doktor, Profesor malah Juga berpangkat Dato dan Datuk Seri. Soalan yang sama terus bertalu-talu diajukan kepada saya. Malah ramai di kalangan mereka seakan putus asa dengan situasi industri gaharu yang seakan sangat kabur halatujunya. 

Tahun 2015, saya sangat berharap dapat bertemu dengan syarikat yang dapat bekerjasama dengan syarikat milik saya Agarwood Biotech Expert. Kerjasama yang dapat membantu pengusaha gaharu memproses hasil gaharu yang diinjek menggunakan Inokulan IGB dan memasarkannya. Proses ini sangat penting untuk membantu memulihkan keyakinan mereka  sekaligus melonjakkan taraf ekonomi pengusaha gaharu.

2015 saya bertemu syarikat yang bersedia untuk bersama-sama membantu pengusaha gaharu di. malaysia khususnya.  Syarikat yang bekerjasama dengan Agarwood Biotech Expert adalah Nature Extract Sdn Bhd. Syarikat ini menjalankan penyelidikan dalam pemprosesan Pati Minyak Gaharu menggunakan teknologi penyulingan Stim. Hasil dari penyelidikan tersebut yang diterajui oleh seorang saintis, Ianya dapat menghasilkan Pati Minyak Gaharu pada kadar yang lebih cepat, lebih banyak bersama dengan kualiti Pati Minyak Gaharu yang terjamin. Kini penyelidikan beliau sampai seperti yang dihajati dan bermulalah kerjasama tersebut dalam bentuk Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad. 

Kini kerjasama tersebut menyerlahkan sinarnya dengan lulusnya permohonan penubuhan Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad. Dalam waktu terdekat pihak jawatankuasa penaja akan bertemu dengan pihak SKM di Temerloh, Pahang bagi mendapatkan nasihat berkenaan penubuhan Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad ini sekaligus menetapkan tarikh Mesyuarat Agung Penubuhan (MAP). Mesyuarat ini adalah mesyuarat yang sangat penting bagi memungkinkan tertubuhnya Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad. 

Setelah tertubuhnya Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad ini, anggota koperasi dapat menginjek pokok karas mereka menggunakan Inokulan IGB, pihak Koperasi juga akan membantu anggotanya memproses hasil gaharu yang diinjek tersebut menjadi Pati Minyak Gaharu dan menjualnya pada harga setinggi mungkin. Hasil jualan akan dibahagikan bersama pemilik pokok karas dan keuntungannya akan diagihkan kepada anggota koperasi lainnya dalam bentuk Dividen. 

Dengan tertubuhnya Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad, semula persoalan yang tersebut pada awalnya tadi akan terungkai. Pengusaha gaharu sudah boleh mula tersenyum. 

Penyertaan untuk menjadi anggota masih terus dibuka dan bagi sesiapa yang berminat bolehlah terus menghubungi saya

Call /SMS /whatsapp  012 3790215


Semoga ada manfaatnya

Jama Rusli
Founder
Agarwood Biotech Expert

Sunday, 13 September 2015

Anak Pokok Karas / Gaharu untuk Di Jual

ADAKAH TUAN BERCADANG UNTUK MENANAM POKOK KARAS TETAPI MASIH :-

+ Mencari-cari spesis pokok karas apakah yang terbaik untuk ditanam dan bersesuaian dengan jenis tanah milik tuan. 

+ Kabur dalam kaedah penanaman dan penjagaan pokok gaharu. 

+ Bimbang dengan bekalan inokulan apabila sampai masa untuk menginokulasi pokok karas milik tuan nanti. 

+ Risau bagaimana caranya untuk menginokulasi pokok karas apabila umur melepasi 4 tahun. 

+ Khuatir bagaimana mahu melakukan proses melarik untuk mengeluarkan teras gaharu. 

+ Keliru apakah pokok karas nanti menghasilkan Pati Minyak Gaharu atau Teras Gaharu sahaja atau kedua-duanya sekali. 

+ Merasa ragu ke manakah nanti mahu dijual selepas pokok karas milik tuan di inokulasi nanti. 



KAMI MEMBANTU TUAN MENDAPATKAN:-

+  Spesis anak pokok gaharu yang terbaik. 

+ Khidmat nasihat profesional berkenaan kaedah penanaman dan penjagaan terbaik untuk pokok karas yang dipilih. 

+ Bekalan Inokulan IGB yang telah diuji dan terbukti. 

+ Tim Injek IGB untuk menginjek pokok karas tuan apabila matang kelak. 

+ Tunjuk ajar bagaimana proses melarik dibuat sekiranya pihak tuan mahu mengeluarkan teras gaharu. 

+ Maklumat terperinci apakah hasil terbaik yang boleh diperolehi dari pokok karas milik tuan samada dari Pati Minyak Gaharu atau Teras Gaharu atau kedua duanya sekali. 

+ Bantuan lengkap untuk memasarkan hasil pokok karas milik tuan yang telah diinjek menggunakan Inokulan IGB 


KAMI MENAWARKAN:-

Anak pokok karas spesis Aquilaria Malaccensis yang diambil dari:-

+ Induk yang berusia melebihi 40 tahun ke atas.
 Induk yang lebih tua menjamin anak pokok karas hidup lebih lama. 

+ Induk yang telah mempunyai teras hasil Injek menggunakan Inokulan IGB.
 Anak pokok karas yang terhasil dari Induk yang telah mempunyai teras lebih mudah menghasilkan Teras Gaharu dengan lebih banyak dan berkualiti. 

Pokok karas yang mempunyai akar tunjang menghasilkan pokok karas yang lebih besar, tinggi dan boleh menghasilkan Teras dan Pati Minyak Gaharu yang lebih banyak. 


HARGA YANG KAMI TAWARKAN:-

+ Aquilaria Malaccensis RM7.00 sepokok. Tinggi 1.5 kaki. 

+ Aquilaria Hirta 
   - RM15.00 sepokok. Tinggi 1.5 kaki. 
   - RM25.00 sepokok. Tinggi 2.5 kaki. 


Hubungi kami SEGERA sebelum kehabisan stok. 

Call / SMS / Whatsapp / Telegram :- 012 3790215 








Monday, 8 June 2015

Gaharu terhasil hingga ke dahan kecil sekepas 18 bulan diinjek.

Teras gaharu yang terhasil sekelas 18 bulan diinjek menggunakan IGB911. Menular hingga ke dahan kecil. Padat. 

Pokok karas spesis Aquilaria Malaccensis yang tumbuh liar. Telah diinjek menggunakan IGB911 pada 01.01.2014


Tanggal 02.05.2015 hingga 03.95.2015, Tim IGB berada di negeri Kedah dan Perak atas beberapa urusan gaharu dengan beberapa pertemuan penting bagi tugasan Injek pokok karas dan sesi beberapa perbincangan gaharu yang lain. 

Antaranya adalah pertemuan dengan ustaz Hakimi dari Bertam, Pulau Pinang. Pertemuan yang telah diatur lebih awal untuk bertemu beliau pada 02.05.2015 tidak tertunai. Pada tanggal 07.06.2015 akhirnya ustaz Hakimi telah sudi bertandang ke Lanchang, Pahang untuk suatu pertemuan bagi melihat sendiri kesan tindakbalas IGB terhadap pokok karas liar Aquilaria Malaccensis yang tumbuh melata. 

Pada pertemuan saya dengan ustaz Hakimi yang mengusahakan sendiri sekolah tahfiz di Pulau Pinang. Antara yang Sempat saya rakamkan di sini adalah tips bagi melahirkan anak-anak yang hafal Al Quran. 

- Pada usia 5 -6 tahun mestilah sudah menamatkan pelajaran Iqra. 
- Pada usia 7 - 12 tahun adalah masa untuk menghafal 30 juzuk Al Quran. Anak-anak diajar untuk menghafal Al Quran dan diletakkan di asrama bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk hafazan. 
- Pada usia 13 - 17 tahun, anak-anak sebolehnya berada dekat dengan kita. Usah diletakkan di asrama. Biarkan mereka membesar bersama-sama ibu dan ayah mereka. 

Itulah antara ilmu yang sempat saya rakamkan di sini. Agak tersentak saya kerana saya telah melakukan yang sebaliknya seperti kebiasaan orang. Bersekolah rendah dan tinggal bersama kita dan bersekolah menengah dan tinggal di asrama. 

Saya membawa ustaz Hakimi ke sebatang pokok spesis Aquilaria Malaccensis yang telah 18 bulan diinjek menggunakan IGB911. Jika sebelumnya saya menggunakan teknik selak tingkap bagi melihat kesan tindakbalas IGB. Tetapi kali ini saya memotong dahan kecil bagi melihat penularan IGB sehingga ke dahan dan ranting kecil. 

Subhanallah... Itulah ucapan yang tidak lekang di mulut ustaz Hakimi. Insya Allah Tim IGB akan bertandang ke kebun ustaz Hakimi di Gemenceh, Negeri Sembilan untuk perbincangan seterusnya bagi menginjek pokok karas Aquilaria Malaccensis beliau yang tumbuh liar didalam kebun getah miliknya yang mencecah 1 000 pokok. Subhanallah. Besar-besar pokoknya. 

Semoga ada manfaatnya. 

Monday, 18 May 2015

Benarkah Anai-Anai Membunuh Pokok Karas?



Pada kunjungan saya ke Kuala Selangor, Selangor pada 16.05.2015 bagi memeriksa tindakbalas pokok karas terhadap IGB, sempat saya merakamkan gambar anai-anai yang memakan pokok karas sehingga tumbang. 

Pokok karas ini pada asalnya tetap tegak. Tetapi keseluruhan daunnya telah habis gugur dan batang pokok karas mula menampakkan kesan mati. Pokok karas ditolak dan dengan mudah terus rebah menyembah bumi. 

Saya menerima pertanyaan dari sahabat gaharu berkenaan masalah anai-anai yag dikhuatiri akan membunuh pokok karasnya. 

Jawapan saya adalah anai-anai tidak dapat membunuh pokok karas. Anai-anai hanya memakan pokok karas yang telah mati.

 Pokok mati mungkin disebabkan oleh masalah kulat yang menyerang akar pokok. Akar pokok tidak dapat menyerap air untuk diagihkan kepada pokok akibat dari disekat oleh kulat yang merebak didalam tanah dan menyerang akar pokok karas. 

Saya sendiri mempunyai pokok karas yang hidup bersebelahan busut dan sudah lebih 10 tahun ianya masih terus segar berjirankan busut. 

Semoga ada manfaatnya. 

Friday, 17 April 2015

Makluman

Saya akan berada di Timur Tengah pada 18.04.2015 hingga 29.04.2015 atas beberapa urusan yang penting. 

Talian telefon saya akan ditutup sepanjang tempoh tersebut. 

Semoga terus dipermudahkanNya. 

Thursday, 2 April 2015

Ketahui Cara Memilih Inokulan


Pemilihan Inokulan bagi menjana hasil bagi pokok karas yang matang untuk diinjek adalah sangat penting diperhalusi. 

Pastikan Inokulan yang digunakan tidak mengandungi racun walaupun sedikit.  

+ Kayu minyak yang terhasil dari Inokulan yang beracun menyebabkan minyak gaharu yang terhasil juga mengandungi racun. 

+ teras gaharu yang terhasil dari Inokulan yang beracun memberi bau yang sangat berbeza dengan bau teras gaharu alami. Biasanya bau gaharu dari teras beracun boleh menyebabkan pening. 

Bagaimana mengetahui Inokulan yang digunakan itu tidak mengandungi racun. 

+ Ada kulat yang tumbuh di batang pokok karas yang diinjek. 
+ Semut terus membuat sarangnya di pokok karas yang diinjek dengan Inokulan tersebut. 
+ Pokok karas tidak mati walaupun diinjek dengan Inokulan yang terlalu banyak @ dos berlebihan. 
+ Bau gaharu yang dibakar tidak membuatkan kepala pening. 

Inokulan Gaharu Biotech -IGB telah diuji dan terbukti tidak mengandungi racun. 

Semoga ada manfaatnya. 

Monday, 30 March 2015

Gaharu Hingga Ke Ranting Selepas 2 tahun 6 bulan di injek dengan IGB.


Masih lagi bercerita mengenai hasil Inokulasi menggunakan IGB711 selepas 2 tahun 6 bulan. Dahulu kita saya sering mendengar betapa hasil Injek selepas 2 tahun banyak yang tidak berhasil menjadi gaharu. Pada awal 4 ke 6 bulan pertama, selepas ditakik begitu cantik nampak pembentukan gaharu. Tetapi selepas 2 tahun apabila diperiksa sekali lagi, gaharu sudah tiada. Hilang. 

Kenapa?

Sebabnya adalah berlaku proses pemulihan oleh pokok karas terhadap serangan Inokulan. Sekiranya Inokulan yang diinjek kedalam pokok karas kurang 'power' maka gaharu yang pada awalnya mula terbentuk akan hilang. 

Gambar di atas adalah hasil Injek IGB711 selepas 2 tahun 6 bulan. Gaharu tidak hilang Insya Allah. Pada pengamatan saya selepas 8 bulan inokulasi menggunakan IGB711, gaharu terus terhasil hingga ke ranting. 

Semoga ada manfaatnya. 

Saturday, 28 March 2015

Teknik Cantasan Teras Mangkuk




Ketika saya ke Lenggong, Perak baru baru ini, bertemu tuan Suhaimi pemilik ladang karas. Tim Injek IGB menerima jemputan dari tuan Suhaimi untuk menginokualsi pokok karasnya nya yang melepasi usia 5 tahun. 

Sempat saya merakamkan gambar teras mangkuk yang terhasil secara alami. 

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan teras mangkuk ini. 

+ Lakukan cantasan secara kerap dan berkala. 
  Cantasan perlu dilakukan supaya pokok karas lebih besar dan tinggi. Pokok karas yang lebih besar     dan lebih tinggi menghasilkan jumlah teras gaharu  dan kayu minyak yang lebih banyak. 

+ Potong cabangnya secara rata. Bukan mengiring seperti kebiasaan yang Kita buat. 
   Potong pada kecondongan 45 darjah. 

+ Seeloknya sembur baja di tempat tunas yang bakal tumbuh bagi membantu pertumbuhan tunas yang cepat dan sihat. 

+ Untuk mempercepatkan lagi proses Teras Mangkuk terhasil, sapukan sedikit IGB ke tempat yang telah dipotong tadi. Buat setiap 3 bulan. Insya Allah ada hasilnya. 

Apabila tunas mula muncul dan semakin membesar, Teras Mangkuk yang terhasil semakin cantik. 

Semoga ada manfaatnya. 


Benarkah Harga Gaharu Begitu Mahal...


Ini lah hasil dari injek IGB711 selepas diinjek selama 2 tahun 6 bulan. Proses mencuci atau melarik kayu gaharu bagi mendapatkan teras gaharu bukanlah kerja yang mudah dan cepat. Ianya mengambil masa yang agak lama. Perlukan mood tertentu untuk melarik bagi membuang kayu kayu putih yang menyelaputi teras gaharu. Jika tidak kena moodnya teras gaharu yang dilarik tidak menjadi teras gaharu yang cantik. Akan ada yang terkopak si sana sini dan ianya akan mengurangkan kualiti sekaligus harga teras gaharu itu sendiri. 

Kemahiran melarik sangat penting bagi menghasilkan teras gaharu yang berkualiti dan memiliki harga yang diimpikan. Persoalannya  adalah berapa lama masa yang perlu diambil untuk melarik dan berapa kos upahnya. 

Kerja melarik memerlukan tenaga kerja yang mahir. Upah bagi tenaga kerja yang mahir semestinya lebih mahal dari tenaga kerja yang kurang mahir. 

Harga gaharu sangat bergantung kepada hasil kerja melarik. Walaupun teras gaharu yang dihasilkan dari inokulasi mempunyai kualiti yang sangat bagus, tetapi hanya disebabkan ianya dilarik oleh pekerja yang kurang mahir. Menyebabkan Ianya menghasilkan teras gaharu yang kurang cantik. Harganya juga kurang cantik. Hasilnya adalah teras gaharu yang kurang mahal harganya. 

Semoga ada manfaatnya. 

Sunday, 22 March 2015

Teknik Takikan Sisik.



Kayu minyak yang terhasil sekepas 3 bulan menggunakan teknik Takikan Sisik. 



Teknik Takikan Sisik. 

Tanggal 24 November 2014 saya mula membuat teknik Takikan Sisik untuk mendapatkan kayu minyak dibahagian luar. Teknik ini tidak menyiat kulit. Hanya perlu menakik serperti sisik ikan dan menyapu Inokulan Gaharu Biotech (IGB) pada batang pokok karas yang ditakik. Cukup mudah dan boleh dilakukan sendiri. 

Teknik ini saya usahakan apabila menerima permintaan dari sahabat gaharu yang meminta saya menginjek pokok karasnya bagi tujuan hanya mendapatkan kayu minyak bagi keseluruhan batang pokok. 

Saya mencadangkan pokok karas diinjek menggunakan teknik Injek IGB dan digabungkan dengan teknik Takikan Sisik. Mudah-mudahan kayu minyak dapat diperolehi dari dalam dan luar batang pokok karas. Pokok karas boleh dituai untuk mendapatkan kayu minyak yang bagus selepas 10 bulan. 

Cara yang cukup mudah. 

+ Buat takikan seperti sisik ikan. 
+ Tidak perlu menyiat kulit pokoknya. Kerja lebih mudah. 
+ Sapu dengan berus ke tempat Takikan. 


Semoga ada manfaatnya. 


Friday, 20 March 2015

Tanda Inokulasi Yang Gagal.


Kebelakangan ini agak sukar untuk saya menulis menggunakan ayat-ayat yang panjang-panjang. Agak sibuk dengan pelbagai aktiviti gaharu, bergaharu melalui Facebook, menjawab pertanyaan melalui sms, Whatsapp dan panggilan telefon. Nampaknya saya kena gunakan ayat-ayat yang ringkas sahaja. 

Gambar di atas menggunakan vaksin dari negara Thailand. Selepas lebih 2 tahun, lubang yang digerudi dan diisi vaksin telah tertutup rapat

Tanda-tanda inokulasi yang gagal adalah:-

+ Lubang yang digerudi telah tertutup rapat. 

+ Bila digerudi kayu didalamnya berwarna keputih putihan. 

+ Hanya kayu mereput yang ada tepat didalam lubang gerudi. 

+ Bila dibakar kayu kehitaman yang reput, tiada bau gaharu. 

Semoga ada manfaatnya. 

Wednesday, 18 March 2015

Bagaimana mengetahui tanda pokok karas hilang gaharunya selepas diinjek.



Gaharu hilang sekepas 2 tahun diinokulasi. 


Pokok karas ditebuk untuk melihat samada masih ada gaharu ataupun sudah hilang. Kelihatan pokok seperti sudah ada gaharu di dalamnya. Selepas ditebuk. Kosong. 



Dalam industri gaharu, terdapat pelbagai jenis dan variasi Inokulan @ vaksin yang digunakan untuk membantu menghasilkan gaharu. Jika dikira, terdapat puluhan jenis Inokulan atau vaksin yang datang dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, kemboja dan Vietnam.

Inokulan sangat diperlukan bagi membantu pokok karas menghasilkan gaharu. Tanpa Inokulan, pokok karas yang ditanam untuk mencapai impian jutawan hanya tinggal impian yang tidak mungkin dapat dicapai. Inokulan yang bagus dapat memberi anggaran berat dan harga bagi sebatang pokok karas. 

Sungguhpun begitu, Inokulan juga telah banyak membuatkan pengusaha gaharu serik untuk menginokulasi pokok karas mereka. Puluhan ribu ringgit yang dilaburkan untuk menginokulasi pokok karas mereka hilang begitu sahaja selepas 2 tahun. 

Apakah tandanya. 

Lubang yang diinjek akan mula bertaut kembali. Jika dilihat pada lubang Injek gambar di atas, kelihatan kesan kemek pada paip. Tanda pokok karas kembali pulih dan gaharu yang baharu mula menjadi pada  6 bulan pertama hilang selepas 2 tahun diinjek. 

Nota:- gambar diatas tidak menggunakan Inokulan Gaharu Biotech - IGB. 

Semoga ada manfaatnya. 

Sunday, 15 March 2015

Hasil IGB711 Selepas 2 Tahun 6 Bulan Bulan Diinjek.


Hasil teras IGB711 selepas diinjek selama 2 tahun 6 bulan. Belum sempat dicuci bersih. 



Tanggal 21 Februari 2015. Tim IGB mengambil peluang untuk melihat sendiri hasil Injek menggunakan IGB711 selepas 2 tahun 6 bulan. Pokok karas spesis Malaccensis milik seorang saudara di kampung berdekatan. Hasrat untuk membantu beliau membuat duit untuk puluhan pokok karas spesis Malaccensis sebesar sepemeluk yang tumbuh liar di dalam kebun getah miliknya. Tarikh inilah dijadualkan untuk Tim Injek IGB mula menuai hasil bagi pokok pokok karas yang di buat secara perkongsian keuntungan dengan pemilik pokok karas. 

Tahun inilah mudah mudahan membawa hasil yang menggembirakan kepada pemilik pokok karas liar yang tumbuh didalam tanah bergeran yang telah bersetuju membuat perkongsian untung dengan syarikat di bawah naungan Tim IGB. 

Telah lama kedengaran Inokulan yang terdapat dipasaran rata ratanya tidak dapat bertahan terus menerus menghasilkan gaharu sekepas usia injek melepasi 2 tahun. Adalah sesuatu yang biasa kedengaran pokok karas yang diinjek dengan vaksin @i Inokulan lain yang pulih kembali. Gaharu hilang selepas diinjek melepasi 2 tahun. 

Alhamdulillah. IGB711 terbukti terus menghasilkan gaharu selepas 2 tahun 6 bukan diinjek. Hasilnya semakin mengembirakan saya. Teras gaharu terhasil lebih hitam, keras, tebal dan berbau lebih sedap berbanding IGB311 sebelumnya. 

Semoga ada manfaatnya.