Inokulan Gaharu Biotech |
Inokulan Gaharu Biotech |
Suntikan semangat dari blogger gaharu menyuburkan lagi langkah untuk menyuntik pokok karas saya seterusnya. Ini adalah spesis Aquilaria Malaccensis. Berukurlilit 17 Inci dengan ketinggian lingkungan 7 meter. Pokok karas ini adalah antara yang bertuah kerana terselamat dari ditebang. Hidup subur kira kira 45 meter dari rumah ibu saya di Lanchang. Pokok karas bertuah inilah yang menjadi pokok eksperimen untuk inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Saya tidak dapat memberikan usia inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech secara tepat kerana pada awal eksperimen inokulasi, saya menghadapi sedikit masalah dengan teknik menggerudi lubang untuk disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech. Inokulan yang disuntik tidak dapat diserap sepenuhnya atas tersilap teknik menggerudi. Habuk kayu yang digerudi tertinggal didalamnya dan agak lama baharu saya dapat mengenalpasti akan punca yang menyebabkan Inokulan Gaharu Biotech tidak dapat diserap sepenuhnya. Beberapa lubang telah digerudi, digerudi dan digerudi lagi sebelum saya menemui teknik mengerudi yang betul . Pemerhatian dibuat berminggu minggu untuk mendapatkan maklumat kecekapan pokok menyerap Inokulan Gaharu Biotech yang disuntik. Begitu juga dengan formula jumlah inokulan yang diperlukan untuk setiap lubang mengikut ukurlilit supaya kesemua inokulan dapat diserap tanpa berbaki sedikitpun dalam tempoh 24 jam. Kelihatan garis kecoklatan mula terbentuk disekeliling batang pokok. Setelah kering serpihan kayu yang ditakik dan dibakar kemudiannya, semerbak aroma gaharu yang menceriakan terbit dari kayu yang dibakar. Ceria kerana aroma gaharu sulong dihidu sebagai petanda gaharu bakal terhasil dari Inokulan Gaharu Biotech.
Semoga ada manfaatnya.
waaa....ni baru inokulan......tahniah bos
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteTerima kasih. Tahniah kembali untuk tuan. Sememangnya tuan hebat dalam gaharu. Sekerling gambar di blog sudah tahu itu gaharu. Bagi saya inilah mimpi jadi kenyataan.