Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Friday, 25 July 2025



Pati Minyak Gaharu Premium – Warna Hijau Asli dari Spesies Aquilaria malaccensis

Rahsia yang dijaga rapi, hasil yang sukar ditandingi.
Inilah antara hasil terbaik dunia gaharu—pati minyak gaharu berwarna hijau yang sangat jarang didapati, diekstrak daripada spesies Aquilaria malaccensis  dengan ramuan rahsia. Warna hijaunya menjadi penanda aras kepada keasliannya, kekuatan resin, dan kepekatan fitokimia yang tinggi.

๐ŸŒฟ Asal-Usul: Resepi Rahsia Warisan

Pati ini dihasilkan melalui proses penyulingan yang teliti menggunakan teknik yang diwarisi turun-temurun, kemudian dioptimumkan oleh pengalaman berdekad dalam dunia gaharu. Hanya menggunakan resipi yang dikhususkan untuk spesies malaccensis, iaitu spesies gaharu bernilai tinggi yang terbukti menghasilkan resin berkualiti unggul.

๐Ÿ”ฅ Kepakaran Memasak Pati Minyak

Tidak semua mampu menghasilkan pati minyak gaharu seperti ini. Ia bukan sekadar tentang alat penyulingan. Ia tentang ‘memasak’ gaharu—memahami suhu, tekanan, masa fermentasi, dan keseimbangan kimia. Pengalaman selama bertahun-tahun diperlukan untuk mendapatkan hasil pati yang stabil, jernih, dan pekat berwarna hijau zamrud ini.

๐Ÿ’Ž Kenapa Pati Minyak Ini Premium?

  • Warna hijau pekat yang tidak boleh dipalsukan.

  • Wangian dalam kelas tertinggi—tajam, mendalam, dan tahan lama.

  • Didistilkan daripada kayu gaharu matang menggunakan teknik tersendiri.

  • Sesuai untuk pasaran eksport, pengguna elit, dan penyelidikan bioperubatan.


๐Ÿ“Œ Ingin Mengetahui Lebih Lanjut?

Kami akan terus berkongsi ilmu, teknik dan dokumentasi lapangan mengenai penghasilan gaharu berkualiti melalui blog ini. Jika anda seorang pengusaha baru, penyelidik, atau pelabur yang berminat—ikuti perkembangan kami.

๐Ÿ”— Ikuti kami di blog Gaharucandaku untuk lebih banyak artikel berkaitan dunia gaharu: dari inokulasi ke penyulingan, dari pokok ke pasaran antarabangsa. secara saintifik


Thursday, 24 July 2025

๐ŸŒฟ IGB711: Inokulan Gaharu Terbukti Secara Saintifik untuk Hasil Premium

Industri gaharu kini berdepan evolusi luar biasa dengan kemunculan pelbagai teknologi inokulasi. Antara yang paling menonjol dan terbukti secara saintifik adalah IGB711 — inokulan gaharu yang telah mempelopori piawaian baru dalam penghasilan gaharu berkualiti premium.

๐Ÿ›️ Sejak 2010 – Lebih Satu Dekad Kepercayaan

IGB711 telah berada di pasaran sejak tahun 2010, menjadikannya antara produk inokulan paling lama bertahan dan konsisten keberkesanannya. Dengan lebih 15 tahun pengalaman lapangan dan pengujian, IGB711 telah digunakan oleh ribuan pengusaha gaharu dari peringkat kecil hingga ladang berskala besar.

๐Ÿ“Š Terbukti Melalui Analisis GC-MS

Keunggulan IGB711 disokong kukuh oleh kajian saintifik. Melalui analisis Gas Chromatography-Mass Spectrometry (GC-MS), resin gaharu yang dihasilkan selepas inokulasi menunjukkan profil kimia yang unggul:

  • Tinggi kandungan sesquiterpenes dan chromone derivatif,

  • Aroma gaharu stabil, dalam standard pasaran global,

  • Kualiti resin bertahan melebihi 2 tahun selepas suntikan.

๐Ÿงช Kajian oleh Universiti Putra Malaysia (UPM)

Hasil gaharu daripada pokok yang diinokulasi dengan IGB711 telah diuji oleh Universiti Putra Malaysia (UPM). Ujian membuktikan bahawa teras gaharu kekal aktif dan tidak mengalami pemulihan semula (regresi tisu) walaupun selepas 2 tahun dari tarikh inokulasi — satu pencapaian penting dalam kestabilan hasil resin gaharu jangka panjang.

๐ŸŒ Lebih 500,000 Pokok Diinokulasi di 7 Negara

IGB711 kini telah digunakan secara meluas dengan lebih 500,000 pokok telah diinokulasi di:

  • Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

  • Bangladesh ๐Ÿ‡ง๐Ÿ‡ฉ

  • India ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ

  • Indonesia ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ

  • Sri Lanka ๐Ÿ‡ฑ๐Ÿ‡ฐ

  • China ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ

  • Thailand ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ

Kejayaan ini menjadikan IGB711 sebagai inokulan gaharu pilihan utama di Asia untuk pelbagai iklim dan tanah.

๐Ÿ† Dilantik dalam Skim Insentif MTIB

IGB711 merupakan pembekal inokulan rasmi yang diiktiraf di bawah Skim Insentif Inokulasi Pokok Karas oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Dengan sokongan ini, pengusaha boleh mendapat manfaat seperti:

  • Insentif tunai sehingga RM100 setiap pokok,

  • Pengesahan inokulan berkualiti dan sah,

  • Bimbingan dan pemantauan teknikal oleh pasukan berpengalaman.

๐Ÿงฌ Komitmen Terhadap Kualiti & Teknologi

Setiap unit IGB711 dikembangkan melalui kawalan mutu yang ketat, dengan sokongan teknikal untuk memastikan inokulasi dilakukan mengikut standard saintifik. Pengguna turut dibekalkan dengan:

  • Panduan teknik suntikan (spiral, offset, lateral, dll),

  • Pemantauan perkembangan resin,

  • Modul latihan lapangan bagi operator dan pemilik ladang.

✅ Kesimpulan

Dengan rekod cemerlang lebih 15 tahun di pasaran, penggunaan merentasi 7 negara, pengesahan analisis GC-MS, dan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM), IGB711 telah terbukti sebagai inokulan gaharu paling berkesan dan konsisten dalam menghasilkan resin gaharu berkualiti premium.


Berminat menyertai industri gaharu yang menguntungkan?
Dapatkan info lanjut tentang IGB711, latihan teknikal dan cara menyertai Skim Insentif MTIB.

๐Ÿ“ž WhatsApp: +60104590215
๐Ÿ“ง Email: smartagarwoodpremium@gmail.com



Tuesday, 10 September 2024

SKIM INSENTIF PROSES INOKULASI POKOK KARAS UNTUK PENGELUARAN GAHARU OLEH MTIB SEBANYAK RM100 SEPOKOK



๐ŸŒฟ **Dapatkan Insentif Proses Inokulasi Karas dari MTIB!** ๐ŸŒฟ


Adakah anda seorang pekebun kecil gaharu? Kini, MTIB (Malaysia Timber Industry Board) memperkenalkan **Skim Insentif Proses Inokulasi Pokok Karas Untuk Pengeluaran Gaharu** untuk anda! MTIB menawarkan **Dana insentif percuma sebanyak RM100** bagi setiap pokok gaharu yang diinokulasi.


๐ŸŽฏ **Apa yang anda perlu tahu:**

- IGB711 adalah Syarikat Pembekal inokulasi bagi skim insentif ini

- **Insentif RM100** secara PERCUMA bagi setiap pokok.

- Terhad kepada **100 orang usahawan** dan pekebun kecil gaharu.

- Ini adalah kali pertama insentif ini diperkenalkan!


Jangan lepaskan peluang emas ini untuk meningkatkan hasil tanaman gaharu anda. Daftar sekarang dan nikmati manfaat eksklusif dari MTIB. ๐Ÿ’š


Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi kami segera! 


wa.me/60104590215


#InsentifMTIB #Gaharu #PekebunKecil #InokulasiKaras #MTIB





Sunday, 12 September 2021

Daun Kuning Setelah Di suntik dengan Inoculum : Adakah Gaharu telah mula menjadi?

Pokok karas  adalah sejenis pokok yang boleh menghasilkan gaharu. Bagi merangsang pokok karas menghasilkan gaharu, satu teknologi Inoculum akan disuntik ke dalam pokok karas.

Apabila inoculum disuntik ke dalam pokok karas, pokok karas akan mengeluarkan satu resin bagi menghalang inoculum terus merebak dan merosakkan pokok karas. Satu lapisan nipis akan terbentuk bagi menyekat penularan inoculum. Lapisan nipis inilah yang dinamakan GAHARU.


Hasil Suntikan Menggunakan IGB Inoculum Premium


SETELAH DISUNTIK DENGAN INOCULUM DAUN MULA MENJADI KUNING. 

ADAKAH INI TANDANYA GAHARU SUDAH MULA MEMBENTUK?


Daun menjadi kuning selepas disuntik dengan inoculum sebenarnya bukanlah tanda gaharu sudah mula terbentuk. Banyak terjadi meskipun daun menguning selepas disuntik tetapi pokok karas gagal menghasilkan gaharu.


KALAU TIDAK MENJADI GAHARU, KENAPA POKOK KARAS MENGUNING DAUNNYA?


Daun menguning adalah disebabkan oleh teknik injek. Sekiranya Inoculum terus disuntik ke tengah batang pokok karas, biasanya daun akan menguning dengan banyak. Ditambah pula dengan cuaca yang panas seperti musim kemarau misalnya, pokok karas akan menggugurkan daunnya lebih 50% dan kebarangkalian pokok karas akan mati adalah sangat besar. Laluan makanan pokok telah diganggu dan daun akan menjadi kuning.

Sungguhpun begitu sekiranya pokok karas disuntik terus ke tengah pokok tetapi dilakukan pada musim hujan, daun pokok karas biasanya kurang menguning.


Sebenarnya pokok karas perlu SIHAT dan SEGAR untuk menghasilkan gaharu yang lebih banyak dan lebih berkualiti. Sekiranya daun menguning, teras gaharu yang terhasil adalah lebih nipis dan kurang berkualiti.


Kuncinya adalah pokok karas mesti SIHAT dan SEGAR bagi menghasilkan teras gaharu yang lebih berkualiti


HABIS TU, BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENGURANGKAN DAUN POKOK KARAS MENJADI KUNING.

Iaitu teknik suntik, 

Suntikan mestilah tidak mengenai kawasan tengah batang pokok. 

Suntikan mestilah dibuat MENYERONG KE TEPI. Insya Allah daun akan kurang menguning dan teras gaharu yang terhasil akan lebih berkualiti.


Saya akan kongsikan teknik suntik menggunakan IGB Inoculum Premium dalam posting akan datang. Insya Allah.





Dapatkan IGB Inoculum Premium di Shopee


https://seller.shopee.com.my/portal/product/9973834269/



Semoga Ada Manfaatnya



Thursday, 9 September 2021

Siapakah Pembeli Hasil Gaharu Di Malaysia

 Apabila merancang untuk menanam pokok karas, pastinya penanam pokok karas akan tertanya tanya siapakah bakal pembeli hasil gaharu yang bakal diperolehi dari pokok karas mereka.


Maklumat mengenai siapa bakal pembeli hasil gaharu mereka tidak banyak diperolehi. Semestinya maklumat jumlah teras gaharu atau minyak gaharu yang mampu dibeli oleh pembeli juga menusuk benak fikiran.


Untuk posting ini saya khususkan pembeli dalam Malaysia sahaja.



Teras Gaharu Hasil Suntikan Menggunakan IGB Inoculum Premium



Umum mengetahui bahawa rakyat Malaysia bukanlah pengguna teras gaharu. Sangat sukar ditemui rakyat Malaysia menjadikan amalan teras gaharu dibakar setiap hari sepertimana amalan yang menjadi budaya orang Arab.


Budaya Melayu misalnya, membakar teras gaharu adalah suatu amalan yang sangat sukar ditemui. Meskipun membakar teras gaharu adalah sunnah nabi namun ianya tidak diamalkan di Tanah Melayu.

Ianya membawa maksud bahawa lebih 90% pembeli di Malaysia bukanlah pengguna akhir dan mereka biasanya adalah peniaga atau pedagang gaharu yang menjadikan teras gaharu sebagai bahan dagangan mereka.

Sungguhpun begitu tidak dinafikan bahawa terdapat sebilangan kecil pengguna dari kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan teras gaharu secara rutin. Biasanya mereka menggunakannya dalam bentuk aromaterapi dan perubatan.


Pembeli gaharu di Malaysia adalah peniaga gaharu. Mereka membeli dan menjual kembali kepada peniaga gaharu yang lain. Melalui urusniaga inilah mereka mendapat sedikit untung dari hasil jual beli tersebut. Kadar keuntungan yang diambil adalah sangat subjektif kerana ianya mengambilkira kualiti dan kuantiti teras gaharu yang boleh diniagakan.




Malaysia adalah negara yang menjadi tempat tertumpunya pembeli gaharu dari luar negara. Keindahan, kecantikan serta kedamaian Malaysia membuatkan ramai pedagang gaharu dari luar negara gemar datang ke Malaysia dan membuat jaringan perniagaan di sini.


Apa yang boleh dikongsikan di sini adalah pembeli Malaysia adalah peniaga gaharu dan bukan pengguna gaharu. Hasil gaharu tersebut dijual semula dan mereka mengambil sedikit untung hasil urusniaga tersebut.


Jadi harga yang dibeli pastinya tidak semahal harga pengguna. Jika anda dapat menjual secara terus kepada pengguna akhir, Insya Allah anda dapat menjualnya pada harga yang lebih mahal. Sungguhpun begitu ianya adalah hampir mustahil untuk menjual hasil gaharu  bagi 1000 pokok karas anda misalnya kepada pengguna akhir. Kerana pengguna akhir tidak berada di Malaysia. Anda pasti memerlukan khidmat pembeli gaharu Malaysia.


Insya Allah saya kongsikan nanti berapakah julat harga yang biasanya dibeli oleh pembeli dari Malaysia.


SEMOGA ADA MANFAATNYA



Umum

Gaharu : Mahu Jual Ke mana?

Kayu gaharu dikatakan kayu termahal di dunia. Lantaran itu ramai yang mengambil langkah untuk menanam pokok karas. Iaitu pokok yang boleh menghasilkan gaharu.


Ramai bertanya DI MANAKAH MAHU DIJUAL TERAS GAHARU?




 Teras gaharu yang berkualiti sangat dicari oleh pembeli dari Timur Tengah. Rata-rata pembeli dari Timur Tengah ini mahukan kualiti teras gaharu paling minimum adalah gred A.



Teras Gaharu hasil Suntikan Menggunakan IGB INOCULUM PREMIUM





Bermakna teras gaharu bergred A ke atas akan mudah terjual. Jika anda mahu menjual teras gaharu yang mudah dijual, usahakan untuk  memperolehi teras gaharu bergred tinggi. Ini kerana pasaran Timur Tengah sangat menggemari teras gaharu bergred A ke atas.




Teras Gaharu hasil Suntikan Menggunakan IGB INOCULUM PREMIUM






Bagaimana pula pasaran di Malaysia itu sendiri. Adakah teras gaharu juga ada pembeli dari kalangan rakyat Malaysia.
Insya Allah saya kupas selanjutnya dalam posting yang akan datang.

Tuesday, 31 August 2021

Kenapa Mesti Tebang Pokok Karas?

Ramai kedengaran penanam pokok karas telah mula  menebang pokok karas milik mereka. Ada yag beralasan setelah belasan tahun menanam tetapi tiada hasil langsung yang diperolehi sepanjang tempoh tersebut. Agak kecewa dengan hasil yang diangankan tetapi tetap tidak kesampaian setelah belasan tahun menunggu. Akhirnya mula nekad menebang pokok karas yang telah ditanam belasan tahun.


APAKAH INI KEPUTUSAN YANG TEPAT?

Berbelas tahun pokok karas ditanam tetapi hanya hanya mengambil masa tidak sampai sepuluh minit untuk menebangnya.

Pokok karas mesti disuntik dengan inokulum bagi menghasilkan gaharu. Tanpa suntikan inokulum, pokok karas yang ditanam hampir mustahil menghasilkan gaharu.


Pokok karas yang tidak menghasilkan gaharu, tidak laku dipasaran. Tidak ada yang mahu membelinya. Pembeli mahu gaharu dan bukannya pokok karas.


Jika ada yang membeli pokok karas, biasanya pembeli tersebut akan membuat suntikan Inokulum bagi menghasilkan gaharu.


Apabila pokok karas menghasilkan gaharu, baharulah ada pembeli.







JADI APA YANG PERLU DIBUAT


Suntiklah pokok karas anda dengan inokulum bagi menghsilkan teras gaharu yang berkualiti. Ters gaharu yang berkualiti akan mudah dijual. 


Jika anda adalah pembeli teras gaharu, anda mahu membeli teras yang mana? Teras gaharu yang berkualiti tinggi atau teras gaharu yang rendah kualitinya.


Anda telah banyak mengeluarkan wang untuk menanam dan menjaga pokok karas berbelas tahun. Sekarang sampai masanya anda mengeluarkan sedikit wang untuk menyuntik pokok karas anda bagi menhasilkan teras gaharu.


Ada Gaharu Ada Pembeli. Insya Allah


Semoga ada manfaatnya




Saturday, 28 August 2021

Aquilaria Microcarpa Antara Spesis Gaharu Terbaik

Beberapa tahun yang lepas, seorang usahawan gaharu wanita dari indonesia datang bertandang ke kebun gaharu saya di Lanchang, Temerloh, Pahang.Seorang yang cukup bersemangat. Terbang dari Jakarta, Indonesia dan terus menuju ke kebun gaharu saya di Lanchang. Tidak terlihat penat di wajahnya meskipun usia telah menghampiri 80 tahun Beliau cukup berpengalaman dalam gaharu serta banyak jasanya dalam arena gaharu. Sepanjang 3 Hari 2 Malam beliau menjadi tetamu saya, banyak ilmu gaharu dikongsikan oleh beliau kepada saya. Saya bertanya kepada beliau apakah spesis gaharu yang terbaik pada pandangan beliau, beliau menyatakan AQUILARIA MICROCARPA. Katanya bau gaharunya sangat wangi. Spesis Aquilaria Microcarpa tidak ditemui di Semenanjung Malaysia. Ianya banyak terdapat di Borneo. Aquilaria Microcarpa memiliki buah dan biji yang kecil. Kerana itulah ianya diberi nama Micro. Bijinya sangat kecil dan berekor pendek berwarna putih. Sejak itu saya mula mencari-cari benih Aquilaria Microcarpa untuk disemai dan dijadikan koleksi dalam kebun gaharu saya. Maklumlah gaharu hanya berbuah setahun sekali dan bukan setiap tahun ianya berbuah. Buahnya pula mengikut musim buah pokok hutan. Alhamdulilah rezeki PKP 2021, seorang sahabat saya dari Borneo telah mengirimkan biji gaharu spesis Aquilaria Microcarpa dan berjaya disemai. Insya Allah ianya akan ditanam sebagai koleksi kebun gaharu saya yang saya namakan TANAH GAHARU LANCHANG. TANAH GAHARU LANCHANG telah ditanam dengan Spesis Aquilaria Malaccensis, Crassna / Subintegra, Sinensis, Beccariana dan Hirta. Dan Kini Microcarpa pula. Cukup gembira. Saya kongsikan gambar biji gaharu spesis Aquilaria Microcarpa.
Semoga Ada Manfaatnya

Monday, 23 August 2021

Tebuan Pun Makan Biji Gaharu.

Tahun 2021 adalah antara tahun yang sangat banyak menghasilkan buah gaharu. Kesemua pokok karas di Tanah Gaharu Lanchang berbuah pada tahun ini.


Tanah Gaharu Lanchang adalah tanah gaharu milik syarikat iaitu Agarwood Biotech Expert Resources Sdn Bhd.



Tebuan mengambil biji gaharu spesis Aquilaria Malaccensis


Tebuan juga merupakan agen pembiakan pokok gaharu. Kita biasa lihat kedapatan pokok gaharu yang sudah sebesar betis, tetapi sekelilingya tiada tanda kehadiran pokok gaharu induk. Mungkin pokok gaharu tersebut adalah hasil dari pembawaan sang tebuan.



google.com, pub-6182976510264246, DIRECT, f08c47fec0942fa0



Berita baiknya biji benih ini ada dijual dalam kedai SHOPEE kami.


klik kat bawah untuk mendapatkan biji benih.


https://seller.shopee.com.my/portal/product/4094989357/

Saturday, 21 August 2021

Bukankah Teras itu Padat, Kenapa Teras Gaharu MEREPUT??? Peninggg

Saya menerima beberapa pertanyaan melalui facebook. Beliau cukup pening apabila mendapati pokok karas yang telah disuntik kelihatan mereput di tengah- tengah.

Beliau cukup keliru kerana sepatutnya teras gaharu padat  Maklumlah, namanya pun TERAS gaharu  tetapi KENAPA ianya reput ditengah.


Teras Gaharu Hasil Suntikan IGB Inoculum Premium


Pokok karas adalah sejenis pokok yang berkayu lempung atau lembut. Pokok karas ini cukup mudah reput apabila dimasuki air.

Resin gaharu terjadi hasil dari tindakbalas terhadap 'gangguan' yang masuk ke dalam pokok karas samada secara alami/semulajadi atau secara "paksa" iaitu melalui teknologi Inoculum.




google.com, pub-6182976510264246, DIRECT, f08c47fec0942fa0




Apabila suatu cecair atau inoculum dimasukkan ke dalam pokok karas, Biasanya inoculum tersebut dari bahan ORGANIK, BEBAS RACUN dan mengandungi BAKTERIA.

Bakteria akan mula merosakkan kawasan kayu yang dimasuki air. Oleh kerana inoculum tersebut adalah dalam bentuk cecair, bakteria akan semakin mudah merosakkan bahagian kayu tersebut sehingga ianya mereput.


Ianya sama seperti kita merendamkan kayu hidup ke dalam air,  lama kelamaan kayu tersebut akan mereput.


๐Ÿ”‘๐Ÿ”‘Hal yang sama terjadi apabila air atau inoculum dimasukkan ke dalam pokok karas. PASTI mereput kerana air atau inoculum tersebut tidak beracun dan bakteria boleh membiak sekaligus mereputkan pokok.


Usah risau dengan teras gaharu yang mereput. Itu adalah kejadian biasa untuk pokok karas.


๐Ÿ””Habis tu, macamana teras gaharu boleh terhasil???


Insya Allah saya ceritakan nanti.Inoculum Premium?  Dapatkannya di SHOPEE


klik


https://seller.shopee.com.my/portal/product/9973834269/

Thursday, 19 August 2021

IGB Inoculum Premium kini boleh didapati di Shopee

๐Ÿ””๐Ÿ””Sesuai dengan perkembangan marketing digital, IGB inoculum Premium telah mula dijual dalam Shopee.


๐Ÿ”‘๐Ÿ”‘ Apa kelebihan yang ada apabila IGB Inoculum Premium dijual dalam Shopee


Kedai Shopee kami beroperasi 24 Jam.

Kos penghantaran lebih JIMAT

Cara bayaran yang lebih SELAMAT.

Boleh dapat HARGA Promosi

MUDAH





DAPATKANNYA DI SINI  

Cuma Klik 


https://seller.shopee.com.my/portal/product/9973834269/

Apa itu Gaharu dan Kenapa 'GAHARU" Tiada Pembeli

Di Malaysia khasnya,  ramai yang telah menanam pokok KARAS dengan harapan akan mendapatkan teras GAHARU yang bermutu tinggi dan boleh dijual pada harga yang tinggi. 

Tidak sedikit juga yang menyangka  bahawa dengan menanam pokok KARAS yang banyak ianya pasti menghasilkan teras GAHARU yang banyak dan bakal menjadi jutawan baharu.
 
Bahkan ada segelintir menganggap bahawa pokok KARAS itu adalah teras GAHARU dan pasti ramai pembeli yang yang berebut-rebut untuk membeli pokok karas yang disangkakan teras gaharu itu.



๐Ÿ”‘Sebenarnya pokok KARAS dan GAHARU adalah benda yang sangat jauh BERBEZA.


Teras Gaharu Hasil Suntikan Menggunakan IGB Inoculum Premium






google.com, pub-6182976510264246, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Hanya Pokok karas yang boleh menghasilkan gaharu. Pokok karas juga dikenali dengan nama lain mengikut tempat seperti engkaras, depu dan tabak.

Ironinya tidak semua pokok karas boleh menghasilkan teras gaharu secara alami.

Pokok karas mesti disuntik dengan inoculum bagi merangsang penghasilan gaharu dengan lebih cepat dan lebih bermutu.



๐Ÿ””๐Ÿ””Sebenarnya Gaharu adalah KAYU MATI yang dipenuhi dengan resin yang berbau wangi apabila dibakar dan hanya ada ada dalam pokok karas sahaja.





SEMOGA ADA MANFAATNYA 

Tuesday, 19 February 2019

Tawaran Harga IGB Premium

MAKLUMAN
✅✅✅✅

Harga IGB Premium.
🎈🎈

🎈Bawah 100 botol (RM6.90)

🎈100  botol (RM5.50)

🎈200 botol ke atas (RM5.00)

Tawaran sah sehingga 28 Februari 2019

Hubungi segera

012 3790215 - Jama

010 4590215 - Jama

0167905422 -  Rizal

Thursday, 7 February 2019

Tawaran Terhad


Tawaran Menjadi Anggota Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad.
✅✅✅✅✅

Tawaran hanya untuk 15 orang sahaja dengan memenuhi salah satu syarat berikut:-

1. Tinggal dalam Negeri Pahang.

2. Bekerja dalam Negeri Pahang.

3. Memiliki hartanah dalam Negeri Pahang.
✅✅✅
Kepada yang berminat boleh terus hubungi saya di talian

✅+60123790215
✅+60104590215

Jama Rusli b Mat Ali Hanafiah

Pengerusi
Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad.

✅✅✅
Mohon share kepada yang berminat.

Tkasih👍🏻👍🏻👍🏻

Thursday, 17 January 2019

Kursus Gaharu Padat

Minggu yang cukup padat.

😎😎😎

Pada 13 Januari 2019 selesai kursus Gaharu Padat IGB di Tanah Gaharu Lanchang, Pahang.

Kehadiran peserta di luar jangkaan. Saya hanya mengiklankan dalam masa 2 minggu sahaja. Itupun selepas Kursus Gaharu Padat yang telah diadakan pada 26 Disember 2018.

Ada 4 peserta yang telah dalam perjalanan ke tempat kursus tetapi terpaksa bergegas pulang atas sebab tugas dan hal kecemasan.

Ada 4 peserta pula yang telah terlepas tarikh.
Pada awalnya saya menetapkan tarikh 20 Januari 2019 tetapi terpaksa di percepatkan tarikh kursus atas sebab jadual saya ke India dipercepatkan tarikhnya.

🍎🍎🍎

Insya Allah pada 09 Mac dan 10 Mac 2019 saya akan mengadakan Kursus Gaharu Padat IGB di Betong, Sarawak. 

Daftar SEGERA.
Tempat TERHAD.

Monday, 7 January 2019

Kursus Gaharu Padat IGB pada 13 Januari 2019

KURSUS GAHARU PADAT
13 Januari 2019 (Ahad)
🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀

Saya akan mengadakan

Kursus Gaharu Padat.

TARIKH 13 Januari 2019
Jam 10.30 pagi hingga 1.30 petang
Bertempat di Tanah Gaharu Lanchang, Temerloh, Pahang.
HANYA 85 km dari Tol Gombak.

🎈🎈 Saya akan KONGSIKAN
           🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀

🎈Spesis pokok gaharu yang terbaik untuk ditanam.

🎈Teknik menanam pokok gaharu bagi menghasilkan jumlah pokok yang paling optimum bagi tanah anda.
2000 Pokok per ekar.

🎈 Cara pembajaan paling bagus untuk pokok gaharu anda.

🎈 Teknik suntikan pokok gaharu bagi menghasilkan teras gaharu bermutu tinggi.

🎈Cara mengekstrak pati minyak gaharu menggunakan Boiler IGB.

🎈Proses melarik kayu gaharu sehingga terhasil teras gaharu.

🎈Pasaran teras gaharu IGB dan pati minyak gaharu IGB.

Saya akan tunjukkan bagaimana memproses kayu gaharu sehingga pati minyak gaharu terhasil.

🚘🚘🚘🚘🚘🚘🚘🚘

Yuran BIJAKSANA RM100.
🚘🚘🚘🚘🚘🚘🚘🚘

Anda akan membawa pulang salah satu dari hadiah berikut:-

1. Anak pokok gaharu bernilai RM105 ( 7 pokok)

2. IGB inoculum Premium bernilai RM103.50 (15 botol)

Hubungi saya SEGERA

⏰010 4590215 - Jama Rusli

⏰ 012 3790215 - Jama Rusli

✅ 014 2999332 - Faiz M Samsuri

Saturday, 29 December 2018

Kursus Gaharu Padat

Kursus Gaharu Padat  IGB telah diadakan pada 26.12.18. Kehadiran peserta yang cukup sporting.

Insya Allah saya akan adakan lagi pada Januari 2019 di Kampung Tedong, Lanchang, Pahang

Daftar SEGERA

Hubungi

+6010 4590215

+6012 3790215

TAWARAN PENGHUJUNG TAHUN 2018

TAWARAN PENGHUJUNG TAHUN 2018
😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍

Harga IGB premium RM5.50 sebotol
(harga biasa RM6.90 sebotol).

🍎🍎🍎
+ Kos pos ke Seluruh Semenanjung HANYA RM10 bagi setiap penghantaran.

+ Kos pos ke Sabah dan Sarawak HANYA RM15 bagi setiap penghantaran.

👍👍👍👍

⏰⏰⏰Tawaran sah sehingga 02.01.2019 sahaja

⚽️⚽️⚽️DAPATKAN segera sementara stok masih ada.

Hubungi

+60104590215  Jama
+60123790215  Jama Rusli Mat Ali

Friday, 21 December 2018

KURSUS GAHARU PADAT PERCUMA

KURSUS GAHARU PADAT.
🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀

Saya akan mengadakan

Kursus Gaharu Padat.

TARIKH 26 Disember 2018
Jam 10.30 pagi hingga 1.00 petang
Bertempat di Tanah Gaharu Lanchang, Temerloh, Pahang.
HANYA 100km dari Kuala Lumpur

🎈🎈 Saya akan KONGSIKAN
           🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀

🎈Spesis pokok gaharu yang terbaik untuk ditanam.

🎈Teknik menanam pokok gaharu bagi menghasilkan jumlah pokok yang paling optimum bagi tanah anda. 1500 Pokok per ekar.

🎈 Cara pembajaan paling bagus untuk pokok gaharu anda.

🎈 Teknik suntikan pokok gaharu bagi menghasilkan teras gaharu bermutu tinggi.

🎈Cara mengekstrak pati minyak gaharu menggunakan Boiler IGB.

🎈Proses melarik kayu gaharu sehingga terhasil teras gaharu.

🎈Pasaran teras gaharu IGB dan pati minyak gaharu IGB.

Saya akan tunjukkan bagaimana memproses kayu gaharu sehingga pati minyak gaharu terhasil.

🚘🚘🚘🚘🚘🚘🚘🚘

Yuran BIJAKSANA RM100.
🚘🚘🚘🚘🚘🚘🚘🚘

Anda akan membawa pulang salah satu dari hadiah berikut:-

1. Anak pokok gaharu bernilai RM105 ( 7 pokok)

2. IGB inoculum Premium bernilai RM103.50 (15 botol)

3. Pati minyak gaharu IGB bernilai RM100 ( 1 ml )

4. Set pisau carving / larik bernilai RM100

Hubungi saya SEGERA

⏰010 4590215 - Jama Rusli

⏰ 012 3790215 - Jama Rusli

Saturday, 26 May 2018

IGB Premium di Tenggaroh, Johor.

Pada 07 April 2018  team injek IGB menuju ke Tenggaroh, Johor.

Suntikan pokok gaharu menggunakan IGB Premium.

Kelebihan menggunakan IGB Premium adalah teras gaharu yang terhasil adalah lebih tebal.

warna,  bau dan bentuk hasil teras gaharu menggunakan teknologi IGB adalah menyamai teras gaharu liar.