Gambar di atas diambil pada 02.05.2010. Kesan takikan parang yang pada asalnya untuk menghasilkan resin gaharu. Jelas kesan semut membuat sarang di dalam batang pokok karas tersebut.
Pada 15.01.2011 saya pergi semula untuk melakukan suntikan. Pokok karas telah hampir pulih dari kecederaan dalam tempoh tidak sampai 8 bulan.
|
Inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech |
Pokok karas kemudiannya disuntik pada 15.01.2011 menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.
|
Inokulan Gaharu Biotech - 35 hari |
Saya kembali semula pada 22.02.2011 iaitu setelah 35 hari suntikan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Jika dilihat dari luar seolah olah tiada apa apa yang menarik boleh dijangkakan.
Jelas kelihatan semut masih terus damai meneruskan kehidupan di dalam batang pokok karas tersebut. Suntikan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech tidak mengganggu koloni semut melakukan tugas harian. Bermakna Inokulan Gaharu Biotech tidak menggunakan bahan kimia yang beracun atau merbahaya.
|
Inokulan Gaharu Biotech - 35 hari |
Pokok ditakik untuk melihat kesan tindakbalas suntikan Inokulan Gaharu Biotech pada usia inokulasi 35 hari. Teras kecoklatan ketara menyembul keluar dari batang pokok karas yang disuntik,
|
Inokulan Gaharu Biotech - 35 hari |
Gambar difokuskan lagi untuk melihat dengan lebih jelas. Teras kecoklatan telah mula terbentuk . Agaknya gred apakah yang bakal terbentuk setelah genap usia inokulasi 2 tahun menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Mungkin sahabat boleh memberikan jawapannya.
Semoga ada manfaatnya.