Gaharu Aquilaria Agallocha |
Pada mulanya saya menyangkakan ianya perbuatan budak budal nakal. Apabila diteliti saya dapati ianya seperti disiat siat dan bukannya disebabkan oleh kesan takikan parang. Kesan kehitaman yang kelihatan adalah hasil dari inokulan nano tech yang dibuat. Apabila dibakar kesan kehitaman tersebut, tiada bau gaharu. Bermakna ianya bukan gaharu. Setelah di periksa keadaan sekeliling saya penuh yakin kesan disiat siat itu hingga menampakkan teras hitam sebesar lengan budak adalah kerja babi hutan. Kesan itu pada paras hampir 5 kaki tingginya. Teringat saya antara faktor penyebab gaharu terhasil yang saya baca melalui internet adalah disebabkan kesan luka yang dibuat oleh binatang buas. Sangkaan saya pasti ianya adalah harimau atau beruang. Rupanya babi hutan adalah termasuk dalam kategori binatang buas tersebut. Tidak syak lagi. Sungguhpun begitu sebenarnya babi hutan atau di kampung saya lebih dikenali tonyok kerana tidak mahu menggelarnya babi turut serta memberikan sumbangan tenaganya membantu menghasilkan gaharu. Bukan setakat semut, anai anai dan kulat sahaja.
No comments:
Post a Comment