Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Monday 8 June 2015

Gaharu terhasil hingga ke dahan kecil sekepas 18 bulan diinjek.

Teras gaharu yang terhasil sekelas 18 bulan diinjek menggunakan IGB911. Menular hingga ke dahan kecil. Padat. 

Pokok karas spesis Aquilaria Malaccensis yang tumbuh liar. Telah diinjek menggunakan IGB911 pada 01.01.2014


Tanggal 02.05.2015 hingga 03.95.2015, Tim IGB berada di negeri Kedah dan Perak atas beberapa urusan gaharu dengan beberapa pertemuan penting bagi tugasan Injek pokok karas dan sesi beberapa perbincangan gaharu yang lain. 

Antaranya adalah pertemuan dengan ustaz Hakimi dari Bertam, Pulau Pinang. Pertemuan yang telah diatur lebih awal untuk bertemu beliau pada 02.05.2015 tidak tertunai. Pada tanggal 07.06.2015 akhirnya ustaz Hakimi telah sudi bertandang ke Lanchang, Pahang untuk suatu pertemuan bagi melihat sendiri kesan tindakbalas IGB terhadap pokok karas liar Aquilaria Malaccensis yang tumbuh melata. 

Pada pertemuan saya dengan ustaz Hakimi yang mengusahakan sendiri sekolah tahfiz di Pulau Pinang. Antara yang Sempat saya rakamkan di sini adalah tips bagi melahirkan anak-anak yang hafal Al Quran. 

- Pada usia 5 -6 tahun mestilah sudah menamatkan pelajaran Iqra. 
- Pada usia 7 - 12 tahun adalah masa untuk menghafal 30 juzuk Al Quran. Anak-anak diajar untuk menghafal Al Quran dan diletakkan di asrama bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk hafazan. 
- Pada usia 13 - 17 tahun, anak-anak sebolehnya berada dekat dengan kita. Usah diletakkan di asrama. Biarkan mereka membesar bersama-sama ibu dan ayah mereka. 

Itulah antara ilmu yang sempat saya rakamkan di sini. Agak tersentak saya kerana saya telah melakukan yang sebaliknya seperti kebiasaan orang. Bersekolah rendah dan tinggal bersama kita dan bersekolah menengah dan tinggal di asrama. 

Saya membawa ustaz Hakimi ke sebatang pokok spesis Aquilaria Malaccensis yang telah 18 bulan diinjek menggunakan IGB911. Jika sebelumnya saya menggunakan teknik selak tingkap bagi melihat kesan tindakbalas IGB. Tetapi kali ini saya memotong dahan kecil bagi melihat penularan IGB sehingga ke dahan dan ranting kecil. 

Subhanallah... Itulah ucapan yang tidak lekang di mulut ustaz Hakimi. Insya Allah Tim IGB akan bertandang ke kebun ustaz Hakimi di Gemenceh, Negeri Sembilan untuk perbincangan seterusnya bagi menginjek pokok karas Aquilaria Malaccensis beliau yang tumbuh liar didalam kebun getah miliknya yang mencecah 1 000 pokok. Subhanallah. Besar-besar pokoknya. 

Semoga ada manfaatnya.