Seminar Kebangsaan Dan Pameran Gaharu 2012. Inilah kali pertama saya diberi peluang untuk membentangkan kertas kerja pertama saya mengenai Inokulan Gaharu Biotech (IGB). Bertajuk 'Kaedah Inokulasi Dan Pengolahan Teras'. Setelah IGB mencecah usia 2 Tahun.
Di sinilah bermulanya saya mengenali pakar-pakar gaharu dari Universiti Tempatan yang bertaraf dunia. Bersahabat dengan orang lama dalam industri gaharu. Berkawan dengan pengusaha karas. Di sinilah banyak bunga dan buah silat saya pelajari dalam industri gaharu.
Di sinilah bermulanya saya temui sahabat gaharu yang sehingga sekarang menjadi sahabat baik, berkongsi cerita suka dan duka industri gaharu.
Di sinilah IGB bertapak dan diberi kepercayaan untuk terus membentangkan kertas kerja mengenai Inokulan Gaharu Biotech dan kaedah inokulasi di Pekanbaru Indonesia (2013) Universiti Sabah Malaysia (2014) dan anjuran MTIB di Pusat Dagangan Terengganu (2014). Insya Allah saya usahakan untuk dikongsikannya di sini nanti.
Bergambar kenangan bersama Profesor Madya Dr Mohamad Azani Alias (UPM), Tuan Ismail Muhammad (UPM) dan Tuan Megat Md Yusop dari RAL Plantation, Perak.
Bergambar kenangan dengan Professor Baharuddin Salleh dari Universiti Sains Malaysia ketika lawatan di Tecknology Park Malaysia, Raub, Pahang.
Pada pertemuan inilah membawa kami kepada pertemuan-pertemuan untuk kesekian kalinya, berkongsi ilmu dan pengalaman. Merekalah guru-guru saya. Saya cukup gembira dapat menadah ilmu dari guru-guru yang cukup hebat.
Semoga ada manfaatnya.
No comments:
Post a Comment