Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Showing posts with label IGB. Show all posts
Showing posts with label IGB. Show all posts

Saturday, 8 November 2014

Jom ke Pameran & Jualan Gaharu Kebangsaan 2014 di Terengganu.






Alhamdulillah. Pameran & Jualan Gaharu Kebangsaan akan diadakan pada 13 - 16 November 2014. Ianya merupakan Pameran & Jualan Gaharu terbesar di Malaysia yang akan akan dicatatkan di dalam Malaysia Guiness Books of Record. Lebih 20 syarikat besar dan aktif dalam industri gaharu di Malaysia akan berkumpul di sini. Saya merasakan inilah Pameran & Jualan Gaharu Kebangsaan yang paling meriah. Ianya adalah kesinambungan dari Seminar Kebangsaan dan Pameran Gaharu 2012 bertempat di Universiti Putra Malaysia sebelum ini. 

Terima kasih tidak terhingga kepada pihak MTIB terutamanya tuan Mohd Zamakhsyary Mustapa yang terus memberikan kepercayaan kepada IGB untuk turut serta memeriahkan Pameran & Jualan Gaharu Kebangsaan yang akan di adakan di Kuala Terengganu, Terengganu pada kali ini. 


Insya Allah jumpa kami di sana. Ada tawaran IGB yang sangat istimewa menanti anda di sana. 



IGB akan dijual pada harga RM20 sebotol (125ml). Semakin banyak belian harga boleh dirundingkan lagi Insya Allah. 

1 liter @ RM150
30 liter ke atas @ RM120
50 liter ke atas @ RM100

Tawaran harga ini hanya untuk tempoh 15.11.2014 hingga 16.11.2014 sahaja. Bagi penggiat gaharu yang tidak dapat hadir pada hari tersebut, tempahan boleh dibuat melalui telefon bagi tempoh tersebut sahaja. 

Hubungi saya segera sebelum stok IGB kehabisan. 

Semoga ada manfaatnya. 



Sunday, 14 September 2014

Selak Tingkap Selepas 1 Bulan Injek IGB

Balik dari pekan sehari jam 11 pagi membawa ibu membeli makanan kegemarannya. Ikan patin, jeruk petai, ikan patin pekasam, ikan salai, rambutan, langsat dan beberapa jenis kuih dan sayuran. Memang agak berat untuk dijinjing sepanjang jalan pekan sehari. Maklumlah, pekan sehari Temerloh terkenal dengan deretan penjaja yang cukup jauh. Sememangnya saya hanya melepasi tidak sampai separuh dari pekan sehari. Terlalu penat untuk meronda hingga ke hujung. 

Agak sakit tangan menjinjing berkilo-kilo makanan kegemaran ibu. Biasanya saya ditemani oleh 3 anak lelaki tetapi tidak hari ini. Ada rombongan sekolahnya ke Kuala Lumpur. 

Saya tidak membenarkan langsung ibu menjinjing barang beliannya meskipun hanya sebungkus daun kesum. Rasanya itu pun langsung tidak dapat membalas jasa ibu yang terlalu banyak terhadap saya sepanjang usia lebih 40 tahun ini. 

Sebaik sampai ke rumah ibu. Saya terus bersegera ke halaman rumah untuk Selak Tingkap pokok karas spesis Malaccensis. Pokok karas yang tumbuh liar di halaman rumah ibu. Melihat kesan tindakbalas IGB selepas 1 bulan inokulasi. Agak penat kerana saya perlu pulang ke Kuantan untuk menjemput anak sulung saya di sekolahnya. Balik dari rombongan sekolah. Sepatutnya saya berehat sebentar. 

Kelmarin saya baharu pulang dari Jasin, Melaka untuk Selak Tingkap pokok karas yang telah diinjek dengan IGB selepas 8 bulan. Insya Allah saya ceritakan kemudian. 



Spesis Malaccensis. Tumbuh liar di halaman rumah. 



Teknik Selak Tingkap dan ditebuk untuk melihat tindakbalas selepas 1 bulan inokulasi dengan IGB. 


Alhamdulilah. Selepas 1 bulan inokulasi. Tempat tersebut ditutup kembali dengan menggunakan stapler. Elakkan air masuk kerana ia akan merosakkan dan mereputkan  gaharu yang baharu mahu menjadi. 

Tuesday, 9 September 2014

Teknik Selak Tingkap

Jika sebelumnya saya banyak menakik pokok karas menggunakan parang untuk melihat tindakbalas IGB terhadap pokok karas. Kini saya semakin kurang menakik pokok karas. Sebabnya Kesan takikan tersebut menyebabkan air masuk melalui tempat yang dicedera dan mereput dibahagian tersebut. Sayang pokok karas yang telah diinokulasi sekian lama lalu akhirnya mereput akibat kegelojohan sendiri. 

Lebih malang lagi keseluruhan pokok mereput terutama jika ditakik pada paras yang tinggi. Air masuk dari paras yang ditakik dan terus mereput hingga ke bawah. 

Pokok karas yang belum diinokulasi tidak membawa bekas jika ditakik sebegitu. Tetapi selepas diinjek dengan IGB, pokok karas semakin kurang kuasa pemulihannya dan akhirnya terpaksa mengalah pada air yang masuk lalu mereput. 

Saya kongsikan teknik Selak Tingkap untuk melihat gaharu didalam pokok karas dengan mengurangkan risiko pokok mereput. Insya Allah. 

Kulit pokok karas dipotong menggunakan pisau yang tajam. Lebar dalam 5 inci dan panjang 7 inci. 


Tebuk menggunakan pahat selebar 1 inci. Tebuk betul betul di bawah tempat Injek pada jarak 6 inci. Tebuk samada ke atas atau ke bawah. Inilah hasil inokulasi 11 minggu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 


Tutup kembali kulit tersebut. Rapatkan sebaiknya. Kemudian staple menggunakan stapler. Insya Allah kulit pokok kembali bertaut dan risiko reput akibat luka yang dibuat dapat dikurangkan. 

Semoga ada manfaatnya. 



Friday, 5 September 2014

Hasil Injek IGB selepas 11 minggu

Tanggal 31.05.2014 Tim Injek IGB telah selesai menginokulasi sejumlah 100 pokok spesis Aquilaria Subintegra di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 

Kami berjanji untuk datang semula untuk melihat bersama sama tindakbalas pokok karas yang diinjek menggunakan IGB 

Tanggal 23.08.2014  kami bertandang lagi ke Kuala Pilah untuk melihat sendiri tindakbalas IGB seperti yang kami janjikan sebelumnya. 

Terima kasih tidak terhingga yang dapat saya rakamkan di sini atas layanan yang sungguh baik diberikan kepada kami. Cik Shafinaz dan suami yang bersusah payah menyediakan makan tengahari kepada kami. Masakan yang sehingga kini kami teringat ingat sedapnya. Masak lemak cili api. Kami buang rasa malu, menambah nasi ke pinggan. 




Inilah hasil Injek 11 minggu menggunakan IGB918. Formula IGB terkini. 


Antara kulat yang tumbuh di tempat yang di inokulasi menggunakan IGB. 

Semoga ada manfaatnya. 

Wednesday, 4 June 2014

Tim injek IGB di Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Tanggal 31.05.2014, seawal jam 5 pagi Tim injek IGB bergegas ke sebuah kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Janjinya jam 11 pagi Tim Injek memulakan tugas.  Pokok spesis Subintegra berusia lebih 4 tahun bersedia untuk diinjek. 

Jam 2 petang Tim Injek IGB selesai menginokulasi sebanyak 100 pokok karas. Cuaca panas yang baik membantu Inokulan diserap dengan begitu cepat sekali. Kami dijamu makan tengahari oleh tuan rumah yang lebih mesra dipanggil Kak Sham dan anaknya cik Shafinaz bersama adik lelakinya. Masak lemak cili api.  Memang sedap. Habis licin tanpa sisa. 

Terima kasih kepada Kak Sham dan cik Shafinaz yang berbaik hati meraikan kedatangan kami.  Insya Allah panjang umur kami akan ke sana lagi selepas Hari Raya untuk sama-sama melihat hasil inokulasi yang kami buat. Mudah mudahan berhasil. 

Semoga ada manfaatnya.