Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Wednesday, 28 November 2012

Suntikan Gaharu Malaccencis Di Sabah


Alhamdulillah pada 26 November 2012 yang lalu Tuan Ahmad dari Kota Kinabalu Sabah mengirimkan gambar inokulasi pokok gaharu menggunakan Inokulan Gaharu Biotech melalui emel kepada saya.

Melihat pada gambar tersebut saya dapat rasakan  betapa kesungguhan beliau menyuntik pokok gaharu menggunakan Inokulan Gaharu Biotech meskipun kami tidak pernah bertemu muka apatah lagi untuk saya menunjukkan teknik suntikan secara praktikal. Teknik suntikan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech dapat dilakukan oleh beliau dengan begitu cantik sekali meskipun hanya belajar dalam talian sahaja.

Beberapa kali beliau menghubungi saya melalui telefon dan emel dari Sabah untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai teknik inokulasi dan akhirnya tanpa diduga mengirimkan gambar pokok gaharu yang telah diinokulasi kepada saya dengan begitu sempurna sekali.

Ada beberapa tips menarik untuk dikongsi.

Pokok gaharu ini disuntik pada 17 November 2012. Suntikan dibuat pada 'otot' pokok gaharu. Di tempat yang berbonggol pada batang pokok gaharu. Jika diperhatikan bahagian yang berbonggol itu adalah selari dengan urat yang dibawahnya iaitu akar pokok gaharu. Maksudnya ialah lubang yang digerudi  pada bonggol atau 'otot' tersebut merupakan urat akar.

Kelebihannya adakah inokulan yang disuntik dapat terus diserap naik setinggi 25 kaki dari tempat suntikan.

Insya Allah jika ada kesempatan saya akan memuat naik kesan serapan setinggi 25 kaki dari tempat suntikan selepas 2 tahun inokulasi.

Kelebihan ke 2 adalah ianya memudahkan kerja menakik untuk melihat kesan suntikan selepas 1 bulan. Cukup dengan menakik sedalam 1/2 inci sahaja, kesan tindakbalas Inokulan Gaharu Biotech sudah dapat dilihat. Berbanding jika disuntik di bahagian pokok yang berlekuk, takikan terpaksa dibuat dengan lebih dalam.

Kesan kehitaman dan berbau wangi mula terhasil tatkala dibakar. Insya Allah.

Sekiranya ada warga Sabah yang berminat untuk menyuntik pokok gaharu bolehlah menghubungi beliau.

Semoga ada manfaatnya.

Published with Blogger-droid v2.0.9

13 comments:

  1. Replies
    1. Ada en jessie albert. 3 minggu yang lepas ada penjual gaharu bertanyakan saya berkenaan pembeli gaharu di sabah. Ada 50 kg teras gaharu dan telah dibeli oleh pembeli dari Brunei. Itu yang dimaklumkan kepada saya.

      Delete
  2. sejahtera,
    Inokulan Gaharu Biotech berapa seliter?
    saya berasal dr sabah.

    ReplyDelete
  3. salam sejahtera,
    saya sam dari kuching.saya ada soalan nak tanya en jama .
    pokok gaharu yang disuntik di atas adakah sudah mengeluarkan buahnya ?

    ReplyDelete
  4. salam..
    saya berminat untuk menanam pokok gaharu di tanah saya sendiri..bagaimana dan dimana saya boleh mendapat kan benih gaharun di sabah?

    ReplyDelete
  5. Inokulan Gaharu Biotech berharga RM200 seliter.

    ReplyDelete
  6. Pokok gaharu biasanya hanya berbuah sekali setahunya.

    ReplyDelete
  7. Nk tumpang bertanya di mana sy boleh mendapatkan benih atau bibit kayu gaharu?

    ReplyDelete
  8. assalaamu'alaikum...jika pokok sudah di suntik dan sudah ada teras,adakah proses pengasingan teras dilakukan sendiri atau pihak pembeli?

    ReplyDelete
  9. Tahniah Tuan, sekadar berkongsi maklumat...Pihak Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa akan menganjurkan Bengkel Inokulasi Gaharu pada 16-17 April 2014..semua dijemput hadir untuk berkongsi pandangan dan idea..Link blog Inokulasi http://gaharuinokulasi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Hi salam Tuan, saya dari sabah ...adakah Tuan masih menjual inukolan gaharu?...

    ReplyDelete
  11. Saya baru nak mula menanam gaharu...Harap rakan2 sekalian boleh bantu saya. Saya dari Kuching Sarawak

    ReplyDelete
  12. Hi saya ada tanam gaharu di tanah sendiri sebab gaharu yg saya tanam selepas 4 tahun dia mengeluarkan buah dan macam mana nak dapatkan cecair untuk suntik kan pokok tu..sgt berminat nak tahu..

    ReplyDelete