Tanggal 16.04.2014 saya bertemu tuan hj Shamsor diBangi, Selangor. Cukup teruja untuk melihat hasil teras gaharu dari IGB711 yang di 'carving' sendiri oleh beliau. Cukup cantik hasil kerja tangan beliau meskipun inilah pertama kali beliau mengeluarkan teras gaharu dari pokok karas yang telah diinjek. Saya sendiri tiada kemahiran untuk menghasilkan sedemikian bentuk.
Sempat saya merakamkan beberapa keping gambar untuk dipaparkan di laman blog ini. Hasil teras gaharu spesis Aquilaria Crassna selepas 10 bulan inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech.
Semoga ada manfaatnya.
No comments:
Post a Comment