Kenapa Jutawan Gaharu

Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Sedikit yang nekad memulakan langkah menanam pokok karas. Bagaimana rupa dan bentuk pokok karas, kaedah penanaman dan pembajaan, spesis terbaik untuk ditanam dengan iklim panas lembab di Malaysia, teknik suntikan dan kebenaran kejayaan inokulan lalu akhirnya saiz pasaran gaharu itu sendiri yang membenak di fikiran. Sebolehnya persoalan itu cuba dirungkaikan disini. Pepatah melayu ada menyebut kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Saya yakin kalau tidak ditanam karas mana kan dapat gaharunya.Tak dapat tanam 1o ooo pokok karas, tanam 1ooo pokok pun Alhamdulillah, Saya percaya Something is better than nothing.




Wednesday, 12 January 2011

Video Inokulasi Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech



video

Pandanglah dengan mata lebah bukan dengan mata lalat. Itulah kata kata yang masih saya ingat yang keluar dari  radio Ikim fm oleh penceramah motivasi di suatu pagi dalam perjalanan ke pejabat. Mata lalat  hanya memandang sesuatu yang busuk, najis, negatif. Mata lebah memandang sesuatu dengan pandangan yang harum, positif yang akhirnya membawa manfaat dengan terhasilnya madu. Saya memandang pada perlunya saya berkongsi mengenai teknik inokulasi menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Melalui video di atas, lubang digerudi menyerendeng kebawah. Ini adalah sangat perlu diambil berat sebab sekiranya lubang digerudi secara lurus, ianya menjadi sangat sukar untuk digerudi terutama menggunakan mesin gerudi berbateri. Kaedah gerudi menyerendeng ke bawah juga mempercepatkan proses penyerapan Inokulan Gaharu Biotech kerana ianya boleh bertakung didalam lubang yang digerudi. Kaedah gerudi menyerendeng ke atas pula tidak sesuai digunakan sekiranya menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Jika diperhatikan video tersebut, semasa menarik keluar mata bor dari lubang yang digerudi, mesin gerudi masih tetap dalam keadaan menggerudi. Bukannya dalam keadaan reverse. Sekiranya mata bor digerudi secara reverse semasa menarik keluar, habuk kayu akan tertinggal di dalam lubang yang digerudi dan ini akan menyebabkannya tersumbat. Inokulan Gaharu Biotech tidak dapat diserap sepenuhnya sekiranya lubang yang digerudi tersumbat.


video

Hose joint yang boleh diperolehi dikedai hardware terus diketuk kemas supaya tidak bocor dan menitis keluar dari lubang yang telah digerudi.


video


Kemudiannya botol kosong yang telah siap dilekat kemas pada hose joint. Pastikan tiada sebarang tanda bocor berlaku. Botol digantung dengan paku bagi memudahkan Inokulan diisi mengikut sukatan dengan formula tertentu.



Akhirnya Inokulan Gaharu Biotech disumbat melalui lubang yang ditebuk untuk memudahkan pengisian Inokulan Gaharu Biotech. Mudah memang mudah. Kos inokulasi sungguh murah malah boleh dilakukan sendiri. Tidak memerlukan peralatan dan kepakaran luarbiasa untuk melakukan inokulasi.  Apa yang pasti adalah hasilnya,. Berbaloi memang berbaloi.

Semoga ada manfaatnya.

5 comments:

  1. terima kasih uncle atas infonya, boleh tahu facebook uncle?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kembali..

    Facebook perihal gaharu belum ada lagi..

    ReplyDelete
  3. Mohd Jamizan ( Algaetech Sdn. Bhd)11 March 2011 at 16:57

    Encik jamar.. sy berminat utk belajar dripd encik ttg tanaman gaharu ni. Mungkin pihak encik boleh bg nasihat ttg kaedah penanaman, inokulasi dan sbginya.

    mizan@algaetech sdn.bhd
    013-2836901

    ReplyDelete
  4. Salam Encik Jamizan.

    Syabas atas minat saudara terhadap gaharu. Anak pokok gaharu boleh saya usahakan. kaedah penanaman boleh saya ceritakan. Teknik Inokulasi boleh saya tunjukkan. Sehingga hujung mac 2011 saya sedang melakukan inokulasi pokok karas setiap hujung minggu. Sekiranya berminat boleh saya tunjukkan. Usah ragu hubungi saya.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  5. artikel yang sangat bagus. saya akan coba pada pohon gaharu saya.

    ReplyDelete