Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Wednesday, 21 September 2011

Gaharu terhasil dari teknik lubang udara - 2 bulan

Alhamdulillah... Akhirnya sempat juga saya mengemaskini gaharu terhasil dengan menggunakan teknik lubang udara. Pada awalnya saya menamakan teknik ini sebagai teknik lubang ulat. Rasanya teknik lubang udara adalah lebih sesuai diberi nama. Inokulan Gaharu Biotech merupakan mikrob yang membantu menghasilkan teras gaharu. Ianya merupakan sejenis hidupan dan memerlukan udara untuk terus aktif menganggu sistem dalaman pokok gaharu. Hasil tindakbalas pokok gaharu melawan serangan mikrob inilah maka teras gaharu mula membentuk. 



Lubang udara digerudi menggunakan mata gerudi yang kecil sahaja. Bagi memastikan hanya lubang udara yang terbentuk dan tidak dimasuki air, ianya digerudi sedikit menaik ke atas. Lubang yang digerudi ini tidak disuntik inokulan. Pokok gaharu ini telah disuntik Inokulan Gaharu Biotech 4 bulan yang lepas dan kemudiannya dibuat teknik lubang udara.


Setelah 2 bulan dibuat teknik lubang udara. Inilah hasilnya. Kesan jangkitan mula ketara.  Lubang udara ini tidak disuntik dengan Inokulan. Kesan suntikan 6 bulan sebelumnya menunjukkan mikrob masih aktif dan menyerang bahagian yang luka hasil dari teknik gerudi lubang udara.




Kulit disiat untuk melihat kesan jangkitan dengan lebih jelas. Hanya digerudi dengan mata gerudi yang kecil sahaja tanpa disuntik dengan inokulan. Tidak perlukan buluh atau paku. Hanya buat lubang udara sahaja sudah menghasilkan gaharu pada tempat tersebut. Bayangkan jika diolah dengan turutan lubang udara yang tertentu dan lebih banyak disekeliling pokok pastinya gaharu yang terhasil lebih banyak dan hampir menyamai gaharu yang terjadi secara alami. Insya Allah.

Apa yang dapat dikongsi disini adalah mikrob dari Inokulan Gaharu Biotech terus hidup dan sangat aktif menyerang pokok gaharu meskipun setelah 6 bulan berada didalam pokok gaharu. Hal ini sangat penting kerana sekiranya mikrob tidak aktif atau mati selepas disuntik, penghasilan gaharu juga akan berhenti. Pokok gaharu berhenti menghasilkan resin gaharu apabila tiada lagi gangguan. Gaharu akan terus terhasil selagi ada gangguan oleh mikrob. Bermakna semakin lama mikrob mengganggu sistem dalaman pokok gaharu, semakin banyak resin gaharu membentuk. Ditambah pula Inokulan Gaharu Biotech turut diisi dengan baja organik yang membantu pokok terus sihat bagi menghasilkan gaharu dengan lebih banyak dan berkualiti. Pokok yang sihat menghasilkan gaharu yang lebih banyak.

Semoga ada manfaatnya.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete