Sehari selepas perhimpunan BERSIH pada tanggal 09.07.2011, Tuan Harun dari kajang telah berkesempatan menjengah saya ditemani dua orang anak buahnya. Pada kesempatan itu kami bersama sama menjejak kesan Inokulan Gaharu Biotech yang disuntik ke dalam pokok spesis Aquilaria Agallocha. Sebelumnya saya pernah ditanya oleh seorang sahabat FB dari India yang menanyakan adakah Inokulan Gaharu Biotech memberikan kesan yang sama ke atas pokok Spesis A. Agallocha sepertimana cantiknya pembentukan teras ke atas pokok karas spesis A. Malaccensis. Alhamdulillah pada kali ini sempat saya berkongsi kejayaan bergambar, gaharu yang terhasil menggunakan Inokulan Gaharu Biotech ke atas spesis Aquilaria Agallocha yang cukup terkenal di India. Daunnya lebih lebar dan besar berbanding daun A. Malaccensis. Boleh melihat gambar daunnya dalam posting saya sebelumnya.
Tuan Harun menampakkan kehandalannya memanjat pokok karas pada paras 15 kaki untuk menjejak kemana perginya Inokulan Gaharu Biotech yang disuntik pada paras 1 kaki dari tanah. Adakah ianya melepasi hingga ke pucuk. Sememangnya ia sampai ke pucuk . Cuma pada posting ini cukup untuk pembuktian bergambar pada paras 15 kaki tingginya. Paras yang lebih tinggi akan dibongkar pada posting seterusnya. Nantikanlah.
Kedua dua pokok tersebut adalah spesis yang sama. Lihat perbezaa bentuk cabang. Ada bonggol bulat dipangkal cabang dan bentuk cabangnya seperti cabang pokok manggis yang tumbuh secara bertentangan dan rata.
Kesan kehitaman pada tengah ranting yang dihujung sekali. Hanya sebesar jari rantingnya.
Seterusnya dibelah untuk melihat kesan serapan Inokulan Gaharu Biotech. Warna kecoklatan menandakan gaharu sedang membentuk.
Ini ranting yang lainnya untuk dikongsi bersama.
Dibelah untuk melihat empulurnya. Terserlah kesan kecoklatan yang menandakan gaharu bakal terhasil hingga ke ranting.
Inilah gaharu terhasil pada usia 4.5 bulan bagi spesis aquilaria agallocha. Rupa batang pokok agak berlainan dari spesis malaccensis. Berbintik bintik kulitnya. Insya Allah pada Posting akan datang saya tunjukkan gambar batang pokoknya dengan lebih jelas bersama teknik paku dan teknik lubang udara.
Semoga ada manfaatnya.
No comments:
Post a Comment