Jenis Inokulan : Inokulan Gaharu Biotech
Spesis : Aquilaria Malaccensis
Jumlah Inokulan : 6 Liter
Tarikh Suntikan : 28 Disember 2010
Gaharu Terhasil Dari Inokulan Gaharu Biotech - 18 hari |
Ini adalah pokok yang sama yang ditakik pada jarak 6 inci dari lubang yang ditebuk untuk inokulasi Gaharu Biotech. Gambar di ambil pada 15 Januari 2011 bermakna usia suntikan Gaharu Biotech adalah baharu 18 hari. Tujuan ditakik adalah untuk melihat kesan tindakbalas awal Inokulan Gaharu Biotech pada pokok karas selepas 18 hari disuntik. Ketara kelihatan gaharu yang mula terbentuk.
Gaharu Terhasil Dari Inokulan Gaharu Biotech - 18 hari |
Tempat terhasil gaharu kemudiannya ditakik sedikit lagi supaya bertambah serlah kesan tindakbalas Inokulan Gaharu Biotech. Ketara warna warna kecoklatan telah mula terbentuk. Warna kayu kelihatan kekuningan diselilingnya menandakan tindakbalas pokok karas mengeluarkan resin gaharu sedang bermula dengan baik sekali. Kelihatan juga kesan kehitaman disebelahnya yang berlubang kecil yang terjadi secara alami. Adakah ini yang dinamakan Gaharu? Insya Allah akan saya kemaskinikan seterusnya.
Berkesempatan juga saya mengemaskini kesan Inokulan Gaharu Biotech seperti dijanjikan. Gambar diambil selepas 38 hari menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Kelihatan teras terbentuk semakin gelap warnanya berbanding pada usia inokulasi 18 hari.
Gambar diambil lebih dekat lagi untuk melihat kesan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech. Dapat dilihat kesan kekuningan di sekeliling teras kecoklatan yang terbentuk. Selepas ini Insya Allah saya akan mengemaskini kesannya selepas 4 bulan pula.
Semoga ada manfaatnya.
Gaharu Terhasil Dari Inokulan Gaharu Biotech - 38 hari |
Gaharu Terhasil dari Inokulan Gaharu Biotech - 38 hari |
Gambar diambil lebih dekat lagi untuk melihat kesan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech. Dapat dilihat kesan kekuningan di sekeliling teras kecoklatan yang terbentuk. Selepas ini Insya Allah saya akan mengemaskini kesannya selepas 4 bulan pula.
Semoga ada manfaatnya.
tahniah
ReplyDeleteAlhamdulillah,
ReplyDeleteTahniah untuk tuan juga.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTahniah atas pembangunan inokulan yang mampu dimiliki dan diharap dapat mengupdate lagi kesan2 menggunakan inokulan Gaharu Biotech...
Salam cik Aminah Saad,
ReplyDeleteTahniah kembali, terima kasih atas komen cik Aminah Saad. Insya Allah post yang diberi nama kesan awal penggunaan Inokulan Gaharu Biotech akan menyusul.
saya sangat tertarik tapi belum begitu faham,mohon harga per liternya jika di kirim ke indonesia (kalimantan barat ) dan cara penyuntikannya,,,
ReplyDeleteHarga adalah RM250 perliter..Harga adalah termasuk biaya kirim ke kalimantan Barat..
ReplyDeleteNanti saya usahakan cara suntikan melalui video bagi posting akan datang..Insya Allah..
Terima kasih