Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Monday, 6 September 2010

Aquilaria Agallocha


Alhamdulillah. Setelah sekian lama, akhirnya berkesempatan juga saya mengemaskini berkenaan pokok karas spesis Aquilaria Agallocha. Saya mendapat pengesahan bagi pengecaman spesis pokok karas ini dari sebuah universiti tempatan. Gambar di atas di emel dan jawapannya adalah Aquilaria Agallocha. Spesis ini terkenal di India dan menghasilkan gaharu yang sangat mahal harganya. Agak terkejut saya apabila disahkan spesis tersebut kerana melalui carian dalam internet dan buku, spesis ini tidak termasuk sebagai spesis yang tersenarai dikenalpasti tumbuh liar di hutan Malaysia.

Perbezaan dapat dilihat dari segi daun. Daun spesis Aquilaria Agallocha adalah besar berbanding spesis A. Malaccensis yang agak kecil daunnya. Kulit pokok seperti berbintil-bintil ketika pokok masih kecil dan mula merekah merah apabila membesar. Teras yang terhasil agak kedalam. Takikan perlu dibuat lebih dalam untuk melihat teras gaharu. Bagi A. Malaccensis teras terhasil apabila disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech hanya perlu ditakik sedikit sahaja untuk melihat terasnya.


Apabila disuntik menggunakan Inokulan Gaharu Biotech pada usia melebihi sebulan, teras kekuningan mula menyerlah. Takikan agak kedalam untuk melihat terasnya dan dapat dilihat perbezaan kulit pokok karas ini berbeza dengan kulit spesis A. Malaccensis.




Pokok karas spesis A. Agallocha yang kecil juga terbukti menghasilkan teras gaharu dengan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.




Teras gaharu terhasil setelah 4.5 bulan inokulasi. Teras gaharu semakin menghitam. Sebelumnya saya ada menerima pertanyaan dari sahabat FB di India samada Inokulan Gaharu Biotech mampu menghasilkan teras gaharu pada pokok karas spesis Aquilaria Agallocha. Gambar-gambar ini memberikan jawapannya. Alhamdulillah.

Semoga ada manfaatnya.

3 comments:

  1. Salam Tuan, apa cite terbaru? Anak candan n agallocha ada banyak?

    Asad.

    ReplyDelete
  2. Wasalam Tuab Asad, maaf tak sempat nak update Aquilaria Agallocha. Setakat ni candan ada banyak, Agallocha akan diusahakan kemudian

    ReplyDelete
  3. thanks, atas info. sebenarnya saya sendiri belum mula dengan a. agalocha ni..

    ReplyDelete