Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Friday, 25 February 2011

Kesan Penggunaan Inokulan Gaharu Biotech - 35 hari


Inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech
Pokok karas di atas disuntik menggunakan Inokulan Gaharu Biotech pada 16.01.2011



Inokulan Gaharu Biotech - 35 hari
Pada 20.02.2011 kemudiannya saya menakik pokok karas tersebut untuk melihat kesan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech pada hari ke 35. Ketara teras kehitaman telah terbentuk dengan begitu baik sekali.

Inokulan Gaharu Biotech - 35 hari

Saya terus menakik dibahagian bawah tempat yang digerudi. Pada kebiasaannya saya hanya menakik di bahagian atas lubang yang digerudi sahaja. Pada kali ini saya bertindak menakik di bahagian bawah lubang yang digerudi pula. Jelas kelihatan teras kehitaman juga telah terbentuk dan sedang menghasilkan gaharu dengan begitu baik.
Inokulan Gaharu Biotech - 35 hari
Inilah hasil penggunaan Inokulan Gaharu Biotech selepas hanya 35 hari. Teras yang ditonjolkan lebih 1 kaki panjangnya. Sebenarnya setelah diamati saya mendapati teras setinggi 10 kaki telah terbentuk. Insya Allah saya kemaskinikan hasilnya apabila mencapai usia 3 bulan inokulasi.


Semoga ada manfaatnya.

39 comments:

  1. asSalam .. mcmana dgn bau?? dah confirm, yg terbentuk tu resin gaharu??

    malik

    ReplyDelete
  2. Wasalam Tuan Malik.

    Confirm ada bau gaharu seperti gambar-gambar sebelumnya yang menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Tidak seperti penggunaan nano tech yang tiada bau seperti yang ada saya paparkan dalam posting terdahulu. Terhasilnya resin gaharu dengan aroma bau gaharu menggunakan Inokulan Gaharu Biotech adalah sebab utama saya bersungguh-sugguh menghasilkan blog bergambar ini untuk manfaat bersama. Sekiranya Inokulan Gaharu Biotech saya ini tidak menghasilkan resin yang berbau gaharu pasti sudah lama saya menutup terus blog ini. Jualan inokulan ini bukanlah punca pendapatan utama saya dan ianya hanyalah sekadar minat bersungguh-sungguh untuk membantu pemilik pokok karas mendapat manfaatnya.

    Terima kasih atas soalan yang tidak pernah terfikir oleh saya untuk membuktikannya. Insya Allah saya hasilkan posting seterusnya bagi merungkai persoalan ini. Terima kasih sekali lagi Tuan Malik.

    ReplyDelete
  3. T kasih Jamar atas persoalan bau tu .. saya baru saja cuba2 tanam sedikit2 pokok karas nie .. saya mula akhir April 2010 cara runcit3 atas faktor kurang modal dan setakat ini telah dapat tanam 800++ pokok cara integrasi dlm kawasan anak pokok durian dan dusun durian yg telah matang .. mungkin saya perlu bahan inokulasi yg mujarab dlm masa 2 -3 tahun lagi, tapi saya perlu kumpul sebanyak mungkin informasi berkaitan ..

    >> tentu susah nak bayangkan apa akan jadi pada pokok2 yg saudara suntik tu dua tahun dari sekarang .. >>apa gred gaharu yg bakal d hasilkan<< sedangkan dlm masa 65 hari telah menunjukkan petanda yg sungguh memberangsangkan .. Alhamdulillah .. berkat usaha sdra dlm hal ini dan sanggup berkongsi info. dgn kenkawan lain yg bergiat dlm usaha yg sama .. teruskan menghidupkan blog ini .. wassallam

    malik

    ReplyDelete
  4. Bagus pendedahannya.

    Ia memberi saya semangat dan idea untuk terus menulis posting tanpa gambar seterusnya. Mungkinkah ...Kenapa Inokulan Gaharu Biotech???

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. askum. en jamar, nampaknya satu daripada 2 masalah besar ttg gaharu inshaAllah akan selesai unt. saya sebagai budak kecil dalam indust. gaharu, cuma 1 lagi tu.. Pasaran kalau yg ni boleh selesai juga, kita semua tak perlu toleh ke belakang lagi,all out,dlm indusrti ni, macamana en.jamal?

    ReplyDelete
  6. saya ada stok gaharu hutan dlm 30 hingga 40 btg, 50cm keatas. kalu mcm ni hasil ada harapan besar.

    ReplyDelete
  7. wasalam saudara.

    Insya Allah Kemana Pasaran Gaharu adalah posting utama saya seterusnya.

    ReplyDelete
  8. Rebutlah peluang ketika ada. Peluang baik tidak datang sekerap yang kita sangka. Saranan saya suntiklah pokok gaharu hutan saudara meskipun berdikit-dikit. Itulah yang saya lakukan sekarang.

    ReplyDelete
  9. saja ingin berkongsi idea dgn pembaca2 d ruangan yg indah ini >>

    # bagi yg baru nak cuba tanam >> saya anjurkan buat perancangan yg teliti sebelum mula menanam .. olih kerana pokok ini asal dari hutan, ia perlu naungan secukupnya semasa kecil/baru d tanam .. elok sediakan naungan terlebih dahulu saperti pokok pisang, betik atau sebarang pokok naungan yg sesuai, baru d tanam d celah2 pokok naungan ini kemudianya >> pengalaman/pemerhatian saya pokok karas tumbuh cantik d bawah pokok naungan kerana ia tidak tahan dgn cahaya matahari 100% .. klu bolih bagi naungan saperti pokok orkid lagi baik, tapi perlu modal besar (teduhan plastik) ..

    # tiada formula tertentu jarak antara pokok .. saya buat 6' antara pokok dan 10' antara baris .. ada juga `pakar' yg anjurkan 4 x 4 .. kita kena cuba yg mana agak sesuai d tempat kita .. saya beranggapan, karas asal dari hutan dan pasti dapat menyesuaikan dirinya mengikut persekitaran yg pokok itu berada .. saya tanam pelbagai pokok utk bagi naungan d celah2 pokok karas, saperti pisang, betik, limau nipis/kasturi, turi, kelo, pokok naung (yg selalu d tanam celah pokok koko) .. jika tak sesuai kemudian bolih d buang, tiada masaalah ..

    # pokok tidak perlu d tunas, biar cara natural .. ada juga yg kata, tunas pada batang perlu d buang hingga keparas lepas kepala, supaya batang pokok cepat nampak besar .. dari pengalaman saya, 10 orang akan bagi 10 cara yg berlainan, semua kata dia betul, jadi kita kena cuba banyak cara, dan buat keputusan yg mana sesuai dgn pengalaman kita ..

    malik

    ReplyDelete
  10. Terima kasih Tuan Malik atas lontaran idea memberikan tips tips bernas untuk sama sama kita menanam pokok karas secara lebih baik. Ada juga kalangan pengusaha yang membuat perjanjian membeli pokok karas yang tumbuh liar di kebun getah misalnya dan melakukan inokulasi. Ada juga yang membuat perjanjian perkongsian untung 30:70 misalnya dengan menginokulasi pokok yang dimiliki oleh orang lain yang kekurangan modal dan berkongsi untungnya apabila hasil diperolehi. Dalam tempoh 2 tahun kita sudah ada modal untuk menambah pelaburan gaharu. Sementara menunggu 4-5 tahun pokok karas kita membesar misalnya kita telah mendapat hasil lebih awal. Dalam kata lain merealisasikan jutawan gaharu dalam 2 tahun. Hal ini rancak dilakukan sekarang di Malaysia dan Indonesia amnya. Risiko kerugian dapat dikawal dan matlamat jutawan gaharu dicapai lebih awal.

    Syabas ..

    ReplyDelete
  11. asSalam... kepada semua pembaca, terutamanya kepada empunya blog .. saya cuba nak kongsi apa yg saya faham, mungkin pembaca ada ulasan2 yg dapat menyambung idea atau dapat membuat pembetulan dan tokok tambah kepada points yg saya tulis d sini, .. walaupun tidak dengan cara teratur ..pada saya yg penting maklumat perlu mengalir dan d kongsi utk manaafat bersama ..

    # lanjutan tulisan Sdra Jamar .. memang langkah bijak utk dapatkan pulangan awal dgn cara JVenture antara yg punya modal dan yg punya pokok .. jika dapat modal pusingan awal bolih d laburkan semula utk tanam lebih banyak .. yg penting usaha ini ada unsur istiqomah (berterusan dgn sabar mengerjakan + tawakkal)

    .. saya juga cadang akan buat minyak dari sebahagian pokok2 yg sesuai dan dari hasilnya bolih d guna belanja kos inokulasi pokok2 seterusnya .. walaupun mengetahui cara ini klu bolih d elak sbb hasil melalui resin lebih lumayan dari pokok d tuai utk tujuan buat minyak ..

    # pokok liar jika d suntik memerlukan bahan inokulasi yg banyak, sbb ketahanan pokok lebih d bandingkan dgn pokok yg d tanam .. Sdra Jamar bolih ulas point ini?? .. ikut logik, pokok liar lebih berdaya tahan menentang ancaman penyakit dan lebih `rugged' jika d bandingkan dgn pokok yg d tanam cara ladang

    # hasil minyak gaharu sangat unik .. sbb setiap batch yg d hasilkan tidak sekata dgn yg terdahulu, dgn lain perkataan, minyak yg d kilang kali pertama tidak akan sama 100% dgn minyak yg d hasilkan kali ke2 walaupun pokok2 yg d guna datang dari kawasan yg sama .. Sdra Jamar bolih ulas pandangan saya ini .. itu sbb pengeradan menjadi isu dan tiada piawaian buat masa ini bagi hasil gaharu

    # minyak yg terhasil pada awalnya berwarna kehijauan, .. bertukar kpd warna gelap selari dgn waktu .. lagi lama tersimpan lagi bertambah mutunya ..

    # sebolihnya unsur2 kimia d elakan (baja dan racun) sbb hasil gaharu semakin menjurus kegunaan nya kpd bidang2 kosmatik dan pharmaceutical .. hanya bahan organik saja perlu d utamakan .. (ada yg berpendapat setitik minyak gaharu tulen d campur dgn air suam, jika d minum dan jadikan amalan bolih memberi manafaat tertentu .. wallahualam)

    malik

    ReplyDelete
  12. askum semua, nampaknya perbincangan semakin rancak, bagi saya sbg budak kecil dlm indust.ghru perkara pokok disini ialah keyakinan dgn indust. ini. Hal2 lain bukan perkara BESAR sekiranya masalah PEMASARAN boleh selesai sbbnya saya call hampir 30 pengusaha dan pengesport gaharu mengikut senarai dlam laman web, hampir 100% drp mereka tak berapa berminat nak beli teras cuma yg mereka minat ialh nak jual anak benih,inokulan dan servis charge sahaja, kalau tanya ttg pasaran semua gagap unt menjawap persoalan pasaran. Soal modal bukan perkara utama, benda tu kita boleh ikhtiar. wassalam

    ReplyDelete
  13. ada skit lagi,Buat masa ni saya cuma tidak bersedia dgn bagaimana nak jual hasilan gaharu, yang lain2 inshALLAH KEMAS

    ReplyDelete
  14. kebimbingan Sdra mengenai pasaran memang berasas .. klu dari segi mengusahakan/menceburkan diri dlm industri yg kita belum faham, yg perlu utk yakinan diri adalah cara `top down approach' maksudnya #1 ada barang d mana nak d pasarkan #2 cara pengeluaran barang #3 komponan asas utk keluarkan barangan #4 buat kilang #5 cari tapak kilang #6 kelulusan utk mengilang dsb >> menyusur kebawah >> dan yg paling bawah mungkin modal awal utk mula ..

    .. suasana ini agak berbeza dgn tanaman getah dan sawit d mana kita tak perlu bimbang pasal d mana nak jual sbb dah `establish' industri nya .. dlm hal industri gaharu saya beranggapan pasaran d pegang olih kelompok2 tertentu dan `orang baru' sangat susah nak masuk .. itu sbb selalu kita baca, pusat jualan/export d kuasai olih Singapura, Taiwan, Jepun, India, negeri2 Timur Tengah ... M'sia d kira org baru dan pasti kita ada banyak kekurangan .. d sinilah peranan kerajaan dan agency2 berkaitan perlu berperanan ..

    .. bagi saya, buat masa ini saya tidak begitu bimbang dgn d mana nak d pasarkan kerana saya yakin bila tiba masanya bila ada barang saya akan jumpa `solution' nya .. yg pentingnya saya usaha adakan barangnya .. dan dlm masa yg sama kita perkemaskan usaha mencari jalan mengatasi hal ini .. banyak cerita telah kita dengar mengenai tanaman sentang dan jati d mana apabila tiba masa nak pungut hasil tak tau apa nak buat, sbb tiada arah tuju ..

    malik

    ReplyDelete
  15. askum. bagi mereka yg terlibat 60% keatas dlm bidang ini, soal pasaran tidak menjadi masalah,sbbnya itu kerja mereka, bagi yang part time pasaran adalah perkara pokok. SAya tidak mahu ulang kesilapan yg sama berkali kali iaitu PROBLEM IN THE FUTURE WILL BE SEATLE IN THE FUTURE sangat2 tidak sesuai unk mereka hanya part time,dlm indust. gaharu kerana apa, modalnya besar dan masa agak lama unt mengutip hasil.

    ReplyDelete
  16. ada satu syk yang telah menginokulan gaharu hutan more less 800 pokok sudah hampir 1 tahun, persoalannya kenapa syk tersebut beriya iya mencari pelanggan unt menjual kesemua gaharu tersebut, tidak syk itu berasa rugi kerena pulangan lebih kecil dengan cara jualan begitu berbanding dengan menjual teras, saya rasa ini soal pasaran, ketidakmampuan syk itu memasarkan hasilan gaharu sedangkan penghasilan teras cukup

    ReplyDelete
  17. Apa yg saya lihat agak memeranjat kerana teras gaharu sudah terhasil. harga more less rm 4500.00 per pokok. jika anda seorang pemasar yang baik ini adalah peluang tetapi tidak bagi saya.

    ReplyDelete
  18. lebih baik untung sikit drp tak untung langsung, apapun keupayaan pemain gaharu memasar hasil akan menentukan kesenambungan player gaharu tersebut samada menjadi jutawan atau menjadi tak ketahuan.wassalam

    ReplyDelete
  19. Terima kasih atas gegaran idea yang digarap untuk kita sama sama berfikir. Saya hanya diberikan sedikit pengetahuan mengenai inokulan dan masih terlalu banyak perkara yang perlu saya pelajari mengenai gaharu. Secara amnya persoalan tersebut telah lama saya jawab. Persoalan mengenai untung rugi, pasaran, jutawan dan ketidak tahuan telah saya paparkan melalui hadis di blog ini. Tidak rugi kita menanam pokok kerana setiap binatang yang singgah, berehat, makan ada untungnya untuk kita. Itulah duit akhirat. Sekurangnya kita bakal menjadi jutawan di akirat. Kalau kita mengejar dunia, dunia akan lari tetapi kalau kita mengejar akhirat dunia akan menawarkan diri.

    Umum mengetahui isu inokulan tanpa bahan kimia menjadi isu utama dalam melestarikan industri gaharu. Gaharu bukan hanya dibakar tetapi turut diminum. Gaharu terhasil dari bahan kimia tiada harga. Saya katakan disini pasaran bukan cabaran terakir. Inokulan adalah cabaran terakhir. Pasaran luas telah lama tersedia dan pokok karas kurang harganya tanpa inokulan yang hebat.

    Saya bersetuju dengan pandangan mengatakan usah dibimbangi adanya pasaran sebab tiba ketikanya pasti ada pasarannya. Jika kita lihat di universiti universiti tempatan dan jabatan kerajaan yang berkaitan dengan gaharu, pakar pakar mereka termasuk profesor sedang bertungkus lumus mencipta inokulan dengan memperuntukkan wang yang bukan sedikit hanya untuk mencipta inokulan hebat yang sesuai dengan pokok karas malaysia. Kenapa agaknya. Bermakna pasaran yang luas telah tersedia cuma yang tinggal hanyalah inokulan. Perkara ini diceritakan sendiri kepada saya oleh seorang Profesor di sebuah universiti tempatan. Adakah kita lebih bijak lagi cerdik dari seorang professor.

    Bagi saya adalah tepat mendapatkan maklumat mengenai penyakit kereta sekiranya kita bertanyakan kepada seorang mekanik yang handal tetapi agak pelik soalan itu jika ditanyakan kepada seorang pakar sakit puan. Pasti jawapannya tergagap gagap. Dimana silapnya, penyoal atau orang yang disoal. Gaharu merupakan industri baru di negara kita dan orang yang layak ditanya mengenai pasaran gaharu adalah intelektual di universiti yang menjalankan kajian bertahun tahun bukan dari peniaga gaharu yang baharu menceburkan diri dalam industri gaharu.

    Saya pernah ditanya oleh rakan kemana akan saya akan jual hasil gaharu saya nanti. Secara seloroh saya katakan bila sampai masa anak saya mendirikan rumahtangga saya akan menebang pokok karas saya untuk dibuat kayu api kenduri. Seperti kata yang sering disebut sahabat saya..stupid question got stupid answer.

    Saya sendiri adalah part time dalam industri gaharu. Hanya dihujung minggu saya bergaharu. Mungkin kurang dari 10% masa saya digunakan untuk bergaharu. Gaharu tidak memerlukan modal yg besar dan saya bergaharu bermula dengan biji gaharu hingga menyuntik gaharu. Saya tahu kosnya.


    Untuk memasarkan barang yang bagus tidak perlu menjadi pemasar yang bagus. Cukup hanya mengupah pemasar yang bagus. Itulah permainannya. Permainan yang bijak perlu strategi yang bijak.

    Saya teringat kata kata seorang ADUN dalam sebuah laman blognya..biar mereka ketawakan kita sekarang..nanti kita jadikan mereka kuli dengan mengambil mereka menjadi pekerja kita,

    Saya sengaja memasukkan widget seperti live traffic feed dan flag counter. Apa maksudnya. Lihatlah negara pelawat blog ini khasya dan blog gaharu lain amnya. Puluhan darinya adalah dari negara yang kurang atau tidak memahami langsung bahasa malaysia. Blog saya sengaja dibuat berbahasa Malaysia dengan hanya beberapa perkataan inggeris yang sengaja saya catatkan. Kenapa mereka bersungguh sungguh melihat blog gaharu. Adakah mereka tanpa sengaja melihat blog ini berkali kali. Adakah mereka mencari anak pokok gaharu atau inokulan gaharu. Dimana mereka boleh menanamnya dan menyuntik pokoknya.


    Impian jutawan insya Allah menjadi kenyataan. Setidaknya jutawan di sana. Malu bertanya sesat jalan, salah bertanya jalan tak ketahuan.

    Semoga ada manfaatnya.

    ReplyDelete
  20. asSalam Sdra Jamar dan semua pembaca ruangan ini .. ulasan/tulisan Sdra Jamar banyak mengandungi fakta tersirat dpd makna yg nampak terang nyata

    .. sebagai org baru dlm hal gaharu saya dapat merasakan Sdra Jamar telah lebih berkeyakinan dlm hal hala tuju industri gaharu, melepasi tahap ragu2 yg masih membayangi/menyelubungi dlm benak masing2 yg masih pada tahap berkeyakinan agak rendah ..

    .. masa begitu cepat berlalu, dan ramai d antara kita masih berhadapan dgn krisis keyakinan dlm hal industri gaharu nie .. apa pun saya telah buat keputusan menanam sebanyak mungkin pokok2 karas mengikut kemampuan yg saya ada .. satu anggapan yg saya pegang >> lagi lama umur pokok karas yg saya tanam, lagi berharga nilainya .. tiada `short cut' dlm hal ini ..

    .. terima kasih Sdra Jamar dgn tulisan d atas, .. saya dapat mengurangkan keraguan saya mengenai hala tuju usaha saya yg tak seberapa ini bagi tidak terlepas peluang yg saya mampu usahakan ..


    malik

    ReplyDelete
  21. professor bukan bussines minded dia hanya bijak dalam bidang tertentu saja, kalu mengharap orang lain unt. urus pasaran gaharu ia sama saja dengan perniagaan lain yang sudah terbukti bangkrap,spt cacing,serai,sertam,ikan keli,belut, lintang, ketam, mujurlah dinosor tak ada, dengan lain perkataan a fool is apart of his money.

    ReplyDelete
  22. akum. drp perbincangan diatas, rasa sejuk seram saya dibuatnya kerna hamba sudah tanam 1000 pokok, apa nak jadi kalau pasaran menjadi masalah. hutang projek cacing dulupun belum langsai lagi,kalau projek gaharu bangkrap juga bertambah lagilah hutang hamba. semua projek yang baru2 keluar tidak boleh diharap sangat.

    ReplyDelete
  23. kum. baru 2,3 org je yg komen, yang lain macamana! tak kan tak reti nak komen, zaman skrg tak kan ada lagi yang buta huruf kot? asyik nak bertengek je, sumbanglah idea sikit, boleh pahala juga.

    ReplyDelete
  24. nampaknya bukan hamba sorang yang risau ttg pasaran, ramai lagi, cuma malas nak komen kat sini

    ReplyDelete
  25. akum. ada sesiapa yang ada experiece dalam pasaran gaharu, mintak komen pak.

    ReplyDelete
  26. saya ada sikit pengalaman ttg pasaran, susah kalau pasaran tak menentu, gaharu bukan boleh jual tepi jalan macam jual jagong. nak beli senang nak jual susah

    ReplyDelete
  27. sebenarnya saya tahu mengenai gaharu 25 tahun yang lalu tapi tak berminat. perniagaan gaharu adalah complex. pembeli hanya membeli gaharu daripada orang yang dikenali saja. ia seperti barangan antik. kena cari pembeli sendiri atau cari kenalan yang ada pembeli. walau bagaimana pun, mereka tetap membeli dengan harga murah menggunakan alasan gaharu anda tak bermutu. tiap-tiap perniagaan ada risikonya. meniaga dengan TUHAN saja tak de risiko kerana DIA maha pengaseh lagi penyayang.

    ReplyDelete
  28. Askum. Saya kini sedang dalam proses utk tanam pokok karas sebanyak 2 ribu pokok dlm masa terdekat.
    Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara Jamar dan mereka yang berfikir positif dlm hal ini. Prinsip saya senang saja, NAK SERIBU DAYA, TAKNAK SERIBU DALIH. Fokus tanam dulu, fahami kaedah, kemudian baru fikir bagaimana nak pasarkan. Jangan tertipu. Belajar dengan orang yg lebih tahu.
    Jika halatuju pasaran yang menjadi masalah besar, maka kita sebenarnya awal2 sudah tewas sebelum bertarung. Kita tewas sebelum masuk ke gelanggang. Kegagalan yang memalukan.
    Meskipun kita baru menceburi industri ini, sekurang2nya kita bersedia untuk bermula dan bermula setelah bersedia.
    Jangan takut selagi ada di seluruh dunia kilang2 kosmetik, kilang2 minyak wangi, bermacm jenis kilang yang mahukan produk keluarannya berbau harum, farmasi, musim haji menjelma setiap tahun, penduduk negara china dan india yang semakin meningkat khususnya penggunaan colok dan lain2 lg.
    Sebaik2nya berusaha mencari pembeli tanpa org tengah. Atau adakan networking. Paling tidak, pergi ke Bukit Bintang. Di sana ada ramai pedagang yang sedia membelinya.
    Apa2pun, yang penting sekali adalah yakin, sabar dan tawakal. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  29. Terima kasih tuan,

    Orang yang berjaya mempunyai amalan membuat perkara yang mana orang gagal tidak suka melakukan.

    ReplyDelete
  30. salam.bg sy,org yg berani tanam gaharu ialah org yg terbuka mindanya.jgn takut risiko.yg pentg mau cuba dulu.cuba dulu baru tau pa mslh yg timbul kemudiannya.sy tanam gaharu skit ja..jika tanam dlm kawasan terbuka,baik pakai atap pelindung.kos banyak la skit.bg penanam gaharu,sy rs x perlu risau bab pasaran.sbb byk syarikat yg mau ambil hasilnya.xpun,kasi loan bank ja.kat agrobank..tanah xkan tergadai punya.suruh ja agrobank 2 amik gaharu 2 klu x dpt byr loan.hehe.tanam byk atau sikit,yg pentg d jaga dgn baik n subur..PERSOALANNYA SKRG,BAGAIMANA KITA HENDAK BUAT VAKSIN SENDIRI TANPA PERLU MEMBELI VAKSIN YG MAHAL SANGAT HARGANYA 2..SEBAB,DGR CERITA,VAKSIN 2 BKN SUSAH MAU BUAT,CUMA ADA PIHAK YANG JUAL DGN HARGA TINGGI UNTUK KAUT UNTG LEBIH.SEBENARNYA INI MASALAH UTAMA PENANAM SKRG..lain la klu kaya..main beli ja untuk suntik beribu2 pokok.tlg kongsi sesiapa ada idea mcm mn untuk mghasilkan karas gaharu tanpa keluarkan kos ratusan ringgit untuk membeli vaksin.tq...

    ReplyDelete
  31. Wasalam..

    Pasti ada sebabnya kenapa ilmu vaksin hanya diberi atas pilihanNya. Sungguhpun begitu saya menawarkan harga vaksin yang termurah dengan dipermudahkan urusan pembelian kepada yang berminat atas niat untuk memajukan ummah. bak kata seorang jutawan dahulu..Bukan senang nak senang.

    ReplyDelete
  32. jika saya berjaya hasilkan 1 liter minyak dari ekstrak pokok gaharu yang telah di inokulan. dimanakah saya boleh menjualnya. dimanakah tempat yang paling baik untuk memperomosinya.

    ReplyDelete
  33. Setelah tuan berjaya memperolehinya, hubungi saya dan saya tunjukkan jalannya... Insya Allah

    ReplyDelete
  34. Salam Pak Jamar. Saya ada 20 batang gaharu liar berumur 20 tahun lebih di Kuala Pilah, n9. Saya berminat untuk dapatkan khidmat nasihat tuan. insyaallah saya akan menghubungi tuan dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam tuan Hudzaini..

      Tuan boleh menghubungi saya pada bila-bila masa.

      Terima kasih

      Delete
  35. Asalamualaikum en jamar. Saya Ahmad abd dari sabah sekarang berusia 50 tahun, memang saya tahu dari tahun 1970 nama kayu gaharu suda terkenal, tetapi mereka yang tahu cara mendapatkan gaharu yang tumbuh liar di hutan rimba. sekarang gaharu sukar di cari kerana setiap pokok gaharu dalam hutan mereka tumbang. saya juga suda menanam pokok gaharu lebih 4 ribu pokok. biar saya tak tahu cara untuk menghasilkan tetapi mungkin anak atau cucu cucu saya boleh urus selapas berpuluh puluh tahun. saya dah tak ada masa tu.

    ReplyDelete
  36. nak sumbang sikit.bila dunia yang kita idamkan belum tentu lg kita mendapat.tetapi bila akhirat menjadi idaman insyaallah dunia akhirat kita pasti
    dapat.wassalamualaikum sume

    ReplyDelete
  37. Tuan,berapa lama masa yg diambil utk teras mengeluarkan aroma bermula dr hari pertama inokulasi?adakah hari ke-35 ini sudah ada aroma? Kalau belum berapabulan masa yg diambil utk ada aroma?saya harap tuan sudi jawab soalan saya ini. TQ

    ReplyDelete
  38. saya ada pengalaman 15 tahun mencari gaharu di hutan. saya pernah dapat 0.5 kg = rm 2500.00 . bagi saya pasaran tak susah . saya dengan hikmat dari Tuhan telah mencipta inokulasi gaharu ( cecair ) . hasilnya luarbiasa .saya pernah jual 2kg = Rm. 1000.00(untuk ukiran ) .urusniaga gaharu sudah ada sejak zaman Firaun lagi. yang penting adalah kita berminat dan berhikmat.

















    ReplyDelete