|
Gaharu Inokulan Nano Tech |
Tarikh Suntik Vaksin : Februari 2010
Tempoh suntikan : 8 Bulan
Jenis Vaksin : Nano Tech dari Thailand
Spesis Pokok : Aquilaria Malaccensis
Ukurlilit Pokok : 19 Inci
Pokok gaharu ini disuntik dengan vaksin nano tech menggunakan teknik suntikan 1 lubang digerudi bagi setiap 6 kaki tinggi. Bermakna sebanyak 2 lubang dibuat pada pokok tersebut untuk suntikan vaksin gaharu. Sebanyak hampir 800 ml vaksin nano tech digunakan untuk menghasilkan kesan kehitaman ditengah pokok gaharu untuk tempoh 8 bulan pertama. Pada pemerhatian saya kesan kehitaman itu bukanlah teras gaharu. Ianya adalah kesan vaksin nano tech yang diserap untuk menggalakkan penghasilan gaharu. Apabila dibakar kayu kehitaman tersebut, ianya tidak mengeluarkan bau gaharu. Tiada penghasilan resin gaharu ditemui. berbanding penggunaan Inokulan Gaharu Biotech. Daun pokok gaharu mula gugur lebih 90% selepas 6 bulan vaksin nano tech disuntik. Hasil tidak memberangsangkan. kelihatan teras kehitaman terbentuk agak jauh ke dalam. Saya terpaksa menakik hingga ke tengah teras untuk melihat setakat mana hasil suntikan. Risau juga takut patah pula pokok dibuatnya. Anggaran teras terbentuk dalam 20% dari jumlah ukurlilit. Apabila dibakar tidak berbau seperti gaharu walaupun berwarna kehitaman selepas 8 bulan disuntik. Sepatutnya mengeluarkan bau gaharu yang kuat sesuai dengan warna hitamnya. Tidak seharum penggunaan Inokulan Gaharu Biotech. Saya teringat pada pertemuan saya dengan pakar gaharu disebuah universiti tempatan yang mengatakan inokulan dari negara Thailand tidak sesuai digunakan dengan pokok gaharu tempatan seperti Aquilaria malaccensis dan Aquilaria Agallocha misalnya. Mungkin inilah sebabnya. hitam hitam sitampuk manggis, sungguhpun hitam tiada bau gaharu.
|
Inokulan Nano Tech |
Gambar di atas adalah gambar pokok yang sama. Spesis Aquilaria malaccensis yang disuntik menggunakan inokulan nano tech. Teknik suntikan adalah dengan cara menebuk lubang untuk dimasukkan inokulan dengan kadar 1 lubang bagi setiap 6 kaki tinggi. Kaedahnya sangat mudah dan boleh dipraktikkan hanya dengan melihat gambar tersebut. Penggunaan botol terpakai mengikut kadar vaksin yang diperlukan, getah paip dan penyambung getah paip serta sedikit kreativiti menampal menggunakan gam antara sambungan getah paip bagi mengelakkan kebocoran atau tiris. Ini adalah kerana inokulan nano tech adalah sangat halus sesuai dengan namanya, nano.
|
Gaharu Inokulan |
Ini adalah spesis Aquilaria Agallocha. Gambar diambil selepas 8 bulan disuntik menggunakan vaksin nano tech. Ukurlilit adalah 17 inci. Nampak terasnya berwana kehitaman agak gelap. Gembira saya pada waktu ditakik dan kelihatan teras kehitaman yang agak pekat menjelma. Apabila dibakar teras hitamnya, tiada langsung bau aroma gaharu. Baunya agak masam, langsung tiada bau gaharu. Apabila dibakar tiada beza baunya dengan kayu api. Pokok masih belum menghasilkan resin gaharu. meskipun setelah 8 bulan menggunakan inokulan nano tech dari yang dkatakan dari Thailand. Pemerhatian penggunaan Inokulan Gaharu Biotech adalah jauh lebih baik berbanding inokulan nano tech. Cadangan saya cubalah Inokulan Gaharu Biotech. Belum cuba belum tahu, dah cuba pasti tahu.
Ini adalah dahan dari pokok yang sama. Spesis Aquilaria Agallocha. Gambar diambil setelah genap 10 minggu inokulan nano tech dibuat. Kelihatan kesan kehitaman ditengah tengah dahan. Ia adalah tanda bahawa vaksin nano tech telah diserap sehingga ke dahan setinggi 11 kaki. Kesan kehitaman tersebut bukanlah teras gaharu. Itu adalah kesan peyerapan vaksin nano tech. Pembentukan gaharu masih belum bermula meskipun sudah 10 minggu disuntik. Apabila dibakar kayu tersebut, tiada bau gaharu. Bau yang terhasil umpama kayu api yang dibakar. Bermakna tiada gaharu dihasilkan meskipun sudah disuntik lebih 4 bulan.