Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Thursday 11 March 2010

gaharu: boleh dapat 1.8Juta seekar

Gaharu: Pekebun kecil boleh dapat RM1.8j

Salah satu jalan menuju jutawan.

Petikan dari: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0120&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm&arc=hive

GOPENG 19 Jan. - Pekebun-pekebun kecil getah dan kelapa sawit mampu memperoleh hasil sehingga RM1.8 juta dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun jika mereka berminat menanam pokok gaharu di kebun masing-masing.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Senator A. Kohilan Pillay berkata, buat masa ini satu kajian rapi mengenai perkara itu sedang dijalankan supaya golongan pekebun kecil tidak terlalu bergantung kepada hasil getah dan sawit.

''Saya dimaklumkan pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi dan dengan hanya menanam 400 pokok bagi setiap 0.4 hektar pekebun kecil boleh dapat hasil sebanyak RM1.8 juta.

''Tanaman pokok gaharu yang sudah mencapai usia tujuh hingga sepuluh tahun mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok kerana semua bahagian pokok itu boleh digunakan untuk pelbagai produk," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas melawat ladang gaharu milik Gaharu Technologies Sdn. Bhd. seluas 113 hektar di sini hari ini.

Ia merupakan ladang gaharu berskala besar pertama di negara ini setelah menerima permintaan tinggi daripada pasaran termasuklah syarikat minyak wangi terkemuka di Asia Barat iaitu Ajmal.

Kohilan berkata, antara kegunaan pokok gaharu adalah untuk menghasilkan produk minyak wangi, ubat-ubatan, teh hijau dan kosmetik yang mempunyai pasaran cukup meluas di seluruh dunia.

Katanya, jika sebelum ini pokok gaharu hanya boleh didapati di kawasan hutan tetapi kerajaan sudah membenarkan orang ramai mengusahakan tanaman itu secara komersial.

Justeru, katanya, agensi-agensi berkaitan terutamanya Lembaga Getah Malaysia telah diarah untuk membuat kajian terperinci bagaimana usaha itu boleh dilaksanakan.

''Kita perlu membuat kajian terperinci bagaimana pokok gaharu ini boleh ditanam di kawasan kebun getah dan sawit di seluruh negara supaya pekebun kecil tidak terlalu bergantung dengan satu tanaman sahaja.

''Jika ini boleh dilaksanakan kita sangat yakin jumlah pendapatan golongan pekebun kecil akan meningkat dengan mendadak dan tidak terjejas sekiranya harga getah dan sawit jatuh merudum," katanya.

No comments:

Post a Comment