Teknik Inokulasi Gaharu Biotech |
Teruja saya untuk menjawab pertanyaan dari sahabat blog ini berkenaan teknik inokulasi Gaharu Biotech. Gambar menceritakan seribu kisah. Ini adalah pokok karas spesis aquilaria malaccensis Menggunakan mata bor yang ditebuk bersaiz 5/8. Memerlukan 6 liter Inokulan Gaharu Biotech. Bermakna perlukan 5 lubang ditebuk dan 5 botol setiap satu diisi 1.2 liter Inokulan Gaharu Biotech. Mata bor adalah perlu bersaiz 5/8 supaya sama saiz dengan peyambung paip getah yang dilekat ketat di lubang yang ditebuk di pokok karas. Botol kemudian digantung menggunakan tali lalu dipaku dan inokulan tersebut habis diserap dalam tempoh 24 jam. Cukup mudah tanpa memerlukan kemahiran atau kegagahan atau stamina luarbiasa untuk melakukan inokulasi Gaharu Biotech. Cuma memerlukan sedikit pengetahuan mengenai teknik menebuk lubang supaya habuk kayu tidak tertinggal dalam lubang tebukan yang akan mengganggu proses serapan Inokulan Gaharu Biotech. Hanya 5 lubang perlu dibuat disekeliling pokok yang mana jarak antara lubang hanya perlu di agak sahaja. Tidak perlu terlalu tepat. Paling penting lubang yang dibuat tidak bertemu ditengah batang pokok. Jarak antara lubang dari tanah bergantung kepada saiz ukurlilit pokok. Bagi pokok seperti gambar di atas jarak dari tanah kurang lebih 1 kaki. Cuma perlu diteliti jangan terlalu rapat ke bahagian akar pokok kerana bahagian tersebut agak keras dan daya serapan agak lambat. dan akhirnya tidak menyerap langsung. Pastikan lubang di tebuk pada batang pokok karas yang agak lembut.
Teknik Inokulasi Gaharu Biotech |
Pokok karas spesis Aquilaria Malaccensis berukurlilit 34 cm. Memerlukan 1.50 liter Inokulan Gaharu Biotech. Perlu ditebuk sebanyak 3 lubang setiap satu diisi sebanyak 500 ml Inokulan Gaharu Biotech. Jarak lubang dari tanah kurang lebih 1 kaki. Lubang ditebuk menggunakan teknik spiral supaya tidak bertembung di tengah tengah batang pokok apabila 3 lubang ditebuk bersekali. Hanya menggunakan Drill berbateri 18 volt tanpa wayar. Mudah memang mudah. Semoga ada manfaatnya.
salam tuan
ReplyDeleteterima kasih tuan....moga murah rezeki ....dan bertambah amalan agama....
ada FB ke
ReplyDeleteWasalam tuan,
ReplyDeleteTerima kasih, semoga tuan sama dimurahkan rezeki dan bertambah amalan agama. Teknik inokulasi Gaharu Biotech - hasil Optima untuk dikongsi bersama.
boleh x saya nak tahu lokasi tempat nie.. sebab saya nak tahu lebih lanjut lagi mengenai teknik nie..
ReplyDeleteLokasinya di lanchang, Pahang. Boleh datang untuk melihatnya dalam waktu terdekat.
ReplyDeleteTerima kasih
Assalamualaikum tuan..
ReplyDeleteSaya berminat tentang inokulasi gaharu. Saya ada mempunyai anggaran 200 pokok, pokok gaharu pelbagai saiz. Saya perlukan tunjuk ajar teknik inokulasi gaharu yang betul dan ingin mendapatkan inokulan bagi pokok gaharu saya. Berapa keperluan inokulan/pokok dan berapa harga/liter.
H
mendapat tunjuk ajar dari tuan.
Terima kasih.