Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Showing posts with label Aquilaria Microcarpa. Show all posts
Showing posts with label Aquilaria Microcarpa. Show all posts

Saturday, 28 August 2021

Aquilaria Microcarpa Antara Spesis Gaharu Terbaik

Beberapa tahun yang lepas, seorang usahawan gaharu wanita dari indonesia datang bertandang ke kebun gaharu saya di Lanchang, Temerloh, Pahang.Seorang yang cukup bersemangat. Terbang dari Jakarta, Indonesia dan terus menuju ke kebun gaharu saya di Lanchang. Tidak terlihat penat di wajahnya meskipun usia telah menghampiri 80 tahun Beliau cukup berpengalaman dalam gaharu serta banyak jasanya dalam arena gaharu. Sepanjang 3 Hari 2 Malam beliau menjadi tetamu saya, banyak ilmu gaharu dikongsikan oleh beliau kepada saya. Saya bertanya kepada beliau apakah spesis gaharu yang terbaik pada pandangan beliau, beliau menyatakan AQUILARIA MICROCARPA. Katanya bau gaharunya sangat wangi. Spesis Aquilaria Microcarpa tidak ditemui di Semenanjung Malaysia. Ianya banyak terdapat di Borneo. Aquilaria Microcarpa memiliki buah dan biji yang kecil. Kerana itulah ianya diberi nama Micro. Bijinya sangat kecil dan berekor pendek berwarna putih. Sejak itu saya mula mencari-cari benih Aquilaria Microcarpa untuk disemai dan dijadikan koleksi dalam kebun gaharu saya. Maklumlah gaharu hanya berbuah setahun sekali dan bukan setiap tahun ianya berbuah. Buahnya pula mengikut musim buah pokok hutan. Alhamdulilah rezeki PKP 2021, seorang sahabat saya dari Borneo telah mengirimkan biji gaharu spesis Aquilaria Microcarpa dan berjaya disemai. Insya Allah ianya akan ditanam sebagai koleksi kebun gaharu saya yang saya namakan TANAH GAHARU LANCHANG. TANAH GAHARU LANCHANG telah ditanam dengan Spesis Aquilaria Malaccensis, Crassna / Subintegra, Sinensis, Beccariana dan Hirta. Dan Kini Microcarpa pula. Cukup gembira. Saya kongsikan gambar biji gaharu spesis Aquilaria Microcarpa.
Semoga Ada Manfaatnya