Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Sunday, 21 August 2011

Hasil Dari Inokulan Gaharu Biotech 5.5 bulan


Pada 04.02.2011 pokok karas seperti gambar dibawah telah disuntik. Spesis Aquilaria Agallocha. Sengaja saya siat sedikit kulitnya untuk melihat kesan serapan Inokulan Gaharu Biotech.


4 lubang digerudi menggunakan teknik suntikan bawah ditambah dengan teknik spiral. Ada yang mengistilahkannya sebagai memusing menganan kerana ia di gerudi mengeliling pokok mengikut arah kanan.



Gambar diambil setelah 16 hari suntikan.. Kesan serapan Inokulan Gaharu Biotech ketara kelihatan.

Gambar diambil dari posisi bawah untuk melihat teras bakal terhasil secara jelasnya seperti gambar di atas. Ini juga pada usia 16 hari inokulasi.


Pokok ditakik untuk melihat kesan serapan pada seawal 16 hari inokulasi. Kesan kehitaman di tengah menandakan Inokulan Gaharu Biotech sedang melakukan kerja terbaiknya.


Gambar diambil pada 10.07.2011. Inilah hasil setelah 5.5 bulan inokulasi. Warna teras semakin menarik dan seperti kata sahabat gaharu saya di Sungai Lembing, apabila dibakar "berbau lega."

Beberapa perkara yang boleh dikongsi dari gambar di atas ialah:

1. Jangan terlalu awal menakik pokok karas untuk melihat kesannya kerana ia akan menganggu proses penghasilan resin gaharu.

2. Jumlah lubang gerudi seeloknya dalam bilangan ganjil iaitu 3, 5, 7, 9 lubang gerudi dibuat mengikut saiz pokok.

3. Teras gaharu bagi spesis Aquilaria Agallocha adalah agak kedalam berbanding spesis Aquilaria malaccensis yang hanya sedikit takikan sahaja sudah menyerlahkan gaharu. Teknik suntikan lubang udara adakah dicadangkan untuk menghasilkan gaharu secara optimum.

Mungkin ada yang menanyakan kenapa saya terlalu asyik menakik batang pokok dan tidak hanya di lubang gerudi sahaja. Sebenarnya matkamat saya adakah untuk menghasilkan teras gaharu bagi keseluruhan batang pokok dan tidak hanya di sekeliling lubang gerudi sahaja.



Wah..Warna kuning emas..

Semoga ada manfaatnya.

No comments:

Post a Comment