Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Thursday, 23 June 2011

Inokulan Gaharu Biotech -Inokulasi Selepas 5.5 bulan.

Menjelang tengah hari Ahad yang  lepas setelah pulangnya tetamu saya iaitu Tuan Shuib dan Cik Aminah Saad dari UPM, saya terus ke Pekan Lanchang untuk menyambut kedatangan Tuan suhaily dari Tampin. Kedatangan yang sememangnya ditunggu-tunggu. Setelah berehat sebentar kami terus ke tempat projek Inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Inilah antara pokok karas yang sempat dirakamkan pada pertemuan kami pada hari itu.

Inokulasi selepas 18 hari


Inokulasi selepas 38 Hari


Inokulasi selepas 5.5 bulan
Tuan Suhaily menunjukkan teras gaharu yang terbentuk dan telah merebak ke sebelah kanan pokok. 

Inokulasi selepas 5.5 bulan
Inilah hasilnya setelah 5.5 bulan suntikan menggunakan teknik suntikan bawah. Teras terbentuk dengan warna yang agak menarik hanya pada usia 5.5 bulan inokulasi. Sungguhpun begitu, jumlah inokulan yang digunakan adalah kurang dari yang sepatutnya.

Inokulasi selepas 4.5 bulan
Gambar di atas adalah teras gaharu yang terbentuk selepas 4.5 bulan disuntik menggunakan Inokulan gaharu Biotech. Jumlah inokulan yang digunakan adalah mencukupi dan bertepatan dengan formula penggunaan inokulan untuk dapatkan hasil optima seperti posting sebelumnya. Pada pertemuan saya dengan Tuan Suhaily mencetuskan idea untuk menambah baik teknik suntikan dibawah pokok dengan menambah teknik lubang udara. Secara teorinya, Inokulan Gaharu Biotech adalah diperbuat dari sejenis hidupan dan dengan memberinya lubang udara supaya ianya terus garang dan gagah menyerang pokok karas untuk menghasilkan teras gaharu dengan pantas, banyak dan berkualiti. Nantikan saya kemaskinikan posting seterusnya mengenai teknik lubang udara. Persoalannya, adakah ianya lebih baik dari teknik ketukan buluh yang agak popular sekarang ini. Sama sama kita berkongsi ilmu inokulasi. Tiada apa yang perlu disembunyikan mengenai teknik Inokulasi terbaik. Imu itu milik Allah.

Semoga ada manfaatnya.

No comments:

Post a Comment