Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Showing posts with label Suntikan inokulan. Show all posts
Showing posts with label Suntikan inokulan. Show all posts

Saturday, 17 December 2011

Bagaimana Inokulan Gaharu Biotech bertindak

Hujan turun dengan begitu lebat sekali beberapa hari kebelakangan ini. Kedengaran di sana-sini banjir termasuk di Kuantan. Beberapa bulan yang lepas, saya menerima pertanyaan dari seorang penggiat gaharu. Katanya adakah hasil teras menggunakan Inokulan Gaharu Biotech setanding dengan teras gaharu terhasil secara alami di hutan. Saya pendamkan dahulu soalan itu kerana untuk menjawabnya saya perlu kemukakan beberapa hujah dan bukti. Keesokan harinya baharu saya dapat memberikan jawapannya. 

Alhamdulillah dengan rahmatNya dan izinNya, jawapan demi jawapan saya ketemui dan berkesempatan  juga saya berkongsi jawapan itu dalam entri ini setelah agak lama tidak menulis sesuatu.

Umum mengetahui, hasil kajian bijak pandai mengatakan bahawa gaharu terjadi akibat serangan kulat atau mikrob yang menyerang bahagian pokok karas yang lemah seperti akibat patah atau perbuatan binatang buas dan seumpamanya. Kulat atau mikrob menyerang pokok karas melalui luka dan pokok karas bertindak melawan dan akhirnya gaharu yang harum wangi terbentuk. Sungguhpun begitu, gaharu yang terhasil dari tindakbalas ini adalah dalam jumlah yang sangat sedikit berbanding saiz pokok karas. Ibarat hujan yang lebat tetapi hanya sedikit yang bertakung di tanah.

Bercerita mengenai banjir, banjir yang sangat besar telah berlaku pada zaman nabi Nuh a.s. Seperti yang dikisahkan dalam Al Quran betapa air yang Allah turunkan dari langit disertai dengan air yang keluar dari perut bumi sehingga berlakulah banjir besar atas ketetapanNya.


"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang mencurah-curah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air -mata air (di sana sini), lalu bertemulah air-air itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan (Surah Al-Qamar; 11-12)




Pada 28.11.2011 pada ketika musim tengkujuh sedang bermula, saya cuba mengintai jejak mikrob Inokulan Gaharu Biotech setelah 8.5 bulan disuntik.  Gambar diatas adalah hasil gaharu yang terbentuk setelah 8.5 bulan di suntik. Rupanya apabila hujan turun dengan lebatnya, air turut memenuhi perut pokok karas.


Dahan dipotong pada paras 8 kaki dari tanah. Bermakna pada usia suntikan 8.5 bulan, mikrob dari Inokulan Gaharu Biotech telah mula menjalar melebihi paras 8 kaki. Dahan pertama yang separuh mati adalah petanda awal pokok karas sedang diserang hebat oleh mikrob Inokulan Gaharu Biotech. Dahan tidak mati secara keseluruhan, tetapi hampir mati secara perlahan lahan. Sungguhpun begitu dapat dilihat pokok karas masih tetap subur membawa makna bahawa pokok yang sihat subur akan menghasilkan gahraru dengan lebih banyak dan bermutu.


Teras gaharu mula terbentuk. Ianya seolah gaharu yang terhasil secara alami. Tiada tanda kesan suntikan pada keliling dahan tersebut. Suntikan hanya dibuat pada pangkal pokok  karas sahaja. Apabila dibakar, harum wangi bau gaharu. Dapat dilihat, dahan pertama mati separuh sebagai petanda pokok karas sedang melawan sekuatnya lantas menghasilkan gaharu. Saya teringat pada kata seorang penggiat gaharu dari Kuala Lipis yang mengatakan betapa pokok gaharu yang hampir mati setelah lebih 2 tahun disuntik menjana wang ratusan ribu ringgit. Nampaknya itulah cabaran Inokulan Gaharu Biotech. Memberi kesakitan pada tahap optima kepada pokok karas tetapi pokok karas tetap subur melepasi tahun pertama dan hampir mati secara perlahan lahan apabila melepasi usia suntikan 2 tahun dan pulangangnya adalah gaharu harum wangi.



Keesokan paginya apabila saya memeriksa dahan tersebut, kelihatan jelas kulat warna keputihan telah membentuk.




Gambar difokuskan lagi untuk lebih jelas. Kulat yang telah lama menjalar disegenap urat pokok karas menunjukkan bentuknya.



Kulat dapat dilihat pada garisan urat pokok karas. Bermakna mikrob Inokulan Gaharu Biotech telah menjalar dan menyerang keseluruhan pokok karas. Saya yakin serangan mikrob Inokulan Gaharu Biotech dari dalam perut pokok karas akan menghasilkan resin gaharu yang banyak seperti banjir. Insya Allah.

Semoga ada manfaatnya.

Wednesday, 21 September 2011

Gaharu terhasil dari teknik lubang udara - 2 bulan

Alhamdulillah... Akhirnya sempat juga saya mengemaskini gaharu terhasil dengan menggunakan teknik lubang udara. Pada awalnya saya menamakan teknik ini sebagai teknik lubang ulat. Rasanya teknik lubang udara adalah lebih sesuai diberi nama. Inokulan Gaharu Biotech merupakan mikrob yang membantu menghasilkan teras gaharu. Ianya merupakan sejenis hidupan dan memerlukan udara untuk terus aktif menganggu sistem dalaman pokok gaharu. Hasil tindakbalas pokok gaharu melawan serangan mikrob inilah maka teras gaharu mula membentuk. 



Lubang udara digerudi menggunakan mata gerudi yang kecil sahaja. Bagi memastikan hanya lubang udara yang terbentuk dan tidak dimasuki air, ianya digerudi sedikit menaik ke atas. Lubang yang digerudi ini tidak disuntik inokulan. Pokok gaharu ini telah disuntik Inokulan Gaharu Biotech 4 bulan yang lepas dan kemudiannya dibuat teknik lubang udara.


Setelah 2 bulan dibuat teknik lubang udara. Inilah hasilnya. Kesan jangkitan mula ketara.  Lubang udara ini tidak disuntik dengan Inokulan. Kesan suntikan 6 bulan sebelumnya menunjukkan mikrob masih aktif dan menyerang bahagian yang luka hasil dari teknik gerudi lubang udara.




Kulit disiat untuk melihat kesan jangkitan dengan lebih jelas. Hanya digerudi dengan mata gerudi yang kecil sahaja tanpa disuntik dengan inokulan. Tidak perlukan buluh atau paku. Hanya buat lubang udara sahaja sudah menghasilkan gaharu pada tempat tersebut. Bayangkan jika diolah dengan turutan lubang udara yang tertentu dan lebih banyak disekeliling pokok pastinya gaharu yang terhasil lebih banyak dan hampir menyamai gaharu yang terjadi secara alami. Insya Allah.

Apa yang dapat dikongsi disini adalah mikrob dari Inokulan Gaharu Biotech terus hidup dan sangat aktif menyerang pokok gaharu meskipun setelah 6 bulan berada didalam pokok gaharu. Hal ini sangat penting kerana sekiranya mikrob tidak aktif atau mati selepas disuntik, penghasilan gaharu juga akan berhenti. Pokok gaharu berhenti menghasilkan resin gaharu apabila tiada lagi gangguan. Gaharu akan terus terhasil selagi ada gangguan oleh mikrob. Bermakna semakin lama mikrob mengganggu sistem dalaman pokok gaharu, semakin banyak resin gaharu membentuk. Ditambah pula Inokulan Gaharu Biotech turut diisi dengan baja organik yang membantu pokok terus sihat bagi menghasilkan gaharu dengan lebih banyak dan berkualiti. Pokok yang sihat menghasilkan gaharu yang lebih banyak.

Semoga ada manfaatnya.

Monday, 5 September 2011

Gaharu mampat terhasil selepas 5 bulan inokulasi

5 Syawal 2011 jam 3.00 petang, saya tiga beradik, bapa saudara bersama seorang pakar runding imej dengan senyum girang bersiap untuk menebang pokok gaharu selepas 5 bulan inokulasi. Bukan imej saya hendak di runding tetapi imej Inokulan Gaharu Biotech. Melibatkan pembungkusan, pelabelan, logo, brosur dan macam macam lagi. Nama pun pakar runding. Tuan Zam namanya. Sama-sama kita nantikan imej Inokulan Gaharu Biotech yang pasti gah seperti hasil inokulasinya. Insya Allah. Perbincangan pada malam Ramadhan yang lalu dalam senyum menghayunkan langkah ke tapak projek inokulasi.


Spesis Aquilaria Agallocha.
Tingi 25 kaki.
Ukurlilit hanya 11 inci.
Tarikh inokulasi 17.04.2011.



Pokok gaharu yang bersaiz kecil adalah dikategorikan sebagai sangat sukar untuk menghasilkan teras gaharu. Pokok berukurlilit 11 inci boleh dikategorikan sebagai pokok pra matang. Andainya Inokulan yang digunakan mampu melepasi tahap sukar ini bermakna inokulan tersebut boleh termasuk dalam kategori antara inokulan yang terhebat. Pokok gaharu yang lebih besar pastinya menghasilkan teras gaharu yang kebih baik berbanding pokok gaharu pra matang ini.

Pokok gaharu di takik sedikit untuk melihat kesan inokulasi dari luar.



3 september 2011, saya membuat keputusan untuk membongkar hingga ke akar. Bermakna 5 bulan inokulasi mengunakan Inokulan Gaharu Biotech. Buummm... Lihatlah kulit pokok masih segar dan daun pokok gaharu masih segar bugar menghijau. Tiada tanda warna daun kekuningan. Pokok tidak memperlihatkan tanda sakit. Bermakna teras adalah mampat dan gaharu terhasil adalah pada tahap terbaik. Pokok gaharu yang sihat menghasilkan teras gaharu yang bagus lagi cantik.


Pokok gaharu di kerat untuk melihat teras gaharu. Menggunakan parang supaya lebih cantik dan licin hasil potongan kayunya. Kayu akan berbulu jika dipotong dengan gergaji. Tidak cantik untuk dipertontonkan.


Alhamdulillah..gembira sungguh saya melihat hasil gaharu yang cantik dan mampat. Tidak memburuk atau mereput di tengah-tengah. Gaharu terhasil pasti lebih berat dan mahal. Insya Allah.


Pada pertemuan saya dengan Tuan Jais dari Benta, Pahang sebelumnya beliau ada menyatakan kegusarannya. Khuatir mereput di tengah-tengah seperti inokulan lainnya. Tetapi tidak dengan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.




"Lihatlah pandanglah..tiru macam saya..."  itulah antara bait-bait lagu dari Allahyarham Saloma.


Pada pengiraan kasar saya, gaharu yang terhasil adalah +- 40% dari keseluruhan batang pokok. Lumayan...


Seperti biasa, gambar diambil dengan lebih dekat lagi. Kelihatan lingkaran hitam telah menandakan kawasannya. Teras kecoklatan akan semakin menghitam dan menebal mengikut masa.


Ini pokok gaharu spesis yang sama tetapi lebih besar. Pokok yang matang pastinya memberikan teras yang lebih tebal dan lebih cepat menghasilkan teras kehitaman. Ini pada usia inokulasi 4.5 bulan. Bagaimanakah agaknya teras didalamnya.  Hanya tinggal setahun setengah untuk di tebang dan melihat hasilnya.

Anda lihat anda percaya. Bertindaklah sekarang. Jangan tunggu sampai esok.. "Apakan daya..masa tak akan kembali..hancur musnahlah semuanya..."  antara bait-bait indah dari Allahyarham P.Ramlee yang sering berkumandang di bulan syawal.

Andainya kita gagal merancang, sebenarnya kita merancang untuk gagal. Rancanglah sebaiknya dan laksanakan...

Semoga ada manfatnya

Sunday, 21 August 2011

Hasil Dari Inokulan Gaharu Biotech 5.5 bulan


Pada 04.02.2011 pokok karas seperti gambar dibawah telah disuntik. Spesis Aquilaria Agallocha. Sengaja saya siat sedikit kulitnya untuk melihat kesan serapan Inokulan Gaharu Biotech.


4 lubang digerudi menggunakan teknik suntikan bawah ditambah dengan teknik spiral. Ada yang mengistilahkannya sebagai memusing menganan kerana ia di gerudi mengeliling pokok mengikut arah kanan.



Gambar diambil setelah 16 hari suntikan.. Kesan serapan Inokulan Gaharu Biotech ketara kelihatan.

Gambar diambil dari posisi bawah untuk melihat teras bakal terhasil secara jelasnya seperti gambar di atas. Ini juga pada usia 16 hari inokulasi.


Pokok ditakik untuk melihat kesan serapan pada seawal 16 hari inokulasi. Kesan kehitaman di tengah menandakan Inokulan Gaharu Biotech sedang melakukan kerja terbaiknya.


Gambar diambil pada 10.07.2011. Inilah hasil setelah 5.5 bulan inokulasi. Warna teras semakin menarik dan seperti kata sahabat gaharu saya di Sungai Lembing, apabila dibakar "berbau lega."

Beberapa perkara yang boleh dikongsi dari gambar di atas ialah:

1. Jangan terlalu awal menakik pokok karas untuk melihat kesannya kerana ia akan menganggu proses penghasilan resin gaharu.

2. Jumlah lubang gerudi seeloknya dalam bilangan ganjil iaitu 3, 5, 7, 9 lubang gerudi dibuat mengikut saiz pokok.

3. Teras gaharu bagi spesis Aquilaria Agallocha adalah agak kedalam berbanding spesis Aquilaria malaccensis yang hanya sedikit takikan sahaja sudah menyerlahkan gaharu. Teknik suntikan lubang udara adakah dicadangkan untuk menghasilkan gaharu secara optimum.

Mungkin ada yang menanyakan kenapa saya terlalu asyik menakik batang pokok dan tidak hanya di lubang gerudi sahaja. Sebenarnya matkamat saya adakah untuk menghasilkan teras gaharu bagi keseluruhan batang pokok dan tidak hanya di sekeliling lubang gerudi sahaja.



Wah..Warna kuning emas..

Semoga ada manfaatnya.

Saturday, 20 August 2011

Hasil Inokulan Gaharu Biotech - 59 hari

Pada kesempatan ini saya merakamkan kunjungan sahabat saya ke Lanchang untuk melihat sendiri bagaimana rupa pokok karas, teknik suntikan dan hasil teras dengan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech.


Suntikan menggunakan teknik suntikan bawah dibuat pada 25.05.2011. Spesis Aquilaria Malaccensis.


Inilah hasil setelah 1 bulan inokulasi.


Gambar di atas adalah pada usia inokulasi hanya 59 hari. Gambar dirakam pada 11.08.2011. Dalam bulan Ramadhan saya gagahkan diri untuk tidak menghampakan kunjungan sahabat gaharu dari Benta, Pahang untuk melihat sendiri teras terhasil dengan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Pokok karas ditakik untuk melihat teras yang terhasil. " kaya" itulah kata spontan yang terngiang ditelinga saya sebaik melihat teras gaharu yang terhasil. Bau wangi gaharu semerbak setelah dibakar. Saya hanya tertawa kecil kepenatan. 

Akhirnya pada petang itu, 44 liter Inokulan Gaharu Biotech bertukar tangan. Semoga Tuan Jais terus gigih mendidik anak bangsa tanpa lelah menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Semoga ada manfaatnya.

Sunday, 14 August 2011

Gaharu Terhasil Setelah 4 bulan Inokulasi

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah s.w.t. dengan rezeki yang dilimpahkan kepada hambaNya. Promosi Ramadhan semakin hampir berakhir. Unit tawaran semakin berkurang. Hanya timggal beberapa puluh liter sahaja lagi untuk ditawarkan kepada penggiat gaharu pada harga promosi Ramadhan iaitu RM150.00 sahaja berbanding harga sebelumnya RM200.00. 

Bagi menghormati dan menghargai penggiat gaharu yang datang dari jauh menggagahkan diri untuk datang ke Lanchang bagi mendapatkan sendiri Inokulan Gaharu Biotech. Juga puluhan liter yang telah dipos ke Utara Tanahair, Pantai Timur hinggalah ke Sabah dan Sarawak. Puasa bukanlah halangan kepada penggiat gaharu. Saya hanya menawarkan harga RM 150.00 seliter sehingga 31.08.2011 atau sehingga habis stok tawaran yang ada. Mengikut mana yang terdahulu. Stok tawaran hanya tinggal beberapa puluh liter sahaja lagi.

Saya merakamkan ucapan terima kasih saya kepada semua penggiat gaharu yang telah mendapatkan Inokulan Gaharu Biotech sepanjang bulan ramadhan ini dan berdoa semoga apa yang dihajatkan akan tercapai.


Inilah gaharu yang terhasil dengan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech setelah 4 bulan inokulasi. Hasil seni takikan dari Tuan Harun dan 2 orang anak buahnya.

Nantikan saya kemaskinikan hasil gaharu menggunakan Inokulan Gaharu Biotech setelah 5 bulan inokulasi ke atas pokok karas lain pada posting akan datang .

Semoga ada manfaatnya.

Thursday, 11 August 2011

Aquilaria Subintegra - Inokulasi selepas 35 hari

Alhamdulillah berkesempatan juga saya paparkan kesan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech ke atas pokok karas Spesis Subintegra dan Crassna. Sememangnya pokok karas yang kecil sangat sukar untuk memberikan tindakbalas yang memberangsangkan ke atas Inokulan atau inducer. Biasa terjadi inokulan atau inducer  yang disuntik tidak memberi kesan langsung ke atas pokok karas. Hatta disuntik sebanyak 2 kali pun masih tidak memberikan kesan. Yang pasti hanya membazirkan wang untuk membeli Inokulan sahaja dengan hasill yang tiada langsung.

Menariknya dengan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech dengan izin dan rahmatNya berjaya memberikan tindakbalas yang sangat positif walhal pokok karas spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna ini hanya berusia 3 tahun dan berukurlilit hanya 30 cm. Sekiranya pokok karas yang sebegini kecil mampu memberikan tindakbalas yang sangat positif, bermakna pokok karas spesis Aqilaria Subintegra dan Crassna yang lebih besar pasti memberikan hasil gaharu yang lebih banyak, pantas dan bermutu.



Inilah hasil inokulasi seawal 35 hari. Berukurlilit hanya 30 cm dan berusia 3 tahun. Disuntik pada 02.07.2011 dan gambar di ambil pada 06.08.2011.

Semoga ada manfaatnya.

Saturday, 6 August 2011

Inokulasi ke atas Aquilaria Subintegra

Saya bertemu dengan Tuan Abd Ghani di Lanchang, tempat inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech pada 03.04.2011. Tuan Abd Ghani datang dari Bandar Baru Sungai Buloh bersama 2 orang anak lelaki remajanya. Sememangnya saya kagum dengan beliau dan mengambil masa yang agak lama untuk merakamkan pertemuan beliau disini.  Persoalan yang dilontarkan kepada saya tidak dapat saya jawab sebaiknya sehinggalah hari kelmarin. Alhamdulillah pada hari ini saya mempunyai jawapan yang menggembirakan bagi soalannya. Tuan Abd Ghani sebelumnya ada menanyakan adakah Inokulan Gaharu Biotech mampu memberikan hasil teras bermutu ke atas pokok karas spesis Aquilaria Subintegra.

Syukur kepada Allah dengan izin dan rahmatNya pada 02.07.2011 saya telah bertemu dengan seorang sahabat yang telah mengusahakan tanaman gaharu spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna secara ladang di Sungai Lembing, Pahang. Usia pokok adalah 3 tahun. Pada tarikh tersebut saya telah menyuntik pokok karas beliau yang diusahakan bersama bapa saudaranya. 

Menariknya, pokok karas spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna yang diusahakan beliau bersama ini adalah berukurlilit 30 cm. Saya katakan menarik kerana pada pengalaman saya pokok karas yang berukurlilit sedemikian adalah agak sukar untuk menghasilkan teras gaharu. Sukar kerana batang pokoknya yang agak kecil menyukarkan untuk digerudi. Begitu juga dengan daya serapan Inokulan Gaharu Biotech. Pokok yang kecil berbeza daya serapannya berbanding dengan pokok gaharu yang lebih besar. Sukar kerana fizikal kayu spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna adalah berbeza dengan fizikal kayu Aquilaria Malaccensis dan Aquilaria Agallocha yang saya suntik ratusan pokok sebelumnya. Fizikal kayu spesis Aquilaria Malaccensis dan Aquilaria Agallocha adalah lebih lempung berbanding Aquilaria Subintegra dan Crassna yang lebih berkayu.

Pemerhatian saya sekembalinya kami dari ladang karas beliau pada pada pagi tadi mengilhamkan teknik suntikan yang berbeza perlu digunakan ke atas pokok spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna. Nantikan saya kemaskinikan teknik suntikan yang berbeza untuk spesis tersebut.





Inilah pokok karas spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna yang beukurlilit 30 cm dan berusia 3 tahun. Disuntik pada 02.07.2011. Insya Allah saya kemaskinikan kesan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech pada usia inokulasi 35 hari.

Persoalan yang sama juga dari YM Tengku Abdul Halim dari Kulai, Johor bakal terjawab. Saya sungguh gembira kerana persoalannya juga telah saya temui jawapan gembira pada hari ini. Beliau sungguh gigih dan berpandangan jauh dalam memajukan ekonomi muslim melayu. Banyak ilmu yang dikongsikan bersama saya pada pertemuan saya beberapa kali dengan beliau di Lanchang, Pahang.

Semoga ada manfaatnya.

Friday, 22 July 2011

Gaharu terhasil dari lubang ulat

Alhamdulillah. Dengan izin dan rahmatNya berkesempatan juga saya mengemaskini kesan teknik suntikan bawah menggunakan teknologi Inokulan Gaharu Biotech. Teknologi Inokulan Gaharu Biotech adalah penemuan satu teknologi menggunakan mikrob yang terpilih dan dibiakkan mengikut kaedah bioteknologi dan  ditambah dengan arahan-arahan tertentu untuk menyerang pokok karas bagi menghasilkan resin gaharu dengan pantas, banyak dan bergred tinggi hingga ke gred super. Matlamatnya adalah untuk menghasilkan gaharu yang bermutu sebaik gaharu alami. Iaitu gaharu bergred super yang terhasil dari tindakbalas secara alami di habitat asalnya. Secara alaminya ia terhasil akibat luka-luka tertentu yang diakibatkan oleh binatang atau panahan petir atau patah yang akhirnya dijangkiti microb tertentu sehingga menghasilkan gaharu bergred super. Disinilah letak pentingnya microb dalam membantu menhasilkan resin bergred super. Saya penuh berkeyakinan bahawa dengan menggunakan mikrob tertentu dan dibiakkan dengan kaedah tertentu dan disuntik ke dalam pokok karas dengan teknik suntikan tertentu akan berjaya menghasil gaharu bergred super sepertimana terhasilnya gaharu bergred super secara alami.


Gambar di atas adalah kesan tebukan lubang oleh ulat. Lubang tersebut tidak di isi sebarang inokulan. Inokulasi telah dibuat menggunakan teknik suntikan bawah. Inokulan Gaharu Biotech telah disuntik pada pokok karas ini kira-kira 3 bulan yang lepas.



Kesan tebukan ulat tersebut ditakik untuk melihat sejauh manakah merebaknya serangan Inokulan Gaharu Biotech.



Lihatlah kesan serangan Inokulan Gaharu Biotech. Hanya dengan satu lubang kecil sahaja telah menghasilkan gaharu sepanjang sejengkal iaitu 7 inci panjang. Apa yang dapat saya pelajari dari pengalaman ini adalah penemuan teknik lubang ulat (sebelumnya saya namakan lubang udara). Sekiranya diolah dengan baik jarak dan teknik tebukan menggunakan mata bor yang kecil iaitu hanya sebesar lubang tebukan ulat , saya berkeyakinan penuh ianya akan menghasilkan teras gaharu yang begred tinggi, padat dan banyak bahkan hingga keseluruhan batang, akar dan ranting. Insya Allah. Nantikan saya kemaskinikan teknik lubang ulat dengan jarak tebukan tertentu pada posting akan datang. 

Ada yang bertanya kepada saya bagaimana dengan hanya menebuk lubang kecil tanpa disuntik inokulan pada lubang tersebut akan menghasilkan gaharu sepanjang sejengkal. Ajaibnya. Mudah sahaja jawapannya. Dengan menggunakan teknik suntikan bawah, microb dari Inokulan Gaharu Biotech merebak dari akar hingga ke ranting. Bermakna keseluruhan pokok diresapi oleh microb. Inokulan Gaharu Biotech adalah menggunakan microb iaitu sejenis hidupan. Hidupan memerlukan udara untuk terus hidup gagah. Microb yang ada dalam Inokulan Gaharu Biotech dengan arahan-arahan tertentu akan menyerang dengan ganas tempat yang luka dahulu. Ditambah dengan adanya lubang udara yang membantu microb ini terus hidup dan meyerang tanpa henti lantas terhasil gaharu yag bergred tinggi.

Apabila saya mengatakan microb yang ada di dalam Inokulan Gaharu Biotech diberi arahan-arahan tertentu untuk menyerang dengan ganas untuk menghasilkan gaharu yang begred tinggi dengan pantas dan banyak, sesungguhnya saya bermaksud begitu. Insya Allah dalam posting seterusnya akan saya rungkaikan sebaiknya.

Semoga ada manfaatnya.

Friday, 15 July 2011

Aquilaria Agallocha - Gaharu terhasil dari lubang ulat

Fenomena ulat menebuk batang pokok karas adalah suatu yang lumrah bagi penggiat gaharu. Gaharu bakal terhasil dari kesan tebukan ulat tersebut tetapi memakan masa yang sungguh lama untuk menghasilkan gaharu yang bergred baik.


Sekarang, dengan adanya teknologi Inokulan Gaharu Biotech kesan tebukan lubang yang dibuat oleh ulat terbukti menghasilkan gaharu dengan cepat, banyak dan bergred bagus. Gambar di atas adalah hasil gaharu yang terhasil di ranting pokok karas. Usia inokulasi baharu 4.5 bulan tetapi telah menjalar hingga ke ranting dan menyerang kesan tebukan ulat.

Lihatlah kesan serangan fungus dari teknologi Inokulan Gaharu Biotech yang terbukti menghasilkan gaharu pada tempat luka yang dibuat oleh ulat. Ianya terhasil hingga ke ranting padahal teknologi Inokulan Gaharu Biotech hanya menggunakan teknik suntikan dibawah sahaja.


Kulit pokok karas disiat untuk melihat kesan serangan fungus oleh teknologi Inokulan Gaharu Biotech dari luar. Ketara kesan kehitaman di bahagian luar hasil dari 3 tebukan ulat. Apabila dibakar semerbak bau gaharu menandakan gaharu telah mula terhasil hingga ke ranting.



Ini adalah pokok yang lain . Spesis Aquilaria agallocha. Lubang yang dibuat oleh ulat pada paras 8 kaki.



Kulit di siat untuk melihat kesan serangan Fungus dari teknologi Inokulan Gaharu Biotech. Inilah hasil dari teknologi Inokulan Gaharu Biotech pada usia inokulasi 2 bulan.


Batang pokok karas ditakik sedikit oleh Tuan Harun untuk melihat lebih jelas kesan serangan fungus dari teknologi Inokulan Gaharu Biotech. " Ini boleh jadi gred super ni " masih saya ingat katanya tempohari.     Sedikit sahaja ditakiknya. Sayang katanya. Saya tersenyum akur. Dari sinilah timbul idea untuk menambah baik teknik suntikan bawah dengan menambah Teknik Lubang Ulat. Nantikan dalam posting lainnya untuk saya tunjukkan teknik Suntikan Lubang Ulat dengan turutan lubang yang tertentu untuk memaksimakan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech seterusnya mendapatkan hasil yang maksima. Yang penting ianya mudah dan murah tetapi hasilnya sangat menakjubkan. Insya Allah. Nantikan saya kemaskini kesan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech hasil dari tebukan ulat setelah usia inokulasi 4.5 bulan. Gaharu sepanjang sejengkal atau 6 inci terhasil hanya dengan satu lubang tebukan ulat.


Hasil gaharu menggunakan teknologi Inokulan Gaharu Biotech selama 22 hari. Gambar diambil pada 22.05.2011


Gambar didekatkan lagi untuk melihat dengan lebih jelas. Tidak terdapat tanda xylem mati. Bermakna gaharu terhasil adalah padat. Warna gaharu yang kecoklatan akan semakin lama semakin menghitam. Hanya 22 hari sudah menghasilkan warna gaharu yang cantik.



Inilah teknik suntikan bawah. Sungguh mudah, murah dan cepat tetapi menghasilkan gaharu yang menakjubkan. Suntikan dibuat pada 01.05.2011.

Semoga ada manfaatnya.

Tuesday, 12 July 2011

Aquilaria Agallocha - Gaharu terhasil dari teknik pantakan paku

Pada posting sebelumnya saya ada menceritakan perihal teknik pantakan paku. Dengan menggunakan teknik suntikan bawah dan ditambah dengan teknik pantakan paku, pada pengamatan saya bakal menghasilkan teras gaharu secara mampat dan banyak hingga keseluruhan batang pokok.


Pokok di pantak dengan paku. Saiz paku adalah mengikut  saiz batang pokok. Seeloknya menggunakan paku yang tidak berkarat seperti paku simen misalnya.


Gaharu terhasil dari kesan pantakan paku pada usia inokulasi 3 bulan lebih menggunakan Inokulan Gaharu Biotech


Gambar diambil pada jarak yang lebih dekat. Ketara kesan jangkitan fungus dari Inokulan Gaharu Biotech pada kesan pantakan paku. Pada tempat tersebut tidak diisi inokulan. Hanya dipantak paku untuk menggantung botol menggunakan teknik suntikan bawah. Inokulan Gaharu Biotech menyerang tempat yang lemah atau sakit dahulu dan menghasilkan gaharu pada tempat luka atau lemah tersebut seterusnya menyerang tempat yang lain secara ganas. Sekiranya teknik pantakan paku ini di olah dengan teknik turutan pantakan paku tertentu, saya penuh yakin akan mendapat gaharu yang lebih banyak, mampat dan berat.

Sungguhpun teknik pantakan paku ini nampak begitu mengujakan. Sesungguhnya ada teknik yang lebih mengujakan dari teknik pantakan paku ini. Ianya dinamakan Teknik Lubang Udara. Teknik yang lebih mudah, cepat, menghasilkan gaharu yang lebih banyak dan merebak luas. Nantikan posting seterusnya. Insya Allah.

Semoga ada manfaatnya.

Aquilaria Agallocha - Gaharu Terhasil Hingga Ke Ranting

Sehari selepas perhimpunan BERSIH pada tanggal 09.07.2011, Tuan Harun dari kajang telah berkesempatan menjengah saya ditemani dua orang anak buahnya. Pada kesempatan itu kami bersama sama menjejak kesan Inokulan Gaharu Biotech yang disuntik ke dalam pokok spesis Aquilaria Agallocha. Sebelumnya saya pernah ditanya oleh seorang sahabat FB dari India yang menanyakan adakah Inokulan Gaharu Biotech memberikan kesan yang sama ke atas pokok Spesis A. Agallocha sepertimana cantiknya pembentukan teras ke atas pokok karas spesis A. Malaccensis. Alhamdulillah pada kali ini sempat saya berkongsi kejayaan bergambar, gaharu yang terhasil menggunakan Inokulan Gaharu Biotech ke atas spesis Aquilaria Agallocha yang cukup terkenal di India. Daunnya lebih lebar dan besar berbanding daun A. Malaccensis. Boleh melihat gambar daunnya dalam posting saya sebelumnya.


Tuan Harun menampakkan kehandalannya memanjat pokok karas pada paras 15 kaki untuk menjejak kemana perginya Inokulan Gaharu Biotech yang disuntik pada paras 1 kaki dari tanah. Adakah ianya melepasi hingga ke pucuk. Sememangnya ia sampai ke pucuk . Cuma pada posting ini cukup untuk pembuktian bergambar pada paras 15 kaki tingginya. Paras yang lebih tinggi akan dibongkar pada posting seterusnya. Nantikanlah.

Kedua dua pokok tersebut adalah spesis yang sama. Lihat perbezaa bentuk cabang.  Ada bonggol bulat dipangkal cabang dan bentuk cabangnya seperti cabang pokok manggis yang tumbuh secara bertentangan dan rata.



Kesan kehitaman pada tengah ranting yang dihujung sekali. Hanya sebesar jari rantingnya.



Seterusnya dibelah untuk melihat kesan serapan Inokulan Gaharu Biotech. Warna kecoklatan menandakan gaharu sedang membentuk.


Ini ranting yang lainnya untuk dikongsi bersama.


Dibelah untuk melihat empulurnya. Terserlah kesan kecoklatan yang menandakan gaharu bakal terhasil hingga ke ranting.


Inilah gaharu terhasil pada usia 4.5 bulan  bagi spesis aquilaria agallocha. Rupa batang pokok agak berlainan dari spesis malaccensis. Berbintik bintik kulitnya. Insya Allah pada Posting akan datang saya tunjukkan gambar batang pokoknya dengan lebih jelas bersama teknik paku dan teknik lubang udara.

Semoga ada manfaatnya.