Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Showing posts with label Teknik Injek IGB. Show all posts
Showing posts with label Teknik Injek IGB. Show all posts

Wednesday, 26 November 2014

Teknik Injek Baby menggunakan IGB.








Beberapa orang sahabat gaharu bertanyakan, berapa usia pokok yang paling kecil yang sudah boleh diinjek menggunakan IGB. Saya katakan pada mereka, Insya Allah saya usahakan untuk menceritakan teknik Injek untuk pokok karas yang bersaiz kecil di dalam laman blog ini. Ceritanya agak panjang untuk ditaip melalui Facebook. Teknik ini saya namakan Teknik Injek Baby. 

Pokok karas sudah boleh diinjek apabila umur pokok melebihi usia 1 tahun dan berukurlilit melebihi 12cm. Bagaimana cara menginjek pokok yang sebegini kecil. 

- Gunakan mata bor bersaiz 6mm. Jumlah IGB yang diperlukan adalah mengikut ukurlilit pokok karas tersebut. Sekiranya ukurlilit pokok adalah 12cm, gunakan IGB sebanyak 12 ml. Cukup untuk 1 lubang sahaja. Jarak antara lubang adalah 1 meter. 

- Ulang Injek pokok karas ini setiap 7 bulan sehingga tempoh masa yang mahu dituai. Sekiranya kita berhasrat untuk menuai pokok sehinga usia pokok 6 tahun, bermakna injeklah pokok karas seawal 1 tahun. Kemudian ulang Injek IGB setiap 7 bulan sehingga pokok berusia 6 tahun. 

Dengan menggunakan teknik Injek Baby ini:-

+ Teras gaharu yang terhasil adalah lebih tebal.

+ Batang pokok karas kurang risiko mereput di tengah. 

+ Gaharu yang terhasil hampir ke seluruh pokok.

+ Risiko dimasuki air yang menyebabkan batang pokok mereput dapat dikurangkan kerana menggunakan lubang Injek yang sangat kecil dan diinjek secara menegak. 

+ Kos inokulasi lebih rendah kerana menggunakan IGB yang lebih sedikit dan menginjek ya secara berperingkat peringkat.

Alat injector tersebut boleh diperolehi di kedai racun. Pihak syarikat juga boleh membantu untuk mendapatkannya sekiranya perlu.  Harga biasanya adalah RM80 sahaja. 


Semoga ada manfaatnya. 




Thursday, 21 August 2014

Teknik Gorek untuk pokok karas berusia 1 tahun ke atas.

Sebelum ini IGB hanya diuji ke atas pokok karas berusia melebihi 4 tahun dengan ukurlilit minima 12 inci. Menggunakan teknik Injek IGB yang memerlukan botol untuk memasukkan IGB ke dalam pokok. Inokulasi hanya dibuat sebanyak 1 kali sahaja dan dituai selepas 2 tahun untuk mendapatkan teras dan 7 bulan ke atas untuk memperolehi kayu minyak yang berkualiti. 

Selepas hampir 4 tahun IGB berada di pasaran dan kajian demi kajian dilakukan ke atas pokok karas dengan harapan pokok karas yang diusahakan oleh penggiat gaharu mampu menghasilkan gaharu yang lebih banyak dan berat. Bermakna lebih banyak dan berat duitnya. 

Kini formulasi IGB terus diperhebatkan, IGB kini sedia untuk diuji ke atas pokok karas berusia 1 tahun lebih. Kesannya dapat dilihat seawal 14 hari. Insya Allah. Pokok yang diinjek ini menggunakan Teknik Gorek. Mudah mudahan pokok yang disuntik lebih awal bakal meneraskan gaharu yang lebih banyak dan berat. 

Inila teknik Injek IGB yang dinamakan Teknik Gorek. 


Inilah saiz pokok karas berusia 1 tahun lebih. 


Penuhkan sahaja IGB ke dalam lubang Gorek. 


Teknik Gorek ini dilakukan secara berkala setiap 9 bulan sekali sehingga usianya mencapai 4 tahun. Setelah usianya melepasi 4 tahun ianya diinjek menggunakan teknik Injek IGB. Pada ketika itu jumlah IGB yang diperlukan untuk inokulasi adalah lebih sedikit. 

Benarlah kata orang tua-tua. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

Semoga ada manfaatnya. 
 


Thursday, 20 March 2014

Teknik Injek IGB - Aquilaria Malaccensis

Baharu sahaja tadi saya dihubungi oleh rakan Facebook bertanyakan bagaimana menginokulasi pokok karas spesis Aquilaria Malaccensis. Seperti posting saya sebelumnya saya menjanjikan akan berkongsi teknik Injek IGB bagi spesis Aquilaria Malaccensis.

Cara-caranya:-

+ 1 lubang diisi sebanyak 150ml  IGB911. 

+ Setiap 10 inci ukurlilit pokok karas, gunakan 150ml IGB911. Sekiranya ukurlilit pokok karas adalah 20 inci,  buat 2 lubang bagi setiap tingkat. Cuma pastikan ke dua -dua lubang tersebut tidak bertembung di tengah-tengah. 

+ Jarak antara lubang pertama dari tanah adakah maksima 2 kaki.

+  Jarak antara tingkat pertama ke tingkat ke dua dan seterusnya adalah 4 kaki. Seeloknya tidak melebihi 5 kaki. 

= Perbezaan teknik Injek IGB bagi spesis Aquilria Malaccensis adalah pada jarak lubang antara tingkat ke 2, 3 dan seterusnya. Ini adalah kerana pokok spesis A. Malaccensis lebih mudah menyerap IGB berbanding spesis A. Subintegra dan A. Crassna. Kayu A. Malaccensis adalah lebih lembut dah lebih mudah menyerap IGB. 

Bagi pokok karas spesis Aquilaria malaccensis yang melebihi 30 inci ukurlilitnya, jumlah penggunaan IGB bagi satu lubang adalah berbeza. Insya Allah saya kongsikan kemudian. 


Saya kongsikan gambar pokok karas spesis Aquilaria Malaccensis ketika Tim Injek IGB melakukan tugas di Sepang, Selangor pada 15 Februari 2013 yang lalu. 

Semoga ada manfaatnya. 





Saturday, 15 March 2014

Teknik Injek IGB - A. Subintegra dan Crassna

Banyak pertanyaan saya terima bagaimana mendapatkan jumlah Inokulan yang diperlukan untuk sebatang pokok. Alhamdulillah. Hari ini berkesempatan saya berkongsi teknik Injek IGB dan mengira keperluan IGB911 untuk sebatang pokok. Teknik ini hanya untuk pokok karas spesis Aquilaria Subintegra dan crassna sahaja. 

Cara-caranya:-

+ 1 lubang diisi sebanyak 150ml  IGB911. 

+ Setiap 10 inci ukurlilit pokok karas, gunakan 150ml IGB911. Sekiranya ukurlilit pokok karas adalah 20 inci,  buat 2 lubang bagi setiap tingkat. 

+ Jarak antara lubang pertama dari tanah adakah maksima 2 kaki.

+  Jarak antara tingkat pertama ke tingkat ke dua dan seterusnya adalah maksima 3 kaki. 

= Bagi pokok berukurlilit 12 inci dengan ketinggian 8 kaki misalnya memerlukan sekurangnya 450ml      IGB911. 


Bagi pokok karas spesis Aquilaria malaccensis, ada sedikit perbezaan sahaja. Insya Allah saya kongsikan kemudian. 

Semoga ada manfaatnya.