Cara-caranya:-
+ 1 lubang diisi sebanyak 150ml IGB911.
+ Setiap 10 inci ukurlilit pokok karas, gunakan 150ml IGB911. Sekiranya ukurlilit pokok karas adalah 20 inci, buat 2 lubang bagi setiap tingkat.
+ Jarak antara lubang pertama dari tanah adakah maksima 2 kaki.
+ Jarak antara tingkat pertama ke tingkat ke dua dan seterusnya adalah maksima 3 kaki.
= Bagi pokok berukurlilit 12 inci dengan ketinggian 8 kaki misalnya memerlukan sekurangnya 450ml IGB911.
Bagi pokok karas spesis Aquilaria malaccensis, ada sedikit perbezaan sahaja. Insya Allah saya kongsikan kemudian.
Semoga ada manfaatnya.
As salam Tuan, kami (saya, abg ipar dan kak ipar) telah mengusahakan penanaman pokok gaharu di Pokok Sena Kedah (tanah bapa mertua saya) pada tahun 2008. Masalahnya saya ingin pandangan tuan tentang suntikan IGB ke atas pokok tersebut. Saya diberitahu tahu bahawa kos suntikan ini agak mahal dan selalunya pengusaha mengcadangkan kaedah pajakan iaitu menjual hasil gaharu kepada pembekal suntikan IGB ini. Saya ingin mengetahui adakah pihak tuan mengamalkan kaedah pajakan untuk suntikan gaharu ini. Tuan boleh hubungi saya di 012 727 6526 atau email saya othatiah@gmail.com. Terima kasih.
ReplyDeleteWasalam tuan. Saya hubungi tuan nanti bila tuan ada kelapangan. Insya Allah. Semoga tuan cepat sembuh.
ReplyDelete