Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Monday, 6 September 2010

Kebun Karas / gaharu

Kebun Karas
Ini adalah kebun  karas/gaharu yang ditanam lebih 1000 pokok karas sejak tahun 2008. Ianya ditanam dengan jarak  6' X 6' dengan pelbagai spesis karas seperti Aquilaria malaccensis, Aquilaria Agallocha, sub integra, Aquilaria Crassna, Aquilaria Hirta (candan) dan Cendana (santalum Album). Saya menanam dengan pelbagai spesis antara sebabnya adalah bagi mengurangkan risiko. Umum mengetahui  bahawa tanaman karas secara ladang adalah suatu perkara yang baru bagi tahun 2008. Kesesuaian pokok karas impot misalnya sub intergra dan crassna dengan cuaca di Malaysia perlu di congak setepat mungkin. Banyak kes dimana pokok baka impot tidak tumbuh menegak seperti melentur, patah dan tumbang seolah-olah batang pokoknya lembik tidak dapat menampung berat daun yang subur menghijau. Pada pemerhatian saya faktor cuaca dan spesis itu sendiri yang kurang sesuai dengan cuaca yang agak panas apabila tiba musim kemarau. Bahkan sekiranya lambat disedari ianya boleh mati meskipun pokok karas tersebut pada asalnya begitu subur. Itulah antara risiko pelaburan yang penting untuk direnung. Mampukah pokok karas tersebut menghasilkan gaharu apabila mencapai tempoh matang  sekurang kurangnya 6 tahun.

Baka karas tempatan misalnya Aquilaria Malaccensis dan Agallocha disamping Hirta (candan) adalah sangat disyorkan untuk ditanam secara ladang.  Pastinya cuaca di Malaysia tidak menjadi masalah untuk terus hidup sehingga tempoh tuaian hasil. Spesis karas tempatan adalah lebih tahan lasak dan kuat daya hidupnya ditambah dengan sifatnya yang tidak mudah patah atau tumbang disamping harga gaharunya yang semestinya mahal. Penjagaannya sangat mudah disamping menggunakan teknik-teknik penanaman dan penjagaan tertentu. Bahkan sangat sesuai sebagai pelaburan jangka pendek juga pendapatan sampingan untuk golongan yang bekerjaya yang hanya mempunyai masa terluang dihujung minggu. Anggaplah ianya sebagai pelaburan hari tua anda atau pelaburan untuk pendidikan anak anak yang kosnya semakin meningkat.

No comments:

Post a Comment