Kami membantu anda:- + Membekalkan anak pokok karas yang paling baik dan terpilih. + Menginokulasi pokok karas yang ditanam pada kadar sangat munasabah. + Menunjuk ajar teknik menyuntik pokok gaharu anda. + Membekalkan IGB Inoculum Premium pada harga kasih sayang + Membeli dan menjual teras gaharu. + Khidmat Nasihat dan Perundingan Gaharu. + Rakan niaga gaharu anda.
Kenapa Jutawan Gaharu
Sunday, 18 May 2014
Hasil inokulasi IGB911 selepas 3 bulan - Aquilaria Malaccensis
Wednesday, 2 April 2014
Hasil Inokulasi IGB Selepas 10 bulan Inokulasi - Aquilaria Subintegra
Thursday, 20 March 2014
Bintik-Bintik Minyak Jelas Kelihatan Pada Hasil Teras IGB711 Berusia 10 Bulan
Wednesday, 19 March 2014
Teras IGB711 selepas 10 bulan
Thursday, 27 February 2014
Teras Gaharu Terhasil hingga Ke Tunggul
Tuesday, 25 February 2014
Cara Mengetahui Adanya Resin Gaharu
Monday, 25 November 2013
Hasil inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech (IGB 711) selama 1tahun 4 bulan
Friday, 7 December 2012
Menjelang Seminar Kebangsaan Dan Pameran Gaharu 2012.
Kunjungan En. Ismail Muhammad dari Universiti Putra Malaysia dan Cik Aminah Saad yang cukup sinonim dengan laman blog beliau
gaharuinfo.blogspot.com. sememangnya ditunggu-tunggu. Jam 11.20 pagi, seperti dijanjikan saya menjemput pakar gaharu ini di tol Lanchang, Pahang
Kami langsung ke tapak projek dan melihat sendiri hasil tindakbalas pokok gaharu terhadap Inokulan Gaharu Biotech.
Sebatang pokok gaharu berukurlilit 11 inci yang telah 1 tahun disuntik menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711 dicabut hingga ke akar untuk di pamerkan pada pembentangan kertas kerja di Seminar Kebangsaan Dan Pameran Gaharu 2012 bertajuk ' Kaedah Inokulasi dan Pengolahan Teras'. Teras terhasil setinggi 7 kaki dengan hanya 2 lubang suntikan.
Teras gaharu belum dicuci sepenuhnya. Insya Allah saya tunjukkannya di Seminar nanti.
Semoga ada manfaatnya.
Thursday, 6 December 2012
Suntikan Gaharu Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech - 3.5 bulan
Alhamdulillah pada 01 Disember 2012 semasa kunjungan En. Ismail Muhammad dan Cik Aminah Saad dari Universiti Putra Malaysia ke tempat suntikan IGB, sempat saya merakamkan gambar hasil inokulasi berusia 3.5 bulan.
Suntikan pokok gaharu ini menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711 (IGB 711). Saya menerima beberapa pertanyaan dari penggiat gaharu samada hasil sebegini sudah boleh dituai untuk mendapatkan minyak gaharu.
Pada pandangan saya seeloknya pokok gaharu ditunggu sekurangnya 6 bulan untuk mendapatkan minyak gaharu bermutu.
Jika dilihat tindakbalas pokok terhadap Inokulan Gaharu Biotech adalah sedikit berbeza mengikut umur pokok gaharu.
Gambar di atas adalah pokok gaharu berukurlilit lebih 30 inci dan gambar dibawah adalah berukurlilit 11 inci. Itulah uniknya pokok gaharu. Setiap pokok adalah tersendiri uniknya. Hatta komposisi kimianya juga tidak sama bagi setiap minyak gaharu yang dihasilkan meskipun menggunakan inokulan yang sama. Itulah antara perkara yang sempat saya pelajari dari kunjungan sahabat gaharu dari UPM ini. Maha Suci Allah.
Semoga ada manfaatnya.
Wednesday, 3 October 2012
Kesan Tindak Balas IGB 711 Selepas 5 Bulan Inokulasi.
Tanggal 01.09.2012 adalah hari yang sungguh gembira bagi saya apabila tetamu dari Selangor sudi bertandang ke Lanchang, Pahang untuk melihat sendiri kesan inokukasi menggunakan IGB 711. Beliau datang bersama seorang anak lelakinya serta isteri.
Saya bergegas pulang dari Kuantan dan tiba seperti dijanjikan. Saya sungguh kagum dengan beliau yang tiba lebih 1 jam awal dari waktu yang dijanjikan. Ketibaan awal beliau sekeluarga membawa kepada rekod baru dalam sejarah pecutan saya di jalanraya. Saya bukanlah pemandu laju.
Beliau adalah orang lama dalam gaharu dan telah banyak pengalaman dalam suntikan gaharu. Beliau datang dengan membawa beberapa keping gambar suntikan vaksin yang gagal setelah lebih 2 tahun menunggu.
Inilah kesan tindakbalas yang dapat saya tunjukkan pada beliau. Pokok karas berukurlilit 12 inci menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711. Jika sebelumnya saya menunjukkan hasil dari pokok yang lebih besar tetapi pada kali ini saya tunjukkan pokok yang lebih kecil pula.
Semoga ada manfaatnya.
Friday, 31 August 2012
Hasil menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711 (IGB 711) - 5 bulan
Alhamdulillah berkesempatan saya memuat naik gambar hasil inokulasi menggunakan IGB 711. Ini adalah gambar antara ratusan pohon gaharu yang telah saya suntik yang puratanya melebihi sepemeluk dewasa. Bahkan ada yang melebihi 2 pemeluk dewasa. Pohon gaharu yang tumbuh melata di kebun getah. Dan ada ratusan pohon gaharu lagi sedang menunggu untuk disuntik.
Inilah ketebalan gaharu yang terbentuk hanya selepas 5 bulan inokulasi. Ketebalannya akan semakin menebal mengikut tempoh inokulasi.
Gaharu yang tebal lebih digemari pembeli Arab misalnya berbanding gaharu yang nipis. Gaharu yang tebal lebih berat. Bermakna lebih tebal wang anda. Inokulan Gaharu Biotech 711 terbukti berjaya menghasilkan gaharu yang lebih tebal.
Semoga ada manfaatnya.
Wednesday, 13 June 2012
Hasil Inokulasi 1.5 bulan menggunakan IGB 711
Alhamdulillah... Dengan teknologi yang semakin mengkagumkan sempat saya memuatnaik gambar2 hasil menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711.
Inilah hasil menggunakan Inokulan Gaharu Biotech 711 hanya selepas 1.5 bulan sahaja.
Dikesempatan lain saya kemaskinikan hasil bagi tempuh yang lebih lama.
Semoga ada manfaatnya.