Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Friday 29 April 2016

Makluman Awal Cadangan Penubuhan Koperasi Pengusaha Gaharu Johor Berhad

  Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad (dalam penubuhan) bekerjasama dengan syarikat Naturextract Sdn Bhd yang memproses pati minyak gaharu menggunakan teknologi yang dihasilkan oleh seorang SAINTIS. Kayu minyak yang terhasil menggunakan Inokulan IGB akan diproses menggunakan Teknologi pemprosesan Pati Minyak Gaharu ini. 

Kajian yang bertahun dilakukan untuk menghasilkan teknologi pemprosesan pati minyak gaharu ini akan diDEDAHKAN pada hari tersebut. 

Pada 30.04.16 pihak Naturextract akan mengadakan perbincangan mengenai halatuju industri gaharu bagi menghasilkan bekalan Minyak gaharu yang lebih banyak dan berterusan. Hal ini adalah sangat penting bagi memberi keyakinan kepada pembeli pukal pati minyak gaharu. 

Kami juga sedang mengumpul bakal anggota yang berminat untuk menyertai Koperasi Pengusaha Gaharu Johor Berhad yang bakal ditubuhkan. 

Tarikh 30.04.16
Lokasi: Bilik kuliah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Batu pahat,
Johor 

Semua dijemput hadir. 

Jumpa kami di sana. 

Share dan like supaya lebih ramai ANAK JOHOR  dan orang yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai gaharu tahu mengenai program ini.



Monday 11 April 2016

Faedah Koperasi Kepada Anda

Ramai yang tertanya tanya apakah faedahnya menjadi anggota koperasi. 


Berikut adakah antara faedah yang bakal diperolehi oleh anggota koperasi. 

+ Anggota memiliki koperasi melalui modal syer dan yuran yang disumbangkan di samping menjadi pengguna perkhidmatan dan barangan yang ditawarkan oleh koperasi. 

+ Koperasi menawarkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang berpatutan kepada anggota-anggotanya. 

+ Anggota-anggota menikmati pulangan atas langganan, dividen atas modal yang disumbangkan dan penyertaan aktif di dalam pengurusan dan aktiviti koperasi. Sebahagian daripada keuntungan koperasi diperuntukkan kepada tabung atau kumpulan wang bagi membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan seperti tabung pendidikan anak-anak anggota, khairat kematian dan sumbangan kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. 


Semoga ada manfaatnya. 

Apa itu Prinsip-Prinsip Koperasi

Prinsip-prinsip koperasi adalah:-

+ Keanggotaan sukarela dan terbuka. 

+ Kawalan secara demokrasi oleh anggota. 

+ Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi.

+ Kebebasan San autonomi. 

+ Pendidikan, Latihan dan maklumat. 

+ Bekerjasama di antara koperasi-koperasi. 

+ Mengambil berat terhadap masyarakat. 

Apakah itu koperasi dan ciri-cirinya.

Koperasi ialah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi1993 dengan matlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi. 

Apakah curi-ciri koperasi:-

+ Koperasi melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi bagi memenuhi keperluan anggotanya. 

+ Koperasi bukannya berunsurkan politik. Anggotanya tidak boleh menggunakan koperasi sebagai tempat berpolitik. 

+ Koperasi bukannya Kesatuan Sekerja (Trade Union). Konsep koperasi ialah tolong menolong antara satu sama lain, bukannya dengan cara berjuang menuntut hak-hak dari majikan. 

+ Koperasi bukannya badan kebajikan. 

+ Anggota-anggota koperasi mengurus dan mengawal perjalanan koperasi berdasarkan Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi. 

+ Syer dan Yuran disumbangkan oleh anggota sebagai modal menjalankan perniagaan koperasi. 

+ Setiap anggota mempunyai hak yang sama dalam membuat keputusan mengenai masa depan koperasi. 

+ Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal dan atau yuran ya sahaja. 

+ Koperasi mengutamakan keperluan dan perkhidmatan kepada anggota terlebih dahulu daripada mencari keuntungan semata-mata. 


Friday 8 April 2016

Mesyuarat Agung Permulaan bagi menubuhkan Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad

Tanggal 07.04.16. 

Saya bersamaan dengan Jawatankuasa Penaja Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad telah datang ke Pejabat Suruhajaya Koperasi Malaysia Wilayah Temerloh untuk mendapatkan nasihat lanjut berkenaan penubuhan Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad. Maklumat yang diberikan sangat menggembirakan hati kami. 

Hasil dari pertemuan tersebut, kami mencadangkan tarikh bagi bagi Mesyuarat Agung Permulaan diadakan pada 16.04.16 hari Sabtu jam 11.00 pagi. Lokasi tepat bagi mesyuarat tersebut telah dimaklumkan kepada kesemua bakal anggota yang telah memberikan nama kepada saya. 

Seramai lebih 100 orang pengusaha gaharu dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah menyatakan minat dan kesungguhan untuk menjadi anggota koperasi ini. Namun atas sebab kekangan tertentu pihak kami hanya mengambil 25 orang sahaja yang memenuhi syarat untuk menjadi anggota Koperasi Pengusaha Gaharu Pahang Berhad. 

Sungguhpun begitu, tawaran bagi anak Pahang yang memenuhi syarat untuk bersama sama dengan Koperasi ini masih terus dibuka. Mohon pihak tuan terus call/SMS/whatsapp untuk mendapatkan tempat. Buat masa ini sehingga 16.04.16, hanya 5 tempat kosong sahaja yang ditawarkan. 

Semoga ada manfaatnya