Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Monday, 30 May 2011

Gaharu Terhasil Hingga Ke Akar

Pada Mei 2010 saya telah melakukan suntikan ke atas beberapa batang pokok karas menggunakan teknik suntikan di pangkal pokok. Pokok karas di gambar adalah berukurlilit 38 inci telah disuntik menggunakan vaksin keluaran tempatan. Bermakna pada tarikh ini genap 1 tahun inokulasi menggunakan teknik suntikan di pangkal pokok. Sebanyak 4 lubang di pangkal pokok dibuat pada masa itu dan disuntik menggunakan vaksin  keluaran tempatan . Saya tidak mahu memperincikan mengenai hasil suntikan menggunakan vaksin keluaran tempatan tersebut. Apa yang menarik minat saya untuk dikongsi pada kali ini adalah dengan menggunakan teknik suntikan di pangkal pokok, teras gaharu boleh terhasil dengan izinNya hingga ke akar pokok karas. Bagi saya ianya sangat menarik untuk dimanfaatkan bersama kerana teras gaharu bukan hanya terhasil hingga ke dahan tetapi juga hingga ke akar. Dengan menggunakan teknik suntikan yang mudah, teras gaharu boleh terhasil bukan sahaja sampai ke dahan-dahan tetapi juga hingga ke akar pokok karas. Pastinya gaharu bergred tinggi bakal terhasil andainya menggunakan inokukan yang tepat.



Ukurlilt pokok adalah lebih kurang 38 inci. Disuntik menggunakan teknik suntikan pangkal pokok. Genap 1 tahun usia Inokulasi menggunakan vaksin keluaran tempatan.



Bahagian akar digali untuk memudahkan kerja menggerudi bagi melihat kesan serapan vaksin hingga ke akar pokok.

video

Akar pokok digerudi pada jarak lebih kurang 2 kaki dari pangkal pokok. Tujuannya adalah untuk menganggar sejauh mana vaksin diserap oleh akar. Dapat dilihat kesan tindakbalas vaksin hingga ke akar melalui warna kehitaman dari tempat yang digerudi.

Inilah hasil yang dikumpul dari kerja menggerudi tadi. Jelas akar telah mempunyai teras gaharu yang kehitaman.

video

Lubang ke 2 seterusnya digerudi pada anggaran jarak 1 kaki dari pangkal pokok.



Teras kehitaman jelas lagi ketara. Pasti teras yang terhasil bergred tinggi andai menggunakan inokulan yang tepat.

  video

Lubang ke 3 digerudi di pangkal pokok. Kesan kehitaman hasil dari vaksin menandakan di pangkal pokok tersebut padat dengan teras kehitaman hasil dari vaksin yang disuntik menggunakan teknik suntikan di pangkal pokok. Sebanyak 3 lubang dibuat bagi memudahkan perbandingan dan pada pengiraan saya kesan vaksin sudah pun memenuhi keseluruhan akar pokok pada usia inokulasi 1 tahun.


Kesan vaksin yang terhasil di pangkal pokok. Teras kehitaman telah terbentuk.



Hasil yang dikumpul dan diasingkan kepada 3 bahagian untuk memudahkan anggaran pengiraan hasil yang bakal diperolehi.

Mungkin setelah melihat hasil dari teknik suntikan di pangkal pokok ini orang akan mengatakan tepuk dada tanya selera. Tetapi saya lebih suka mengatakan lihatlah, renunglah dan bertindaklah. Tindakan yang kita buat pada hari ini akan memberi petunjuk di mana kita pada masa akan datang.

Semoga ada manfaatnya.

Thursday, 26 May 2011

Pilihlah Yang Termudah


Suatu petang ketika saya membeli barang keperluan anak, terpandang saya pada suratkhabar I Luv Islam terbitan Kumpulan Karangkraf  bil: 61 yang memberikan paparan berikut::

Daripada Aisyah r.a., katanya.

" Tidak pernah sama sekali Rasulullah SAW itu diberi
pemilihan antara dua macam perkara, melainkan
Baginda SAW tentu mengambil (memilih) yang termudah
antara keduanya itu, asalkan yang dianggapnya termudah
ini bukanlah merupakan suatu hal yang dosa."

"Jikalau hal itu berupa suatu dosa, maka Baginda SAW
adalah sejauh-jauh manusia daripadanya. Rasulullah SAW
juga tidak pernah
sama sekali membalas sesuatu yang ditujukan
kepada diri peribadinya, melainkan jikalau
kehormatan Allah itu dilanggar,
maka beliau SAW pasti membalasnya
semata-mata kerana mengharapkan
keredaan Allah belaka."


Saya tertarik pada satu karya tulis oleh Anwar Astuti Sari Dewi seperti link dibawah. Beliau sejelasnya menerangkan bagaimana air dibawa melalui pembuluh xilem dari sistem perakaran hingga ke daun. Teori bagaimana air diangkut ke daun diperincikan misalnya teori vital, teori tekanan akar, teori kekuatan fisika (transpirasi dan kohesi), teori kapiler dan teori tekanan atmosfer.


Mungkin teori-teori tersebut dapat membantu kita memahami bagaimana dengan hanya membuat beberapa lubang di pangkal pokok untuk tujuan inokulasi dan hasil terasnya dapat diperolehi hingga ke dahan pokok dan yang hebatnya teras juga dapat dihasilkan hingga ke akar pokok. Bermakna pokok menghasilkan teras gaharu pada tahap yang sungguh-sungguh berbaloi.

Bagi penerangan lebih lanjut mengenai Mekanisme Air Pada Tumbuhan boleh klik di link dibawah.

Semoga ada manfaatnya.




http://earlmate.files.wordpress.com/2008/06/mekanisme-air-pada-tumbuhan1.pdf


Wednesday, 25 May 2011

Inokulasi Pokok Karas 100 Kaki Tinggi


Saya menerima beberapa pertanyaan berkenaan keberkesanan Inokulan Gaharu Biotech ke atas pokok gaharu liar yang bersaiz besar. Ini adalah pokok spesis Aquilaria Malaccencis berketinggian 100 kaki. Uniknya pokok gaharu ini ialah ianya berkembar dengan ukurlilit yang sama dan ketinggian yang sama. Saya mengambil gambar dari jarak yang agak jauh. Sungguhpun begitu saya masih tidak dapat mengambil gambar pokok tersebut secara jelas dan penuh. Pokok disuntik pada 03.04.2011 menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.



Pokok karas berkembar dua. Bukan rumah sahaja berkembar dua rupanya.


Ini gambar terbaik saya untuk menampakkan pucuk pokok karas. Oleh kerana terlalu tinggi, setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan.


video


Pokok karas seterusnya digerudi menggunakan mata bor berukuran 16 Inci panjang. Mata bor terpanjang yang dapat saya perolehi dari pembekal bagi saiz 5/8. Deruman enjin mesin drill membayangkan tiada masalah langsung untuk menggerudi pokok karas pada kedalaman melebihi 1 kaki.





Inokulan Gaharu Biotech kemudiannya diberi minum kepada pokok untuk mengasilkan teras gaharu yang diharapkan. Pada pandangan mata saya seolah olah pokok karas dikelilingi oleh pacat yang rakus.


Usia Inokulasi - 42 hari

Inilah hasil penggunaan Inokulan Gaharu Biotech pada usia 42 hari disuntik. Gambar diambil pada 15.05.2011.


Semoga ada manfaatnya.