Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Showing posts with label Spesis Gaharu Lain. Show all posts
Showing posts with label Spesis Gaharu Lain. Show all posts

Monday, 6 September 2010

Aquilaria Agallocha


Alhamdulillah. Setelah sekian lama, akhirnya berkesempatan juga saya mengemaskini berkenaan pokok karas spesis Aquilaria Agallocha. Saya mendapat pengesahan bagi pengecaman spesis pokok karas ini dari sebuah universiti tempatan. Gambar di atas di emel dan jawapannya adalah Aquilaria Agallocha. Spesis ini terkenal di India dan menghasilkan gaharu yang sangat mahal harganya. Agak terkejut saya apabila disahkan spesis tersebut kerana melalui carian dalam internet dan buku, spesis ini tidak termasuk sebagai spesis yang tersenarai dikenalpasti tumbuh liar di hutan Malaysia.

Perbezaan dapat dilihat dari segi daun. Daun spesis Aquilaria Agallocha adalah besar berbanding spesis A. Malaccensis yang agak kecil daunnya. Kulit pokok seperti berbintil-bintil ketika pokok masih kecil dan mula merekah merah apabila membesar. Teras yang terhasil agak kedalam. Takikan perlu dibuat lebih dalam untuk melihat teras gaharu. Bagi A. Malaccensis teras terhasil apabila disuntik dengan Inokulan Gaharu Biotech hanya perlu ditakik sedikit sahaja untuk melihat terasnya.


Apabila disuntik menggunakan Inokulan Gaharu Biotech pada usia melebihi sebulan, teras kekuningan mula menyerlah. Takikan agak kedalam untuk melihat terasnya dan dapat dilihat perbezaan kulit pokok karas ini berbeza dengan kulit spesis A. Malaccensis.




Pokok karas spesis A. Agallocha yang kecil juga terbukti menghasilkan teras gaharu dengan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.




Teras gaharu terhasil setelah 4.5 bulan inokulasi. Teras gaharu semakin menghitam. Sebelumnya saya ada menerima pertanyaan dari sahabat FB di India samada Inokulan Gaharu Biotech mampu menghasilkan teras gaharu pada pokok karas spesis Aquilaria Agallocha. Gambar-gambar ini memberikan jawapannya. Alhamdulillah.

Semoga ada manfaatnya.

Thursday, 4 March 2010

Aquilaria Malaccencis





Nama Tempatan: Gaharu/depu
Nama Saintifik: Aquilaria malaccensis
Nama Lain: Karas, Engkaras, agar wood, aquilaria, krasna, agaloca,aloeswood, eaglewood, jinkoh. Famili: Thymelaeaceae
Lokasi dijumpai: Hutan hujan tropika

Kayu Gaharu terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai panggilan, Chen Xiang bagi masyarakat Cina, Jin-Ko (Jepun) dan Oud atau Oode di kalangan bangsa Arab.
Ia juga digunakan oleh masyarakat secara meluas sejak turun-temurun, malah ada yang mengatakan kayu gaharu dari pokok gaharu telah digunakan sejak zaman Firaun sama ada untuk upacara keagamaan atau bahan untuk membuat minyak wangi.
Pokok gaharu atau dikenali juga di Malaysia dengan nama lain seperti depu, karas atau engkaras merupakan pokok besar yang boleh mencapai ketinggian sehingga 40 meter tingginya. Diameter batangnya pula boleh mencapai sekitar 60 cm. Gaharu merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika, terutamanya di tanah rendah sehingga ke kawasan yang ketinggiannya sehingga 270 meter daripada paras laut. Taburan pertumbuhan pokok gaharu /depu secara geografinya meliputi kawasan Asia tenggara, India dan China. Gaharu boleh hidup di semua jenis tanah kecuali kawasan paya dan berair.
Secara keseluruhan terdapat lapan jenis pokok gaharu di dunia tetapi di Malaysia hanya ada empat jenis iaitu, Karas, Candan Gajah, Candan Gunung dan Cendana. Bagi masyarakat Malaysia, pokok gaharu atau nama saintifiknya Aquilaria Malaccensis hanya boleh didapati di dalam hutan belantara dan jumlahnya pula dilaporkan semakin sedikit atau hampir pupus. Kegiatan mencari kayu gaharu secara haram menjadikan tumbuhan itu kini semakin pupus kerana harganya, sama ada kayu (heartwood) atau minyak (damar) yang dihasilkan pokok itu adalah amat bernilai tinggi, lebih mahal dari harga emas.
Tarikan kayu gaharu Malaysia dan nilainya yang amat tinggi merupakan magnet kepada pencari-pencari haram kayu gaharu terutamanya dari Thailand untuk menceroboh hutan-hutan negara ini sehingga ke Sarawak untuk mendapatkan tumbuhan berharga itu.
Sekilogram kayu gaharu jenis karas dianggarkan bernilai di antara RM5 ribu hingga RM60 ribu, Candan Gajah (RM180 ribu hingga RM200 ribu) dan Candan Gunung (RM1 juta) manakala harga seliter minyaknya pula bernilai 10 kali ganda dari kayunya.
Pokok gaharu boleh tumbuh di dalam hampir semua keadaan dengan penjagaan yang minimum, dan boleh mencecah ketinggian sehingga 40 meter manakala jejari batang pokoknya boleh membesar sehingga 60 cm.
Bagaimanapun bagi pokok gaharu jenis Candan Gunung, ia hanya boleh tumbuh di kawasan yang mempunyai ketinggian 1,500 kaki dari aras laut, menjadikan ia lebih sukar ditemui dan dibiak.
kegunaan:
Resin yang terhasil di bahagian teras batang pokok gaharu merupakan bahan yang mempunyai nilai komersial yang amat di tinggi di pasaran seluruh dunia. Resin ini telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai setanggi atau kemenyan, digunakan dalam perubatan, kosmetik mahupun bahan untuk upacara keagamaan. Cara tradisonal untuk mendapatkan resin ini ialah dengan menebang pokok ini untuk mendapatkan resinnya. Malangnya tidak semua pokok yang telah matang akan menghasilkan resin, menyebabkan ada pokok yang ditebang secara sia-sia sahaja. Ini menyebabkan pokok gaharu mula diancam kepupusan di habitat asalnya. Tetapi kini ada kaedah yang lebih efektif digunakan tanpa perlu menebang dan memusnahkan pokok yang telah matang.
Kini gaharu merupakan spesis tumbuhan yang di lindungi di negara kita.Pengambilan gaharu daripada habitat semulajadi merupakan satu kesalahan di negara kita.
Perjanjian antarabangsa seperti CITES(Satu konvensioan yang membincangkan urusniaga antarabangsa yang dilakukan ke atas spesis-spesis terkawal)telah diperakui dan dipersetujui oleh 169 buah negara. Persetujuan ini adalah untuk memastikan urusniaga gaharu tidak akan mengancam kepupusan pokok gaharu di habitat semulajadinya.