Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Wednesday, 28 September 2011

Harga Inokulan Gaharu Biotech Murah giler...??? Kenapa ya...




Tahun 2008 saya mula mula mengambil tahu apa itu gaharu. Tahun 2008 saya mula mendapatkan benih gaharu untuk ditanam. Tahun 2008 juga saya melakukan suntikan gaharu menggunakan vaksin berselut kecoklatan yang dikenali sebagai CBG. Harga pada masa itu adalah RM350 seliter. Beribu ringgit dihabiskan untuk suntikan pokok gaharu. Bersama impian akan merubah hidup dari tak cukup wang kepada bebas wang. 

Alhamdulillah itulah perkara yang merubah banyak jalan hidup saya kepada bebas wang. Setelah lebih 12 tahun bekerja di Kuala Lumpur. Keluar rumah gelap, balik rumah pun gelap. Bila hujung minggu berkemas pula balik kampung. Bosan hidup di kota metro. Hari Ahad asyik bercerita pasal jem dalam perjalanan lebuh raya karak hingga ke tol Gombak. Sebelum jam 5 petang mesti sudah berada dalam kenderaan pulang ke KL. Kalau tidak... masak. Jem giler. Mendaki Genting Sempah satu igauan ngeri. Kemalangan sudah terlalu acap kali dilihat di sepanjang lebuhraya Karak. Pantang hujan sedikit, saya saksikan kemalangan demi kemalangan di sepanjang lebuhraya Karak. Biasanya bukan satu atau dua kemalangan. Lebih dari itu dalam waktu yang sama. Bila tiba musim perayaan atau cuti berderet, Jem, jem, jem...itulah ceritanya.. Bergerak mesti awal. Sebelum Gelap atau dalam gelap. Tidak punya banyak masa untuk berfikir mengenai bagaimana menghadapi hari persaraan. Adakah perlu terus bekerja hingga umur 60 Tahun. Kalau bersara awal, adakah pelaburan mencukupi untuk menampung sisa-sia usia. Masa banyak dihabiskan dalam kenderaan. Tertekan dek jem...Bila tiba bulan puasa, kereta hampir tidak bergerak langsung. Berbuka dalam kereta adalah perkara biasa.

Tahun 2007 saya bertukar ke Kuantan, Pahang. Setelah lebih setahun berada di Kuantan, menghirup udara pantai yang segar. Tiada jerebu. Tiada jem. Punya banyak waktu untuk memikirkan pelan persaraan. Alhamdulillah... Syukur kepada Allah

Tahun 2009 tanaman gaharu dikebun ditumpukan. Membersih, membaja, memagar. Menegakkan pokok yang condong,tumbang, patah, mati dibaham babi. No pain no gain. Bukan senang nak senang.

Tahun 2010 saya menyuntik pokok gaharu menggunakan vaksin nano dari Thailand. Katanya pada masa itu, vaksin terbaik. Terhasil hingga ke ranting. Wow. Boleh jadi kaya ni. Saya membelinya menggunakan duit bonus. Harga seliter RM450.00. Beribu ringgit juga dihabiskan. Bonus dah lah setahun sekali. Dapat pula tu dihabiskan untuk suntik pokok gaharu. Tak apa... Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.

Tahun 2010 juga saya mencuba inokulan gaharu tempatan pada harga RM320 seliter. Beribu ringgit duit dilaburkan dengan impian  keuntungan berganda. Malangnya kesemua pelaburan inokulan-inokulan tersebut lebur. Pokok mati dan hitam yang disangkakan gaharu rupanya kayu yang memburuk. Impian bebas hutang, bersara awal umpama mimpi dalam mimpi.

Alhamdulillah pada penghujung tahun 2010 dengan rahmatNya dan izinNya saya berjaya menghasilkan Inokulan. Penemuan Inokulan yang diperbuat dari bahan organik dan tidak merbahaya apatah lagi beracun. Inokulan unik yang diadun bersama baja organik yang membantu pertumbuhan pokok gaharu yang subur bagi menghasilkan gaharu dengan lebih banyak. Inokulan Gaharu Biotech nama diberi.

Tahun 2011 saya menebarkan Inokulan Gaharu Biotech ke seluruh semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak. Saya mula membuat suntikan ke atas pokok gaharu liar di kebun kebun getah di kawasan kampung saya. Membantu orang kita yang kekurangan modal untuk membuat suntikan. Membuat perjanjian kongsi untung. Saya keluarkan tenaga kerja dan teknologi Inokulan untuk membantu pemilik pokok karas. Ratusan pokok sebesar pemeluk telah disuntik. Perkongsian untung yang sebolehnya menguntungkan orang kampung saya. Itupun ada yang meminta sehingga 50:50. Alamakkk... Pokok kalau tidak disuntik tiada gaharu, kalau disimpan lama memburuk begitu sahaja. Akhirnya siapa yang rugi...

Tahun 2011 saya menawarkan sehingga RM150.00 seliter. Harga yang sungguh tidak masuk akal. "Harga giler". Kata seorang sahabat saya pada pertemuan baru-baru ini. Harga giler bukan bermakna inokulan yang dihasilkan itu rendah mutunya. Inokulan Gaharu Biotech telah di uji dan terbukti. Menggunakan bahan organik dan tidak beracun. Harga inokulan Bio lain setakat ini adalah RM350.00  ke RM450.00 seliter. 

Tahun 2011 juga saya menjejak kesan inokulasi yang saya buat pada tahun 2008 hingga 2010. Ku sangka hitam hitam teras gaharu, bila dibakar tiada beza kayu api baunya. Pelaburan ribuan ringgit hangus begitu sahaja. Wang bonus yang dilabur pun hangusss. Bonus kalau tak cukup tahunnya jangan haraplah nak dapat.

Saya tidak dapat menjanjikan harga ini akan terus kekal pada harga serendah ini. Beberapa syarikat menyatakan minat untuk memasarkan Inokulan Gaharu Biotech ini. Peniaga yang bijak tidak akan melepaskan peluang mendapatkan keuntungan. Insya Allah dalam sebulan dua ini harga inokulan akan dinaikkan sehingga RM250.00. Harga yang ditawarkan sekarang adalah RM180 seliter dan bagi pembelian melebihi 6 liter harganya adalah RN150 seliter.. murah giler bagi  produk yang bermutu seperti Inokulan Gaharu Biotech. 

Saya telah mengalami pengalaman menyuntik pokok gaharu menggunakan wang simpanan, duit gaji yang tidak seberapa bakinya, duit bonus yang terpaksa ditunggu hingga setahun hatta pinjaman peribadi yang bertahun ansurannya. Saya memahami betapa peritnya mengumpul wang untuk membeli inokulan pada harga yang mahal. Belum dikira peralatan membuat suntikan  atau upah inokulasi. Saya pernah memimpikan pelaburan ke atas inokulan gaharu akan merubah nasib saya sekeluarga.

Justeru itulah, saya menawarkan harga Inokulan Gaharu Biotech pada harga murah giler...Harga yang tidak masuk akal untuk produk bermutu seperti Inokulan Gaharu Biotech ini. Saya telah melalui keperitan melabur wang untuk inokulan dan hangusss. SEBOLEHNYA saya usahakan supaya perkara tersebut tidak berlaku kepada anda semua.

Bersegeralah mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech kerana stok sedia ada semakin berkurangan. Hubungi atau sms saya.

Pelaburan Bijak Pelaburan Gaharu.

Semoga ada manfaatnya.

25 comments:

  1. Bukan murah kan harga pengalaman yang En Jamar perolehi dari awal hingga kini. Namun begitu, saya yakin ia juga merupakan pelaburan terbaik dalam membina diri dan perniagaan yang kekal.

    Semoga En Jamar terus berjaya dalam usaha yang dilakukan dan kita semua mendapat manfaatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Tuan, masih jual kah bahan inokulan? Dan berapa harga seliter?

      Delete
  2. Harga sebuah pengalaman sesungguhnya bukan murah. Namun kita boleh belajar dari pengalaman orang lain dengan harga yang murah. Bak kata pepatah, yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan teladan.

    Terima kasih Cik Min. Semoga Cik Min juga terus berjaya dan berjaya.

    ReplyDelete
  3. info yang menarik, bolehla saya mencuba inokulan tuan.

    ReplyDelete
  4. Boleh.. Insya Allah..

    Tuan boleh hubungi saya atau sms. Saya akan hubungi tuan untuk tawaran yang lebih hebat..

    Semoga dapat dimanfaatkan bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... abg nk tnya ubat kayu gaharu ada juwa x?

      Delete
  5. Sallam Tuan Jamar ,

    Saya ucapkan Tahniah atas segala usaha tuan untuk memajukan industri GAHARU berkembang dan berkongsi
    pengalaman bersama sama . Saya akan terus mengikuti perkembangan semasa Tuan .
    " When you see something , you should do something , when you do something , you should get something .

    Tahniah dan teruskan.......

    abd ghani

    ReplyDelete
  6. Wasalam Tuan Abd Ghani...

    Alhamdulillah. Tuan memberikan saya inspirasi untuk misi seterusnya. Insya Allah segagahnya saya usahakan posting mengenai Aquilaria Subintergra dan ctassna.

    Saya cukup percaya kata yang tuan coretkan "... when you do something, you should get something."

    Terima kasih dan saya usahakan secepatnya...

    ReplyDelete
  7. Edward Sak, Ngabang-Kalbar30 January 2012 at 14:51

    Luar biasa pak, anda layak dapat bintang. Anda adalah contoh entrepreneur yg dpt memotivasi sesama. Senang bisa berkenalan dgn anda...salam super !

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...

    Terima kasih Pak Oncu atas kesudian melawat blog saya yang tidak seberapa ini..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Pak Edward Sak...

    Semoga kita dapat terus memotivasi sesama..Saya juga senang berkenalan dengan bapak...

    Semoga kita bisa bertemu disuatu masa nanti...

    ReplyDelete
  10. Encik Jamar, saya nak tanya adakah Tuan menawarkan kursus penanaman pokok karas dan teknik inokulasi? Saya ingin menceburi dalam bidang ini and belajar tetapi susah nak dapat pengajar yang berpengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ini saya masih belum menawarkan kursus Gaharu. Saya sedang menuju ke arah itu. Insya Allah..setidaknya kursus teknik inokulasi..insya Allah..

      Delete
  11. Salam. Koi tertarik le pulok nak buat tanaman gaharu dan teknik suntikan ni selepas setahun lebih dok rumah, tak buat ape pun. ngadap laptop je. very boring. bebila awok balik, kita sembang dgn abg long Jama awok. marketable benda ni. Doakan semoga hasil ciptaan awok ni bermanafaat membantu usahawan gaharu lain.

    Cuba awok risik2 tanaman gaharu tengku wong kat mempaga tu. kabornya lebih 100 hektar. not too sure about the size.

    razaksalim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam...

      Gaharu memang menjanjikann pulangan lumayan.. semoga Inokulan Gaharu Biotech ini dapat bermanfaat kepada usahawan gaharu lainnnya...

      Bab 100 ekar tu dengornya begitulah...dah sedang elok untuk disuntik tu...

      nanti kita sembang untuk market..

      terima kasih..

      Delete
  12. bagus tu, saya pun berminat dptkannya

    ReplyDelete
  13. salam..tuan dah jadi jutawan tak hasil gaharu ni

    ReplyDelete
  14. As salam Tuan Jamar
    Saya sgt berminat dgn penanaman Gaharu...setelah sekian lama bercita cita. skrg saya sudah bersedia dgn tanah seluas 5 ekar di kpg halaman saya. Masalahnya saya masih buntu utk mencara benih yg terbaik yg mempunyai mutu gred karas yg tinggi serta cepat pertumbuhannya.
    saya mohon bantuan tuan Jamar.

    ReplyDelete
  15. Tuan Jamar saya boleh dihubungi di psuhaili@yahoo.com

    ReplyDelete
  16. Subhanallah, semoga hasil riset encik Jama Rusli akan menuai berkah lantaran ikhlas dan sangat membantu sesama petani yang mengharap bisa berjaya panen gaharu yang banyak dan nilainya pun sungguh mahal tetapi harga inokulannya yang dijual harga relatif terjangkau

    ReplyDelete
  17. Moga terus berjaya dalam perusahaan gaharu. Saya berminat untuk mencuba inokulan tersebut.

    ReplyDelete
  18. salam tuan Jama...masih bekalkan inokulum lagi ker?

    ReplyDelete
  19. Pokok gaharu yg lebih 100 tahun umurnya bolehkah diinokulasi?

    ReplyDelete