Apabila merancang untuk menanam pokok karas, pastinya penanam pokok karas akan tertanya tanya siapakah bakal pembeli hasil gaharu yang bakal diperolehi dari pokok karas mereka.
Maklumat mengenai siapa bakal pembeli hasil gaharu mereka tidak banyak diperolehi. Semestinya maklumat jumlah teras gaharu atau minyak gaharu yang mampu dibeli oleh pembeli juga menusuk benak fikiran.
Untuk posting ini saya khususkan pembeli dalam Malaysia sahaja.
|
Teras Gaharu Hasil Suntikan Menggunakan IGB Inoculum Premium |
Umum mengetahui bahawa rakyat Malaysia bukanlah pengguna teras gaharu. Sangat sukar ditemui rakyat Malaysia menjadikan amalan teras gaharu dibakar setiap hari sepertimana amalan yang menjadi budaya orang Arab.
Budaya Melayu misalnya, membakar teras gaharu adalah suatu amalan yang sangat sukar ditemui. Meskipun membakar teras gaharu adalah sunnah nabi namun ianya tidak diamalkan di Tanah Melayu.
Ianya membawa maksud bahawa lebih 90% pembeli di Malaysia bukanlah pengguna akhir dan mereka biasanya adalah peniaga atau pedagang gaharu yang menjadikan teras gaharu sebagai bahan dagangan mereka.
Sungguhpun begitu tidak dinafikan bahawa terdapat sebilangan kecil pengguna dari kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan teras gaharu secara rutin. Biasanya mereka menggunakannya dalam bentuk aromaterapi dan perubatan.
Pembeli gaharu di Malaysia adalah peniaga gaharu. Mereka membeli dan menjual kembali kepada peniaga gaharu yang lain. Melalui urusniaga inilah mereka mendapat sedikit untung dari hasil jual beli tersebut. Kadar keuntungan yang diambil adalah sangat subjektif kerana ianya mengambilkira kualiti dan kuantiti teras gaharu yang boleh diniagakan.
Malaysia adalah negara yang menjadi tempat tertumpunya pembeli gaharu dari luar negara. Keindahan, kecantikan serta kedamaian Malaysia membuatkan ramai pedagang gaharu dari luar negara gemar datang ke Malaysia dan membuat jaringan perniagaan di sini.
Apa yang boleh dikongsikan di sini adalah pembeli Malaysia adalah peniaga gaharu dan bukan pengguna gaharu. Hasil gaharu tersebut dijual semula dan mereka mengambil sedikit untung hasil urusniaga tersebut.
Jadi harga yang dibeli pastinya tidak semahal harga pengguna. Jika anda dapat menjual secara terus kepada pengguna akhir, Insya Allah anda dapat menjualnya pada harga yang lebih mahal. Sungguhpun begitu ianya adalah hampir mustahil untuk menjual hasil gaharu bagi 1000 pokok karas anda misalnya kepada pengguna akhir. Kerana pengguna akhir tidak berada di Malaysia. Anda pasti memerlukan khidmat pembeli gaharu Malaysia.
Insya Allah saya kongsikan nanti berapakah julat harga yang biasanya dibeli oleh pembeli dari Malaysia.
SEMOGA ADA MANFAATNYA
No comments:
Post a Comment