Suatu petang ketika saya membeli barang keperluan anak, terpandang saya pada suratkhabar I Luv Islam terbitan Kumpulan Karangkraf bil: 61 yang memberikan paparan berikut::
Daripada Aisyah r.a., katanya.
" Tidak pernah sama sekali Rasulullah SAW itu diberi
pemilihan antara dua macam perkara, melainkan
Baginda SAW tentu mengambil (memilih) yang termudah
antara keduanya itu, asalkan yang dianggapnya termudah
ini bukanlah merupakan suatu hal yang dosa."
"Jikalau hal itu berupa suatu dosa, maka Baginda SAW
adalah sejauh-jauh manusia daripadanya. Rasulullah SAW
juga tidak pernah
sama sekali membalas sesuatu yang ditujukan
kepada diri peribadinya, melainkan jikalau
kehormatan Allah itu dilanggar,
maka beliau SAW pasti membalasnya
semata-mata kerana mengharapkan
keredaan Allah belaka."
Saya tertarik pada satu karya tulis oleh Anwar Astuti Sari Dewi seperti link dibawah. Beliau sejelasnya menerangkan bagaimana air dibawa melalui pembuluh xilem dari sistem perakaran hingga ke daun. Teori bagaimana air diangkut ke daun diperincikan misalnya teori vital, teori tekanan akar, teori kekuatan fisika (transpirasi dan kohesi), teori kapiler dan teori tekanan atmosfer.
Mungkin teori-teori tersebut dapat membantu kita memahami bagaimana dengan hanya membuat beberapa lubang di pangkal pokok untuk tujuan inokulasi dan hasil terasnya dapat diperolehi hingga ke dahan pokok dan yang hebatnya teras juga dapat dihasilkan hingga ke akar pokok. Bermakna pokok menghasilkan teras gaharu pada tahap yang sungguh-sungguh berbaloi.
Semoga ada manfaatnya.
http://earlmate.files.wordpress.com/2008/06/mekanisme-air-pada-tumbuhan1.pdf
No comments:
Post a Comment