Ramai kedengaran penanam pokok karas telah mula menebang pokok karas milik mereka. Ada yag beralasan setelah belasan tahun menanam tetapi tiada hasil langsung yang diperolehi sepanjang tempoh tersebut. Agak kecewa dengan hasil yang diangankan tetapi tetap tidak kesampaian setelah belasan tahun menunggu. Akhirnya mula nekad menebang pokok karas yang telah ditanam belasan tahun.
APAKAH INI KEPUTUSAN YANG TEPAT?
Berbelas tahun pokok karas ditanam tetapi hanya hanya mengambil masa tidak sampai sepuluh minit untuk menebangnya.
Pokok karas mesti disuntik dengan inokulum bagi menghasilkan gaharu. Tanpa suntikan inokulum, pokok karas yang ditanam hampir mustahil menghasilkan gaharu.
Pokok karas yang tidak menghasilkan gaharu, tidak laku dipasaran. Tidak ada yang mahu membelinya. Pembeli mahu gaharu dan bukannya pokok karas.
Jika ada yang membeli pokok karas, biasanya pembeli tersebut akan membuat suntikan Inokulum bagi menghasilkan gaharu.
Apabila pokok karas menghasilkan gaharu, baharulah ada pembeli.
JADI APA YANG PERLU DIBUAT
Suntiklah pokok karas anda dengan inokulum bagi menghsilkan teras gaharu yang berkualiti. Ters gaharu yang berkualiti akan mudah dijual.
Jika anda adalah pembeli teras gaharu, anda mahu membeli teras yang mana? Teras gaharu yang berkualiti tinggi atau teras gaharu yang rendah kualitinya.
Anda telah banyak mengeluarkan wang untuk menanam dan menjaga pokok karas berbelas tahun. Sekarang sampai masanya anda mengeluarkan sedikit wang untuk menyuntik pokok karas anda bagi menhasilkan teras gaharu.
Ada Gaharu Ada Pembeli. Insya Allah
Semoga ada manfaatnya