Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Saturday 15 March 2014

Teknik Injek IGB - A. Subintegra dan Crassna

Banyak pertanyaan saya terima bagaimana mendapatkan jumlah Inokulan yang diperlukan untuk sebatang pokok. Alhamdulillah. Hari ini berkesempatan saya berkongsi teknik Injek IGB dan mengira keperluan IGB911 untuk sebatang pokok. Teknik ini hanya untuk pokok karas spesis Aquilaria Subintegra dan crassna sahaja. 

Cara-caranya:-

+ 1 lubang diisi sebanyak 150ml  IGB911. 

+ Setiap 10 inci ukurlilit pokok karas, gunakan 150ml IGB911. Sekiranya ukurlilit pokok karas adalah 20 inci,  buat 2 lubang bagi setiap tingkat. 

+ Jarak antara lubang pertama dari tanah adakah maksima 2 kaki.

+  Jarak antara tingkat pertama ke tingkat ke dua dan seterusnya adalah maksima 3 kaki. 

= Bagi pokok berukurlilit 12 inci dengan ketinggian 8 kaki misalnya memerlukan sekurangnya 450ml      IGB911. 


Bagi pokok karas spesis Aquilaria malaccensis, ada sedikit perbezaan sahaja. Insya Allah saya kongsikan kemudian. 

Semoga ada manfaatnya. 








2 comments:

  1. As salam Tuan, kami (saya, abg ipar dan kak ipar) telah mengusahakan penanaman pokok gaharu di Pokok Sena Kedah (tanah bapa mertua saya) pada tahun 2008. Masalahnya saya ingin pandangan tuan tentang suntikan IGB ke atas pokok tersebut. Saya diberitahu tahu bahawa kos suntikan ini agak mahal dan selalunya pengusaha mengcadangkan kaedah pajakan iaitu menjual hasil gaharu kepada pembekal suntikan IGB ini. Saya ingin mengetahui adakah pihak tuan mengamalkan kaedah pajakan untuk suntikan gaharu ini. Tuan boleh hubungi saya di 012 727 6526 atau email saya othatiah@gmail.com. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Wasalam tuan. Saya hubungi tuan nanti bila tuan ada kelapangan. Insya Allah. Semoga tuan cepat sembuh.

    ReplyDelete