Saya bertemu dengan Tuan Abd Ghani di Lanchang, tempat inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech pada 03.04.2011. Tuan Abd Ghani datang dari Bandar Baru Sungai Buloh bersama 2 orang anak lelaki remajanya. Sememangnya saya kagum dengan beliau dan mengambil masa yang agak lama untuk merakamkan pertemuan beliau disini. Persoalan yang dilontarkan kepada saya tidak dapat saya jawab sebaiknya sehinggalah hari kelmarin. Alhamdulillah pada hari ini saya mempunyai jawapan yang menggembirakan bagi soalannya. Tuan Abd Ghani sebelumnya ada menanyakan adakah Inokulan Gaharu Biotech mampu memberikan hasil teras bermutu ke atas pokok karas spesis Aquilaria Subintegra.
Syukur kepada Allah dengan izin dan rahmatNya pada 02.07.2011 saya telah bertemu dengan seorang sahabat yang telah mengusahakan tanaman gaharu spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna secara ladang di Sungai Lembing, Pahang. Usia pokok adalah 3 tahun. Pada tarikh tersebut saya telah menyuntik pokok karas beliau yang diusahakan bersama bapa saudaranya.
Menariknya, pokok karas spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna yang diusahakan beliau bersama ini adalah berukurlilit 30 cm. Saya katakan menarik kerana pada pengalaman saya pokok karas yang berukurlilit sedemikian adalah agak sukar untuk menghasilkan teras gaharu. Sukar kerana batang pokoknya yang agak kecil menyukarkan untuk digerudi. Begitu juga dengan daya serapan Inokulan Gaharu Biotech. Pokok yang kecil berbeza daya serapannya berbanding dengan pokok gaharu yang lebih besar. Sukar kerana fizikal kayu spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna adalah berbeza dengan fizikal kayu Aquilaria Malaccensis dan Aquilaria Agallocha yang saya suntik ratusan pokok sebelumnya. Fizikal kayu spesis Aquilaria Malaccensis dan Aquilaria Agallocha adalah lebih lempung berbanding Aquilaria Subintegra dan Crassna yang lebih berkayu.
Pemerhatian saya sekembalinya kami dari ladang karas beliau pada pada pagi tadi mengilhamkan teknik suntikan yang berbeza perlu digunakan ke atas pokok spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna. Nantikan saya kemaskinikan teknik suntikan yang berbeza untuk spesis tersebut.
Inilah pokok karas spesis Aquilaria Subintegra dan Crassna yang beukurlilit 30 cm dan berusia 3 tahun. Disuntik pada 02.07.2011. Insya Allah saya kemaskinikan kesan penggunaan Inokulan Gaharu Biotech pada usia inokulasi 35 hari.
Persoalan yang sama juga dari YM Tengku Abdul Halim dari Kulai, Johor bakal terjawab. Saya sungguh gembira kerana persoalannya juga telah saya temui jawapan gembira pada hari ini. Beliau sungguh gigih dan berpandangan jauh dalam memajukan ekonomi muslim melayu. Banyak ilmu yang dikongsikan bersama saya pada pertemuan saya beberapa kali dengan beliau di Lanchang, Pahang.
Semoga ada manfaatnya.
Salam Encik Jama, Saya Nurmi. Pelajar UiTM Shah Alam. sekarang sya sedang membuat kajian tentang pokok Aqualaria Subintegra. tetapi lebih kepada daun nya. boleh tak, encik Jama kongsi kan sedikit tentang rupa daun A. Subintegra.
ReplyDeleteTerima kasih. :)