Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Monday, 6 September 2010

Candan Gajah

Gaharu Candan Gajah
Candan gajah merupakan salah satu spesis gaharu yang terdapat di Malaysia. Daun candan gajah hampir menyerupai daun aquilaria malaccensis. Bahagian bawah daunnya adalah berbulu yang mana adalah merupakan sifat utama candan. Bersesuaian dengan namanya sebagai candan gajah daunnya adalah sangat lebar berbanding daun spesis gaharu yang lain. Pada masa gambar ini diambil, panjang daunnya adalah sepanjang 5 inci. Batang pokoknya adalah berwarna kemerahan dan berbeza dengan aquilaria hirta (candan bulu) dan aquilaria malaccensis dan agallocha yang warna batang pokoknya agak keputihan. Ketinggian anak pokok pada masa gambar diambil adalah mencecah 7 kaki. Harga teras candan gajah dikatakan sangat mahal. Ini adalah bertepatan dengan sukarnya spesis candan gajah ini ditemui dan ditanam bagi tujuan komersial. Candan Gajah perlu ditanam dikawasan yang teduh dan tidak terlalu berbahang. Sekiranya ditanam di kawasan yang suhunya agak panas, daunnya mudah gugur dan kadar kematian adalah tinggi. Sungguhpun begitu ianya bukanlah terlalu sukar untuk ditanam asalkan ditanam ditempat yang redup dan disiram air secukupnya. Saya memperolehinya dari sahabat saya orang asli yang bersusah payah mencarinya di hutan Rompin pada penghujung 2009. Memandangkan pada pertengahan tahun 2010 yang lepas berlaku kemarau yang agak lama, saya menangguhkan sementara rancangan seterusnya untuk mendapatkan spesis candan gajah ini. Pada perancangannya saya akan mengusahakan untuk berjumpa sahabat saya orang asli  yang lebih mesra dipanggil Abang Wahab pada bulan Oktober 2010 ini untuk mendapatkan anak pokok candan gajah bagi ditanam di kebun gaharu / karas saya. Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan spesis candan gajah ini bolehlah menghubungi saya.

12 comments:

  1. salam.

    bleh tuan bagi gambar complete anak pokok tu? ada jual ke benih pokok ni? berapa harga?

    adshah78@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. saudara ada anak candan gajah untuk d jual?? berapa harganya satu??

    ReplyDelete
  3. `saudara ada anak candan gajah untuk d jual?? berapa harganya satu?? ' ...

    fatisali07@gmail.com

    malik
    0166951347

    ReplyDelete
  4. Salam saudara Malik.

    Anak Candan gajah dah habis stok. Insyaallah penghujung bulan Disember 2010 ada stok baru. Harga antara RM15 - RM20 bergantung kepada ketinggian. Anak pokok dicabut terus dari hutan dan ditanam dalam polibeg. Bermakna mungkin rendah tetapi tua. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  5. w'salam .. sdra Jamar .. bila ada stok baru harap hebah/heboh kan dlm ruang d sini (atau bagitau saya melalui email) .. insyAllah saya berminat .. tapi olih kerana harga yg mahal, mungkin mampu beli sedikit saja .. wassallam

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah saya hebohkan. Harga anakpokok candan gajah agak mahal sebab saya dapat pun agak mahal. anak pokok agak terhad dan agak jauh ke dalam hutan mencarinya..sebolehnya saya beri harga terbaik bila dah dapat nanti. sikit banyak tiada halangan ...cuma nak ajak sama sama tanam jer.Terima kasih

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum En Jamar,

    Teras gaharu chandan gajah tu ada ke di hutan Pahang dan berapa harga pasarannya.? Saya dengar cerita ia cukup mahal harganya.

    Kalau mahal, ia patut ditanam di ladang secara besar besaran.

    tq
    MOHD NOOR

    ReplyDelete
  8. Salam En Mohd Noor,

    Hakikatnya pokok Candan Gajah ada di hutan Pahang, saya telah melihat sendiri pokoknya dan memang hajat saya supaya pokok Candan Gajah ini ditanam secara ladang. Pasti ianya mahal kerana sukar meladangkan pokok ini. Sesuai sungguh dengan namanya Candan GAJAH yang mahal harganya, sedikit bilangannya, besar acaranya dan tidak tahan panas.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum tuan jamar
    terimakasih telah berbagi Informasi yang sangat berguna. Sebab jarang para ahli yang membahas masalah candan ini secara mendalam seperti kupasan tuan. Saya memili Kebun candan gajah yang saya tanam di dalam kebun kelapa. Pertumbuhannya sangat cepat. Dulu kami menanam hanya karena ingin melestarikan jenis candan gajah (A. Beccariana).
    Silahkan kunjungi blog saya http://gaharu84.blogspot.com/
    lihat galeri foto budidaya gaharu saya.

    ReplyDelete
  10. saye ade gaharu chandan usia 10 tahun nak jual...jumlah 60 batang sila contact saya dzul 0179754002

    ReplyDelete
  11. saya ada gaharu candan usia 10 tahun nak jual...jumlah 60 btg..dzul ---0179754002 pokok ni saya punya sendiri dan pokok ini tumbuh liar atas tanah saya

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,

    Saya asnol dari sarikei,sarawak dan saya memiliki pokok induk beccariana@candan gajah yang sudah berumur 50-an.saya ingin mendapatkan nasihat tuan apakah teknik terbaik untuk inokulasi
    pokok spesis ini selain mendengar cerita kawan-kawan bahawa pokok ini jika mengala mengalami proses inokulasi pasti tidak akan menghasilkan gaharu sebaliknya pokok akan mati.

    Tolong saya tuan.

    Tq.

    ReplyDelete