Andai teras hitam beraroma gaharu yang di cari-cari. Mungkin di sini destinasinya.
Teras gaharu berwarna kehitaman selepas 10 bulan Inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Sungguh harum semerbak apabila dibakar.Spesis : Aquilaria Agallocha (spesis tempatan)
Ukurlilit : 17 Inci
Usia inokulasi : 10 bulan
Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech
06.02.2012 saya gagahkan untuk melihat hasil teras selepas 10 bulan inokulasi. Agak kepenatan pada awalnya. Pokok karas ditakik sedikit untuk melihat kesan tindakbalas selepas 10 bulan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Setelah berpuashati dengan warna, kepekatan, ketebalan dan bau pada kesan takikan. Sah inilah pokok yang bakal ditumbangkan untuk ke sekian kalinya. Nampaknya tahun 2012 adalah tahun menumbangkan pokok gaharu. Tahun 2013 adalah bakal menjadi tahun menuai hasil gaharu. Insya Allah...
Posing dulu sebelum pokok gaharu ditumbangkan. Rupanya sudah 10 bulan botol tergantung disitu. Moga-moga tiada air hujan yang masuk. Air hujan yang masuk memungkinkan teras gaharu sedikit mereput.
Memulakan kerja menggali tanah di sekeliling pokok dan memutuskan akar pokok menggunakan sebatang penggali.
Hampir separuh siap.
Alhamdulillah. Pokok karas berjaya ditumbangkan. Teras terhasil hingga 6 kaki dari tanah. Menggunakan teknik suntikan bawah. Jika mahu lebih tinggi terasnya, suntiklah lebih tinggi.
Pokok karas di potong pada paras 5 kaki untuk memudahkan dimuat dalam kereta. Inilah kesan takikan tersebut. Hilang penat melihat hasilnya. Berbaloi sungguh. Alhamdulillah...
Gambar pertama di ambil setelah dipotong 2 pada paras 5 kaki.
Gambar terakhir sebelum diangkut pulang. Dapatkan segera Inokulan Gaharu Biotech sebelum kehabisan. Apa yang saya boleh saya janjikan adalah hasil kehitaman sama seperti dalam gambar setelah 10 bulan inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Teras adalah lebih besar pada bahagian bawah pokok bergantung teknik suntikan. Haruman sewangi gaharu. Insya Allah.
Semoga ada manfaatnya.
Alhamdulillah..
ReplyDeleteSemoga tuan juga terus maju dan berjaya..
Deleteadakah teras di dalamnya mereput tuan??
ReplyDeleteAlhamdulillah..tidak mereput tuan..
DeleteTerima kasih
This comment has been removed by a blog administrator.
DeleteRUMAH SAKIT ISLAM SAKINAH MOJOKERTO
ReplyDeleteJalan RA Basuni 12 Sooko
Kabupaten Mojokerto
Jawa Timur indonesia
Phone: (0321) 321922, 326991, 329669. Sms:085648280307
Fax: (0321) 329670
Email: rsisakinah@telkom.net
Berapa liter pakai tuan klu pokok sebesar ni..
ReplyDeleteFormula pengiraan adalah seperti berikut:
Deletehttp://gaharucandanku.blogspot.com/search/label/Formula%20Inokulasi
Bagaimana agaknya kelihatan teras 10 bln yang telah siap dicuci...? Sy jg menghasilkan inokulan utk kegunaan sendiri shj dgn berpandukan kesan inokulasi tuan...
ReplyDeleteSaya ada muatnaik hasil yang lebih baik dari ini. 1 tahun inokulasi. Semoga ada manfaatnya.
DeleteSaya ada muatnaik gambar 1 tahun inokulasi menggunakan IGB 711. Hasilnya jauh lebih baik.
Deletepokok gaharu yang sudah ditebang menghasil gaharu grade berapa. apakah sudah ada petani yang menjual hasil pokok yang sudah di infus dengan inkolan biotech
ReplyDeleteAda kelapangan nanti saya tunjukkan grade dan harga hasil infus inokulan gaharu biotech. Insya Allah
Deletesemoga tambah barokah bila berkunjung ke riau mapir ke rumah saya di kab kampar
ReplyDeleteMudah mudahan kita bertemu. Insya Allah
DeleteAssalamualaikum tuan.. Spesis apa yg sesuai untuk inokulan biotech ni tuan?
ReplyDeleteWasalam tuan. Spesis A. Malaccensis , Subintegra, Crassna, Hirta, Beccariana, Sinensis. Semua spesis ini telah diuji dan terbukti.
DeleteBerapa harga inokulan gaharu produk Bapak,harga dalam rupiah..
ReplyDeleteSalam
gede.ambara@kpc.co.id
700 000 rupiah pak.
Deletetahniah inokolan yg terhasil mampu membawa hasil lumayan kepada penanam karas
ReplyDeleteSemoga dapat dimanfaatkan.
Deletesaya ada sepohon karas yg lilitannya 30 inci,tinggi pokok sehingga anggaran 80 kaki berapa kos agaknya inokolan yg mencukupi>>>>asiaagroland@gmail.com
ReplyDeleteAnggaran dalam 3 liter tuan.
Delete