Tanggal 06.04.2014 pelajar Masters dari Universiti Malaysia Pahang telah sudi bertandang ke tempat projek inokulasi menggunakan IGB911. Cik sufi yang menjurus kajian ke atas Inokulan dan Cik Asma yang gigih menjalankan kajian ke atas daun karas. Gembira saya menerima kedatangan mereka dengan ditemani rakannya dari Kolej Shahputra, Pahang yang memiliki kepakaran tersendiri. Cukup banyak perkara yang saya pelajari terutamanya mengenai sains gaharu.
Dalam pertemuan tersebut Cik Sufi telah membentangkan hasil ujian makmal yang dibuat ke atas Inokulan Gaharu Biotech. Ianya adalah suatu berita yang tidak disangka- sangka dan cukup menggembirakan saya. Sudah lama saya mengimpikan hasil lapuran sedemikian. Insya Allah saya kongsikan hasil pertemuan tersebut pada entri yang akan datang.
Agak lama saya tidak menjengah tapak projek inokulasi IGB911. Sedikit sibuk dengan jelajah inokulasi dan beberapa program gaharu lainnya. Rupanya pokok karas yang telah diinjek dengan IGB911 sedang berbunga. Alhamdulillah.
Saya sememangnya bercadang untuk membiakkan anak pokok spesis Aquilaria Malaccensis yang mempunyai teras hasil Injek IGB. Saya diberitahu bahawa pokok karas yang induknya telah mempunyai teras akan menurunkan genetiknya ke anak pokok lainnya. Bermakna anak pokok yang induknya telah mempunyai teras gaharu, Insya Allah akan mudah menghasilkan gaharu selepas diinjek. Lebih mudah bermakna menghasilkan gaharu lebih banyak.
Kebetulan pula pagi tadi dalam perbualan telefon dengan tuan shuhaimi dari MTIB, beliau menyarankan saya menanam pokok karas sekurangnya 4 ke 5 ekar. Mudah mudahan jalan ini terus dipermudahkanNya.
Inilah antara pokok karas Spesis Aquilaria Malaccensis yang telah diinjek dengan IGB911 dan mula berbunga dengan lebatnya.
Semoga terus dipermudahkanNya.
Sahabat gaharu yang sudi bertandang.
Pak kalau mau pesan IGB911 bagaimana cara nya,??
ReplyDeleteAlamat toko nya d malaysia di mana pak??
Pak kalau mau pesan IGB911 bagaimana cara nya,??
ReplyDeleteAlamat toko nya d malaysia di mana pak??
Tahniah En Jama atas kejayaan IGB !!
ReplyDeleteSaya nak beli inokulen dari pihak tuan.
ReplyDeleteBerikan saya senarai harga mengikut jenis inokulen dan kuantiti.
Lebih cepat sy mendapat maklimat itu lebih baik.
Wassalam.