Aquilaria hirta (candan) merupakan spesis gaharu terbaik. Ia merupakan spesis pohon/pokok gaharu yang tumbuh dikepulauan melayu khasnya Malaysia dan Indonesia. Ia menghasilkan gaharu/resin yang lebih bermutu dan jauh lebih mahal dari aquilaria malaccencis. Ianya semakin sukar diperolehi kerana tumbuh di tempat tempat tertentu sahaja dan tidak seperti aquilaria malaccencis yang tidak sesukar candan untuk ditemui. Saiz batang pokok candan adalah lebih kecil berbanding aquilaria malaccensis. Saya mencari di merata tempat di pahang untuk mencari pohon/pokok candan ini dan setelah berbulan bulan mencarinya, Alhamdulillah akhirnya pada julai 2009 saya menemui orang asli di Daerah Rompin, Pahang bagi bagi membantu saya mendapatkan anak pokok candan ini. Daun pokok candan ini adalah berbulu dibahagian bawahnya dan bentuk daunnya adalah lebih lebar berbanding aquilaria malaccencis. Menurut sahabat saya orang asli tersebut yang lebih mesra dipanggil Abang Wahab, terdapat 3 jenis candan yang diketahuinya iaitu candan padi, candan gajah dan candan gunung. Dari segi penjagaannya anak pokok candan adalah mudah ditanam sepertimana anak pokok gaharu yang lain seperti aquilaria subintegra, aquilaria crassna dan aquilaria malaccencis Pokok candan ini cepat bertindak balas terhadap kepanasan cuaca sekitarnya. Berdasarkan pengalaman saya dalam menjaga anak pokok candan ini, tanah dalam polibeg perlu sentiasa basah dan diletakkan ditempat yang redup bagi permulaan sebaik diambil dari hutan untuk membantu pertumbuhannya dengan lebih baik. Penanaman anak pokok candan sebaiknya ditanam pada sebelah petang bagi mengelakkan anak pokok candan dari melecur dan sebaiknya ditanam dalam di musim hujan bagi peminat candan gajah yang ingin menanam tetapi tidak dapat menumpukan sepenuh masa terhadap pokok candan ini lantaran kesibukan kerja. Sungguhpun begitu menanam pokok candan (aquilaria hirta) ini adalah sangat berbaloi kerana harga yang jauh lebih tinggi dari gaharu malaccencis kerana ianya adalah spesis terbaik gaharu. Dihikayatkan bahawa Nabi Adam Alaihissalam hanya dibenarkan membawa bersama sepotong dahan pohon gaharu dari syurga ketika baginda dicampakkan ke dunia dan dahan pohon gaharu kebarangkalian besarnya adalah spesis aquilaria hirta (candan) spesis gaharu terbaik. Sesiapa yang berminat mendapatkan anak pokok candan boleh hubungi saya . Harga adalah RM15.00 sahaja sepokok. Tinggi adalah 1.5 kaki keatas..
Sebelumnya saya telah berurusan dengan orang asli di Kuala Lipis bagi mendapatkan candan gunung. Masih belum rezeki saya lagi mendapat candan gunung . Menurut sahabat orang asli saya yang lebih selesa dipanggil Sena, untuk pergi ke tempat yang ada pokok candan gunung itupun sungguh sukar dan payah. Menurutnya, candan gunung hanya terdapat di sempadan Pahang, Perak dan Selangor dan juga terdapat sedikit di Cameron Highland. Sena pun terkejut apabila saya bertanyakan pokok candan dan meluahkan rasa hairannya macamana orang melayu seperti saya pun tahu kewujudan pokok candan gunung. Pokok candan gunung ini tumbuh dilereng gunung dan sangat perlu berhati hati untuk mendapatkannya. Perihal yang mengkagumkan saya mengenai pokok candan gunung ini adalah apabila Sena menceritakan bahawa sekiranya terdapat pokok candan gunung disekitar itu bermakna pokok gaharu tidak tumbuh disekitarnya dalam lingkungan 15KM. Bermakna sekiranya ada ditemui pokok gaharu, pasti candan gunung tidak ada di kawasan berhampiran. Diceritakannya lagi tanda tanda adanya pokok candan gunung itu adalah antaranya boleh dijumpai pohon buluh perindu di sekitarnya, bermakna pasti ada binatang buas disitu dan perkara ini agak mengerunkan Sena. Bagi tujuan mengambil anak pokok sahaja saya dimaklumkan Sena terpaksa bermalam dihutan selama 3 malam untuk mengambilnya dan membawa balik lantaran jauhnya tempat tumbuhnya pokok candan gunung tersebut yang pastinya tiada penempatan orang asli berhampiran tempat tumbuhnya pokok candan gunung tersebut. Memaksa persiapan yang cukup rapi dari segi mental dan fizikal serta sedikit upacara spriritual mesti dibuat hanya untuk mendapatkan pokok candan gunung tersebut. Memandangkan sukarnya untuk mendapatkan pokok candan gunung tersebut bersesuaian dengan sangat mahal harganya iaitu mencecah RM 1 juta untuk sekilogram saya menumpukan untuk mendapatkan candan gajah dahulu,
salam,
ReplyDeleteada kemungkinan candan gunung susah nak hidup selesa d kawasan tanah datar?? dan cuma bolih hidup subur d topography banjaran gunung saperti Banjaran Titiwangsa dan tanah tinggi?? .. wallahualam .. apa pun kena cuba dulu sebelum membuat keputusan, yang cuma saya agak2 saja ..
.. jika dapat baka candan gunung, bolih d usahakan bembiakan melalui tissue culture, jika sesuai, ...
malik
Wasalam,
ReplyDeleteMaaf sebab mengambil masa yang lama untuk memberikan maklumbalas. Beberapa perkara perlu saya selesaikan sebelum meneruskan langkah bertemu candan gunung. Walau apa pun saya bersetuju dengan lontaran idea dari tuan yang bagi saya idea pelik bernas. Insya Allah saya usahakan kemudiannya.
ada yang bilang, species terbaik adalah a subintegra, bagaimana pendapat anda ? tq
ReplyDeleteTerima kasih atas pertanyaan saudara. Insya Allah saya jawab dalam post berikutnya.
ReplyDeleteAde benar mitos tentang Candan Gunung tu Cik Jamar, seram bulu... Sy punye 100 btg, dalam rupe Stump, sy masuk polybag, diteduhkan, disirap tiap ari...dah hampir sebulan...belum nampak tunas pun...tapi batang masih segar, kalau kulitnye dikorek masih hijau. Berape lame lagi nak tunggu tande2 kehidupannye..?
ReplyDeletenak beli nk buat macammana?
ReplyDeleteAssalamualaikum ...
ReplyDeleteTuan
Boleh was up saya
0162397706
Saya dah tanam subintegra dan malacensis. Utk mempwlbagaikan koleksi, saya ingin membeli anak pokok candan pula. Bgmana caranya.
ReplyDeleteNk cr candan gunung,sila dtg ke Gunung Rabong,Gua Musang.
ReplyDeleteGunung Rabong,G.Musang byk terdpt spesis candan gunung
ReplyDelete