Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Wednesday, 25 May 2011

Inokulasi Pokok Karas 100 Kaki Tinggi


Saya menerima beberapa pertanyaan berkenaan keberkesanan Inokulan Gaharu Biotech ke atas pokok gaharu liar yang bersaiz besar. Ini adalah pokok spesis Aquilaria Malaccencis berketinggian 100 kaki. Uniknya pokok gaharu ini ialah ianya berkembar dengan ukurlilit yang sama dan ketinggian yang sama. Saya mengambil gambar dari jarak yang agak jauh. Sungguhpun begitu saya masih tidak dapat mengambil gambar pokok tersebut secara jelas dan penuh. Pokok disuntik pada 03.04.2011 menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.



Pokok karas berkembar dua. Bukan rumah sahaja berkembar dua rupanya.


Ini gambar terbaik saya untuk menampakkan pucuk pokok karas. Oleh kerana terlalu tinggi, setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan.




Pokok karas seterusnya digerudi menggunakan mata bor berukuran 16 Inci panjang. Mata bor terpanjang yang dapat saya perolehi dari pembekal bagi saiz 5/8. Deruman enjin mesin drill membayangkan tiada masalah langsung untuk menggerudi pokok karas pada kedalaman melebihi 1 kaki.





Inokulan Gaharu Biotech kemudiannya diberi minum kepada pokok untuk mengasilkan teras gaharu yang diharapkan. Pada pandangan mata saya seolah olah pokok karas dikelilingi oleh pacat yang rakus.


Usia Inokulasi - 42 hari

Inilah hasil penggunaan Inokulan Gaharu Biotech pada usia 42 hari disuntik. Gambar diambil pada 15.05.2011.


Semoga ada manfaatnya.

No comments:

Post a Comment