Inokulan Gaharu Biotech adalah antara variasi inokulan hebat yang dihasilkan di Malaysia. Formula Inokulan Gaharu Biotech ditemui pada November 2010 dan Alhamdulillah pada awal Disember 2010 telah bersedia untuk diuji pada pokok karas yang tumbuh liar yang kebanyakannya adalah spesis Aquilaria Malaccensis. Inokulan Gaharu Biotech diperbuat dari bahan organic dan selamat digunakan serta dihasilkan menggunakan kaedah biotech.
Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech amat mudah dan murah. Teknik inokulasi yang digunakan amat mudah dan tidak memerlukan kepakaran, stamina dan peralatan yang luarbiasa. Membawa maksud kos inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech amat murah dan boleh dilakukan sendiri tanpa perlu mengupah pasukan penyuntik gaharu yang hebat. Sungguhpun ianya murah dan mudah tetapi hasilnya adalah menakjubkan.
Penghasilan resin gaharu melalui penggunaan Inokulan Gaharu Biotech ini sememangnya menakjubkan. Pada usia inokulasi 18 hari sahaja teras gaharu mula terbentuk dan mengeluarkan aroma gaharu apabila dibakar. Saat usia mencecah inokulasi mencecah 35 hari teras gaharu mula menghitam dan menjalar ke atas pada ketinggian melebihi 10 kaki. Ketika itu juga teras kehitaman mula terbentuk di akar pokok karas yang bakal menghasilkan gaharu gred super A. Pada pengiraan saya apabila usia inokulasi mencecah 1 tahun bagi pokok karas berukurlilit 40 inci teras gaharu yang terhasil adalah melebihi 8 kg. Itu adalah pengiraan minima dan saya penuh yakin teras gaharu mampat bermutu sangat tinggi bakal terhasil sehingga boleh mencecah minima 15 kg setelah mencapai tempoh matang inokulasi 2 tahun. Pengiraan ini adalah berdasarkan pada lebih 50 batang pokok karas pelbagai ukurlilit dan ketinggian yang telah saya suntik sebelumnya. Inokulan Gaharu Biotech terbukti menghasikan teras gaharu kehitaman bermutu sangat tinggi yang berbau harum.
Harga yang ditawarkan adalah sungguh murah berbanding dengan hasil yang bakal diperolehi. Murah kerana pelbagai kos yang biasanya diserap pada harga inokulan itu sendiri telah secara drastik berjaya dikurangkan supaya semua oang boleh memilikinya.
Inokulan Gaharu Biotech telah terbukti menghasilkan teras yang bermutu sangat tinggi. Pembuktian bergambar pasti mengujakan.
16 Hari |
18 Hari |
38 Hari |
35 Hari |
35 Hari |
50 Hari |
Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech adalah amat berbaloi sebagai pelaburan untuk pokok karas. Pengedar Inokulan Gaharu Biotech adalah amat dialu alukan. Tawaran menakjubkan pasti menungg.
Semoga ada manfaatnya.
Congratulation , saya ucapkan kepada saudara yang telah berusaha hingga mencapai good result . my Q is .. adakah ianya bolih digunakan pada lain jenis
ReplyDeleteeg. sub intergra , crassna .
tahniah , salam
abd ghani
Terima kasih Tuan Abd Ghani.
ReplyDeleteSaya percaya boleh digunakan utk spesis karas yang lain sebab gaharu terhasil apabila kena cara sakitkannya. Ianya perlukan jumlah inokulan yg berbeza dan teknik suntikan yg berbeza atas sebab perbezaan pokok karas itu sendiri. Sungguhpun begitu ianya setakat ini belum diuji pada spesis tersebut kerana belum menemui spesisnya yg sedia utk disuntik. Sekiranya ada pasti saya usahakan posting seterusnya.
Nampaknya ada perubahan dlm masa 14 hari spt mana Alang suntik amat berkesan rugi klu tak mencuba inokulan biotech khas kpd pengusaha pokok karas/gaharu.
ReplyDeleteFaris dah suntik hampir 70 pokok dgn kaedah suntikan inokulan biotech amat berkesan.
Terima kasih Faris..
ReplyDeleteInokulan Gaharu Biotech sememangnya dirumus khas untuk pokok karas spesis tempatan seperti pokok karas Faris yang kebanyakannya spesis malaccensis dan agallocha. Insya Allah akan menghasilkan teras bermutu tinggi dan mahal harganya. Bersama kita memantapkan lagi taraf ekonomi kita.
Nampaknya Faris bakal menjadi jutawan dengan ukurlilit pokok yang besar begitu..Insya Allah
aslmkm..
ReplyDeletenama saya SAF alamat, di tapaktuan, aceh selatan, NAD.
terimkasih atas teknologi yang dikembangkan, saya pernah melakukan inokulan dgn vusarium namun prosesnya pasti lama dibanding inokulan gaharu biotek ini, nah saya mau memesannya berapa harga perbotol dan apakah bisa pengirimannya ke ACEH?? trimkash
wslm.
Wasalam Bung Saf
ReplyDeleteTerima kasih atas minat Bung Saf. Saya telah menghantar harganya kepada Bung Saf melalui Facebook. Harga sudah termasuk kos kirim ke Indonesia. Terima kasih sekali lagi.
ASSSALAMULAIKUM SAYA ZAMRI DARI ALOR SETAR.
ReplyDeleteBOLEH SAYA BUAT LAWATAN KE TEMPAT TUAN, DAN BERAPA HARGA 1 LITER BIOTEK. SAYA ADA 7 POKOK USIANYA LEBIH 25 TAHUN KEATAS. 0133836615/ 012 4752113
Walaikumsalam tuan Zamri..
DeleteKedatangan tuan untuk melawat ke tempat suntikan adalah di alu alukan... insya Allah saya tunjukkan teknik suntikan secara praktikal dan hasil suntikannya...
terima kasih
Assalamualaikum
ReplyDeleteSaya ingin bertanya mengenai inokulan ini. Adakah ianya mempunyai tarikh luput?
Jika saya membelinya sekarang, memandangkan harga sedang murah. Tapi saya tidak dapat menyuntiknya lagi disebabkan pokok gaharu masih muda.
Setahun/2 tahun boleh tahan?
Waalaikumsalam Tuan...
DeleteInokulan Gaharu Biotech disyorkan dihabisguna dalam tempoh sebulan dari tarikh terima bagi mengelakkan risiko kesilapan dalan tatacara simpanan.
Terima kasih
Inokulan yang menarik.....
ReplyDeleteSaya berminat dengan inokulan tuan, tapi pokok saya masih kecil dari spesis A. subintegra dan A. crassna.
Boleh tuan uji kepada spesis berkenaan dan publish kan kesannya.
Penemuan yang mengalakkan lagi industri gaharu. Tahniah..
Razali
SS Saliva Trading
Trg.