Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Monday, 6 September 2010

Aquilaria Hirta - Candan

Candan - Aquilaria Hirta

 Aquilaria Hirta adalah antara spesis karas/ gaharu yang terdapat di Malaysia. Ianya lebih dikenali sebagai candan. Pokok candan hanya terdapat ditempat tempat tertentu sahaja. Meskipun di kampung saya pokok gaharu spesis malaccensis dan agallocha tumbuh merata rata dibelakang, depan kiri dan kanan rumah tetapi spesis candan ini tidak dikenali langsung. Bahkan spesis karas tersebut ada yang ditebas diracun begitu sahaja sebelum ini. Sekarang, masa telah berubah, saya lihat ramai yang mulai sedar dan ada yang memulihara pokok karas yang tumbuh sendiri dikebun kebun getah. Sungguhpun begitu sangat sedikit yang mengambil usaha menanam pokok gaharu sepertimana menanam pokok getah dan sawit. Berbalik kepada candan daunnya berbulu dibahagian bawahnya dan batang pokok berwarna tompok keputihan. Saya mendapatkannya dari sahabat saya orang asli di Rompin Pahang. Candan perlu ditanam di kawasan yang teduh dan mendapat siraman air yang mencukupi. Daunnya mudah gugur sekiranya syarat tersebut tidak dipenuhi. Melalui pembacaan saya, candan dikatakan mempunyai harga yang lebih mahal dari spesis karas yang lain menyebabkan saya begitu teruja untuk menanamnya. Menurut sahabat saya ini candan menghasilkan gaharu sendiri tanpa perlu ditakik. Bermakna tidak perlu stress atau suntikan untuk menghasilkan gaharu candan.  Candan boleh menghasilkan gaharu tanpa inokulan. Bermakna bila sampai masanya, tidak memerlukan  modal tambahan untuk membeli vaksin inokulan. Beliau dengan penuh kesungguhan dalam terkejut menceritakan pernah menjual gaharu jenis candan yang sebesar ibu jari tangan dan tidak sampai 100 gm pada harga RM900.00 kepada peraih gaharu.  Menurutnya pokok candan tu hanya sebesar lengan budak saja.  Bermakna kalau sepokok boleh menghasilkan RM900. Bagaimana pula kalau menanam sebanyak 1000 pokok untuk seekar dengan jarak 6' X 6'. Pasti sekurang kurangnya RM900000 boleh terhasil. InsyaAllah. Itu baru pada harga peraih, harga kita menjual sendiri berapa harga gamaknya.  Dia sendiri dengan penuh confident berkata kepada saya ketika saya tengah membelek belek beratus ratus pokok candan yang saya  tempah darinya, "Jadi juntawan engkau'" saya bertanya balik "apa dia abang wahab?" takut pulak kot kot saya perasan lebih. "Jadi juntawan engkau" ulangnya lagi. Saya bertanya lagi "jutawan?" dan dia menganggukkan kepala. Tanpa sedar bulat mata hitam saya dibuatnya. Saya pula yang terkejut. Jarang saya terkejut. Alamak... Dalam diam dia pun tahu. Handalnya.. Pepatah melayu sering meyebut, diam ubi berisi, nampaknya sekarang ini diam gaharu jutawan  engkau. Sekiranya ada yang berhasrat untuk menanam candan bolehlah menghubungi saya.

28 comments:

  1. sdra .. berapa harga A. Hirta (candan bulu) satu .. belian runcit ..

    fatisali07@gmail.com

    malik

    0166951347

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Salam saudara Malik

    Harga antara RM12 ke RM15. Mengikut ketinggian. Baki stok dalam 50 pokok je lagi. Boleh contact saya untuk urusniaga lanjut. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan...

    Nak beli, x...
    1,200 btg gaharu siam usia 3tahun.
    RM200,000-00 bersih.
    DIBERI PERCUMA :
    30 batang pokok matang yang telah diinokulan.
    Kayu matang nie, buat kayu minyak boleh lah...teras, kalau ader,dapat percuma jugak lah..
    SMS : 0133184000.

    ReplyDelete
  4. Wasalam tuan..

    Terima kasih atas tawaran..Saya dah ada gaharu siam sebanyak tu juga lebih kurangnya pada umur sebegitu juga...Kalau ada sahabat lain yang berminat nak membeli boleh sms pada sahabat kita nie..

    Cuma saya lebih cadangkan kepada tuan agar menginokulasi pokok karas tu dulu..Cubalah dulu dengan Inokulan Gaharu Biotech.. semoga mendapat laba yang lebih..Insya Allah

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,

    Untuk inokolan gaharu biotech berapa lama untuk mendapatkan minyak dan teras selepas inokolan .

    ReplyDelete
  6. Wasalam..

    Inokulan Gaharu Biotech hanya memerlukan masa 4 bulan untuk menghasilkan kayu minyak dan 2 tahun untuk teras.

    ReplyDelete
  7. salam tuan...

    spesis A.agalocha nie bnyk ker kat belakang rumah tuan sekarang nie? Klu bnyk beleh la nk oder nt... boleh e-mail kat saya... is_mael82@yahoo.com.

    Tq.

    ReplyDelete
  8. Wasalam tuan..

    Pokok A.agallocha ada banyak yang besar besar..nampaknya tahun nie tak ada buah..malaccensis banyak ler tanam belakang rumah..buah tahun lepas punyer.. minta pandangan tuan cara nak lekatkan buah kat pokok spesis agallocha nie..

    Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Assalaamualaikum En Jamar,

    Adakah pokok jenis Aquilaria Hirta atau Candan ini memerlukan suntikan kulat yang sama seperti Agallocha dan Malaccencis. Terimakasih.

    ReplyDelete
  10. wasalam tuan..

    Berdasarkan pengalaman pencari gaharu, Hirta tidak memerlukan suntikan kulat seperti Agallocha dan Malaccensis. Hirta mampu menghasilkan gaharu tanpa disuntik tetapi dalam jumlah sedikit. Atas sedikit pengalaman saya menyuntik pokok karas, saya sangat mengesyorkan Hirta disuntik bagi menambahrangsang penghasilan resin gaharu dengan lebih banyak dan pembentukan teras gaharu pada kadar yang mampu dikira.

    ReplyDelete
  11. Salam En. Jamar.

    Dalam pengalaman En Jamar, kalau Hirta di suntik untuk galakkan damarnya, percubaan dengan kulat mana yang sudah dikenalpasti dan adakah sample atau ujian yang boleh didapatkan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hirta boleh disuntik dengan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech untuk menggalakkan penghasilan damarnya...

      Delete
  12. Assalaamualaikum En Jamar,

    Adakah yang dimaksudkan Aquilaria Hirta ini Candan Gajah? T. Kasih

    ReplyDelete
  13. Apakah biotech bisa digumnakan untuk grinop.
    t kash

    ReplyDelete
  14. Salam En. Jamar,

    Sy baru hendak mula penanaman pokok geharu, boleh kiranya en.jamar maklumkan apakah spesis yang terbaik (gred super) yang hendak ditanam (subintegra, ..., ...)dan dimana nk dapatkan anak pokok tersebut. Sy dari Jerantut.

    ReplyDelete
  15. salam tuan..
    saya berminat dengan gaharu dan candan ni..boleh tunjuk ajar?? kalau tiada tanah untuk diusahakan apa cadangan terbaik tuan untuk saya?? saya dari kuala lumpur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam tuan.

      Cadangan saya tuan carilah tanah terbiar yang sesuai dan pajaklah. Buat perjanjian pajakan dan tanam gaharu. Lebih murah dari membeli sebidang tanah.

      Delete
  16. EM jamar asal soalan banyak tak jawab tu? bz ke? hirta anak candan gajah ada lagi stock? spesis nie ke terbaik ?

    ReplyDelete
  17. salam en jamar...sy ada setengah ekar tanah terbiar dimelaka...berapa pokok sy blh tanam dan berapa kos yg diperlukan.. email saya azzlly_lae@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Salam end jam a sya dark sabah ..kat mana boleh dptkn benih gaharu candn ne....nak tnm dtnh seluas stengh ekar...

    ReplyDelete
  20. Salam.Saya bercadang untuk membeli anak candan sebanyak 100 pokok.Berapa harganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokasi tuan di mana?1 pokok rm10 kebawah.klau ambik byk boleh kurang.jenis candan A.Hirta

      Delete
  21. salam tuan, saya minat membeli benih/bibit a. hirta. tk

    ReplyDelete
  22. Salam...

    Sy merancang utk usahakan tanaman gaharu candan...boleh sy tahu

    1) harga benih...macamana nk dptkan benih

    2) brp lama utk dpt kutip hasil

    3) ada specific tanah utk tanam ke? Maksudnya jenis tanah

    4) nk tahu risiko yg akan d hadapi

    5) lain2 kos tmbhan utk dptkan hasil kualiti terbaik


    Bleh terus WhatsApp sy 016-2126279.
    Tq

    ReplyDelete